Ada orang yang mengumpulkan dan membawa batu-batu kegagalannya di masa lalu, untuk menghalangi perjalanannya ke masa depan. Apa yang terjadi pada masa lalu adalah pelajaran bagi pengajaran Anda hari ini. Anda tidak boleh menggunakannya sebagai pelemah upaya Anda hari ini. Jadilah peribadi yang memudahkan tercapainya masa depan yang baik.
Ingatlah, bahawa Masa kini yang baik adalah pemungkin bagi masa depan yang baik, yang akan menjadi pemaaf bagi masa lalu yang seperti apa pun.
Sahabat, semoga hari ini Tuhan menghadiahkan ketegasan yang Anda perlukan untuk menyingkirkan fikiran dan perasaan yang tidak berpihak kepada keberhasilan Anda, dan menguatkan Anda untuk tegas mengutamakan sikap dan tindakan yang sudah Anda ketahui sebagai yang penting.
Keberhasilan Anda hari ini adalah kemampuan lebih besar yang Anda perlukan untuk berhasil lebih baik lagi besok.
Beberapa waktu berlalu, saya merenungkan dalam diri saya apakah falsafah dan mesej tersirat yang boleh saya belajar melalui bola golf ini. Ketika ipar saya membeli satu set golf termasuk bola golf dan beberapa pemukul, saya cuba merasa struktur bola golf dan ternyata sangat unik. Permukaannya penuh lekukan. Ketika itu saya belum tahu kenapa permukaan bola golf dibuat berlekuk-lekuk.
Baru beberapa hari saya menemukan jawabannya, setelah membaca sejarah perkembangannya. Dulu bola golf dibuat dari kayu. Lalu, pada awal Abad XVII dibuat dari kulit dengan bahagian dalamnya diisi serpihan bulu angsa. Dibuat daripada getah karet keras sehingga menghasilkan bola golf yang bulat dan permukaannya licin. Menjelang akhir Abad XIX (yakni 1898), permukaan bola golf dibuat berprofil untuk menyesuaikan sifat bulu angksa sehingga boleh melayang jauh seperti burung ketika dipukul. Namun seratus tahun lalu, profil itu dibuat menjadi lekukan-lekukan. Ternyata dengan ratusan lekukan di permukaannya bola golf boleh bergerak lebih cepat dan lebih jauh dari bola licin. Sangat mengagumkan!
Sahabat,
Lekukan bola golf itu memiliki falsafah wisdom yang luar biasa. Lekukan-lekukan itu ibarat cabaran kehidupan,yang berupa kegagalan, kebosanan, keputusasaan, kesusahan, dan lainnya. Kita boleh lebih cepat berjaya manakala mampu mengatasi "lekukan-lekukan", atau pelbagai tentangan hidup.
Tentu, falsafah bola golf boleh kita pakai sebagai PENGUAT manakala harus menghadapi setiap cabaran yang muncul; kita tidak cepat menyerah ketika cubaan berat datang. Juga, tetap teguh dan kuat dalam memperjuangkan apa yang menjadi cita cita kita!
Pagi ini saya membawakan tema menarik, iaitu tentang "Nilai Waktu".Ada kisah di mana seorang tua menyesali masa mudanya yang ia sia-siakan. Ketika anak sebayanya sibuk belajar, ia justru berleha-leha karena orang tuanya cukup berada. Ketika sahabat seusianya berjuang keras meniti kerjaya, ia berfoya-foya menghabiskan harta orangtua. Ketika yang lain menabung untuk persiapan hari tua, ia malah menghabiskan harta yang tinggal. Akhirnya masa tuanya cukup menyedihkan. Ia hidup dengan bergantung pada belas kasihan orang lain.
Syukur, ia kemudian sedar. Lebih dari itu, orang tua ini mulai menghargai waktu dan tidak membuang masa lagi dengan masa yang ada kerana ia sedar kini baginya waktu cukup bernilai untuk belajar!
Dari orang tua ini, kita boleh belajar dua hal. Pertama, membuang waktu di masa muda itu akan membawa sengsara di masa tua. Kedua, ketika orang tua sudah sedar, ia tak mau lagi membuang waktu dan tak malu belajar bersama anak-anak usia 10 tahun walaupun ia sudah uzur.
Sahabat!
Waktu yang dimiliki setiap orang itu sama, 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun. Tapi hasil yang diperolehi setiap orang selalu berbeza. Ini karena setiap orang mempunyai sikap yang berbeza atas waktu yang dimilikinya. Orang yang sukses adalah orang yang boleh memanfaatkan waktunya dengan cerdas, cermat, dan cekatan sebut saja 3C.
Cerdas itu ertinya kita menggunakan waktu untuk pekerjaan yang bermanfaat, produktif, membangun diri, belajar, dan berjuang keras mengejar apa yang kita cita-citakan. Cermat itu hati-hati, tidak membuang waktu. Cekatan bererti kita pandai mengatur waktu, boleh mengatasi halangan rintangan yang kita hadapi, sekaligus boleh memanfaatkan peluang yang ada di hadapan kita. Jika kita boleh menggunakan prinsip 3C itu, saya percaya hidup kita akan menjadi produktif.
Justeru, bagaimana sahabat menggunakan waktu? Semoga Anda termasuk yang menjalankan 3C itu. Sepanjang percutian panjang khususnya bagi anda yang bergelar cikgu, marilah kita gunakan waktu cuti ini dengan bijak. Bersama kita menjana kecemerlangan hidup.