Wednesday, January 12, 2011

Memilih Hidup Sekali Lagi

Dikisahkan, Tuhan setiap saat mendengar keluh kesah, ketidakpuasan, dan penderitaan dari manusia ataupun dari makhluk lain ciptaan-Nya. Pada suatu ketika, Tuhan ingin sekali tahu bagaimana jika semua makhluk tersebut diberi kesempatan memilih hidup sekali lagi, ingin menjadi apakah masing-masing mereka? Maka, Tuhan pun bertanya kepada semua makhluk ciptaanNya.

Saat itu, tikus dengan cepat menjawab, "Jika diberi kesempatan memilih, aku ingin menjadi kucing. Bagus jadi kucing, dia boleh bebas merdeka berada di dapur, disediakan makanan, susu, dan dielus-elus oleh manusia."

Kucing pun dengan cepat menjawab, "Kalau boleh memilih, aku ingin jadi tikus. Kepandaian tikus mengelilingi lorong-lorong rumah membuat orang serumah kewalahan, dan tikus bahkan boleh mencuri makanan yang tidak boleh aku santap. Hebat sekali menjadi seekor tikus."

Saat pertanyaan yang sama disampaikan kepada ayam, ayam menjawab, "Pasti aku ingin menjadi seekor helang. Lihatlah langit di atas sana, helang nampak begitu perkasa mengepakkan sayapnya yang indah di angkasa luas, membuat semua makhluk iri, ingin menjadi seperti dirinya. Tidak seperti diriku, setiap hari mengais makanan, terkurung dan tidak memiliki kebebasan sama sekali." Sebaliknya, si helang segera menjawab, "Aku mahu menjadi seekor ayam. Ayam tidak perlu bersusah payah terbang kesana kemari untuk mencari mangsa. Setiap hari sudah disediakan makanan oleh petani, diberi suntikan untuk mencegah penyakit, dan ayam begitu terlindung di dalam kandang yang nyaman, bebas dari hujan dan panas."

Saat pertanyaan yang sama diberikan pada manusia, ternyata perempuan dan lelaki pun memberikan jawaban yang beza. Si perempuan menjawab, "Saya ingin menjadi laki-laki. Pemimpin besar dan yang hebat-hebat adanya pasti di dunia laki-laki, Menjadi perempuan sangat menderita, harus selalu melayani, bertarung nyawa melahirkan anak, kemudian membesarkan mereka, ini adalah pekerjaan yang sangat memenatkan."

Kaum lelaki pun tak kurang ikut menjawab, "Aku mahu jadi perempuan. Halus budi bahasanya, tidak perlu bekerja keras menghidupi keluarga, selalu disayang, dilindungi
dan dimanjakan. Ingat, tidak ada pahlawan yang lahir tanpa seorang perempuan, syurga ada di bawah telapak kaki ibu atau perempuan."

Setelah mendengar semua  jawaban para mahluk ciptaanNya, Tuhan pun memutuskan tidak memberi kesempatan untuk memilih lagi. Maka, setiap makhluk akan kembali menjadi makhluk yang sama.

Sahabat yang berbahagia,
Ada pepatah yang mengatakan, "Rumput tetangga selalu lebih hijau dibandingkan dengan rumput di kebun sendiri." Hal tersebut sejalan dengan kisah di atas. Memang, tidak boleh dimungkiri manusia justeru lebih sering memikirkan kelebihan, kebahagiaan, dan kesuksesan orang lain. Hal ini membuat orang setiap kali mengabaikan apa yang sudah dimilikinya. Tidak hairan, jika fikiran selalu dipenuhi dengan perasaan tersebut, maka hidup akan selalu menderita akibat terbiasa selalu membanding-bandingkan. Pada hal, tahukah kita jika orang yang kita fikirkan justeru mungkin berfikir sebaliknya?

Maka, dengan mampu menerima dan bersyukur apa adanya atas apapun yang kita miliki adalah kebijaksanaan. justeru, boleh ikut berbahagia melihat  kebahagiaan dan kesuksesan orang lain adalah kekayaaan mental. Mari, cintai apa yang kita miliki, hidup pasti akan lebih bermakna. Maka kita akan menikmati kegembiraan dan kebahagiaan sejati.

Tuesday, January 11, 2011

Jiwa Besar Berkat Besar

Alkisah, seorang anak yang mengalami cacat tubuh dari lahir. Keadaan fizikalnya sejak kecil hingga  berusia 15 tahun ini sangat lemah. Berjalan pun harus menggunakan penyangga tubuh bahkan kerusi roda selalu dipersiapkan disekitarnya bila tubuhnya tidak lagi memiliki kekuatan untuk melakukan aktiviti.  Walaupun begitu, si pemuda kecil itu tidak pernah menampakkan raut muka yang sedih. Senyuman selalu menyungging di setiap kata-kata yang terlontar dari bibirnya. Mereka sekeluarga saling menyayangi dan memberi sokongan baik fizikal mahupun semangat.

Di suatu senja, ketika berdua menikmati matahari kembali keperaduan, si kakak membuka pembicaraan, "Dik, kita berandai-andai ni, kalau boleh atau kalau boleh memilih atau kalau ada yang Kamu inginkan dan ada yang mahu memberi, apa yang ingin Kamu ubah dalam kehidupanmu sekarang?" Sambil tersenyum santai si adik menjawab "Tidak ada." "Jangan terburu-buru menjawab. fikir baik-baik dulu. Jika Kamu diperbolehkan mengubah, apa yang ingin Kamu ubah?" Si kakak ingin mengulang pertanyaan yang sama. "Tidak ada! Tidak ada yang ingin aku ubah. Mengapa aku harus mengubahnya?" Tanyanya balik. "Kamu tidak mahu dapat berjalan sendiri? Kamu tidak ingin terlepas dari tongkat penyanggamu dan kerusi roda itu?" balas si kakak dengan nada sengit. "Ah.. tidak mahu. Kakak sendiri tahu, aku sudah boleh bermain bola dari kerusi roda dan kawan-kawanku juga senang bermain denganku. Pokoknya tidak ada apapun yang ingin aku ubah!" katanya.

Setelah berdiam beberapa saat, si adik meneruskan bicaranya, "Kak, jangan marah dulu. Sungguh kakak, tidak ada yang ingin aku ubah dalam kehidupanku sekarang, kerana aku tahu dan sedar, aku tidak mungkin boleh mengubah keadaan tubuhku yang lemah ini. Tetapi aku bahagia dan sangat bersyukur iaitu memiliki ayah, ibu, dan kakak yang sangat mencintaiku. Memiliki keluarga dan teman-teman yang baik, telah lebih dari cukup dari yang boleh aku harapkan. Aku tidak ingin mengubah semua ini dan menggantikannya dengan apapun." Segera si kakak berbalik dan memeluk adiknya sambil berbisik sayang "Terima kasih dik, kakak selalu menyayangimu."

Sahabat yang budiman,
Ramai orang menderita kehidupannya kerana tidak mampu menikmati apa yang telah diperolehnya, tetapi selalu mencari dan menginginkan sesuatu di luar jangkauannya, merasa sukses itu ada di sana bukan berada di sini.

Maka berbahagialah orang yang mampu menerima keadaan hari ini apa adanya, tanpa mengeluh, dan tanpa kasihan pada diri sendiri. Mampu menerima keadaan yang tidak boleh diubah dengan ikhlas dan rasa syukur itulah jiwa besar yang harus kita kembangkan di dalam mengarungi kehidupan ini agar kita tetap mantap dan tegar dalam menatap hari depan. Kita tersenyum saat  kita maju dan sukses itu adalah hal biasa namun boleh tetap tersenyum di saat kita di rundung kedukaan, itu barulah luar biasa! Itulah kekayaan hidup. Itulah pemenang sejati!

Wednesday, January 5, 2011

Rancangan Tahunan B & K SK. Tagaroh 2011


Bulan
Bidang
Program
Minggu
Sasaran
Personalia
Kos (RM)
J
A
N
U
A
R
I
Pengurusan dan pentadbiran
Mengemaskini bilik bimbingan dan kaunseling menyediakan borang
Ming. 1
Perkhidmatan B&K
Guru B&K
30


Piskososial Dan
Kesejahteraan
Mental
Suaikenal murid Tahun 1
Ming. 1
Semua murid Tahun 1
Guru B&K /Guru Tahun 1
200
Orientasi mata pelajaran murid Tahun 4 (sains, KT, PAFA, KH)
Ming. 2
Semua murid Tahun 4
Guru B&K/Ketua Panitia
100
Orientasi Murid Pra Sekolah
Ming. 3
Semua murid Pra Sekolah
Guru Pra- Sekolah
100
Pengurusan dan pentadbiran
Penubuhan AJK Unit B&K dan mesyuarat kali pertama
Ming. 3
AJK B&K
Guru B&K
-

Akademik
Motivasi murid Tahun 6. pengurusan masa dan kemahiran belajar
Ming. 4
Semua murid Tahun 6
Guru B&K/Guru Tahun 6
1000
(PIBG)
F
E
B
R
U
A
R
I
Pembangunan
Diri Pelajar
Penubuhan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
Ming. 1
Ahli PRS (T4,T5,T6)
Guru B&K
100

Keibubapaan
Program Keibubapaan
Ming. 2
Semua murid dan ibu bapa Tahun 6
AJK B&K/ Guru Tahun 6
300
(PIBG)
Pembangunan
Diri Pelajar
Pelancaran Program Mentor-Protege
Ming. 3
Semua murid Tahun 6
Semua Guru
200
(PIBG)

Akademik
Pendedahan awal menghadapi UPSR
Ming. 3
Semua murid Tahun 6
Guru B&K /Guru Tahun 6
900

Pembangunan
Diri Pelajar
Kursus Induksi PRS
Ming. 4
Murid T4 & T5
Guru B&K/Guru Tahun 6
200
M
A
C
Keibubapaan
Motivasi ibu bapa murid Linus dan Pemulihan
Ming. 1
Ibu bapa murid Linus & Pemulihan
B&K,
Guru Linus & Pemulihan
200
Kursus Kepimpinan
Ming. 2
Pengawas PSS dan Ketua Darjah
AJK B&K/Guru Pengawas
200

Pembangunan
Diri Pelajar
Bengkel Kemahiran Belajar
Ming. 3
Semua murid Tahun 4
Guru B&K/Guru Tahun 4
200

Keibubapaan
Motivasi ibu bapa murid prasekolah

Ming. 4
Semua ibu bapa prasekolah
Guru B&K &
Guru prasekolah
250
Piskososial Dan
Kesejahteraan
Mental
Penerapan Input Psiko-Sosial dan Kesejahteraan Mental

Ming.
1-4
Semua murid
Semua Guru
200
A
P
R
I
L
Pembangunan
Diri Pelajar
Perlantikan PRS
Ming.1
Ahli PRS
Guru B&K
-


Akademik
Bengkel Kemahiran Belajar
Teknik Menjawab soalan UPSR
Ming.2
Semua murid Tahun 6
Guru B&K/Guru Tahun 6
900

Pembangunan
Diri Pelajar

Pembangunan
Diri Pelajar


Program Sekolah Selamat
Ming.3
Semua guru
Guru B&K
200


Minggu sahsiah Tahap 1/ 2
Ming.4
Murid Ponteng
Guru B&K/semua Guru Tahun 4,5,6,
200
M
E
I


Psiko-Sosial & Kesejahteraan Mental


Penerapan Input Psiko-Sosial dan Kesejahteraan Mental

Ming.
1-4
Semua murid
Semua Guru
-
Minggu.sahsiah Tahap 1
Ming.2
Ponteng/
murid bermasalah
Guru B&K/Guru Tahun 1,2,3
200

Pengurusan & pentadbiran
Mesyuarat AJK Unit B&K Bil.2
Ming3
AJK B&K

Guru B&K

-

Kerjaya
Invonteri Personaliti Warna (IPW)
Ming.4
Murid
Tahap 2
AJK B&K
20

Psiko-Sosial & Kesejahteraan Mental

Penerapan Input Psiko-Sosial dan Kesejahteraan Mental

Ming.
1-4
Semua murid
Semua Guru
-
J
U
N
Pengurusan & pentadbiran

Laporan ½ tahun Unit B & K

Ming.1
PPD/JPN
Guru Besar
-

Perkembangan Staff
Ming.2
Semua guru& staff

Guru B&K
-

Kerjaya
Mengenal dunia pekerjaan
Ming.3
Murid
Tahun 4,5

Guru B&K
200


Psiko-Sosial & Kesejahteraan Mental
Kempen Sekolah Selamat
Ming 4
Semua murid /Guru

AJK Sekolah Selamat
200

Penerapan Input Psiko-Sosial dan Kesejahteraan Mental

Ming.
1-4
Semua murid
Semua Guru
-
J
U
L
A
I
Akademik
Bengkel Kecemerlangan UPSR
Ming.1
Semua murid Tahun 6

Guru B&K/Guru Tahun 6
900
Pembangunan Diri Pelajar
Kempen Kesihatan
Ming. 2
Semua murid
Guru B&K/AJK Kesihatan
200
Dadah & Rokok
Kempen Pendidikan Pencegahan Dadah dan Rokok
Ming.3
Semua murid Tahap 2
Guru B&K/Guru PPDa
100
Pengurusan & pentadbiran
Mesyuarat AJK B&K Bil. 3
Ming. 4
Semua murid Tahun 6

Guru B&K
-
Psiko-Sosial & Kesejahteraan Mental
Penerapan Input Psiko-Sosial dan Kesejahteraan Mental
Ming.
1-4
Semua murid Tahun 6
Semua Guru
-
O
G
O
S


Perkembangan Staff

Ming. 1

Semua staff

Guru Besar
-
Akademik
Persediaan menghadapi UPSR
Ming. 2
Semua murid Tahun 6 dan guru Tahun 6
AJK Peperiksaan/Guru Tahun 6
900
Pembangunan Diri Pelajar
Kempen Patriotisme
Ming.
2,3,4
Semua murid, guru dan ibu bapa
Guru Besar /
BTN/NGO
400
Psiko-Sosial & Kesejahteraan Mental
Penerapan Input Psiko-Sosial dan Kesejahteraan Mental

Ming.
1-4
Semua murid
Semua Guru
-
S
E
P
T
E
M
B
E
R

Pembangunan Diri Pelajar
Seminar Awal Remaja
Ming.1
Murid
Tahun 6
Guru B&K/Guru Tahun 6
200
Akademik
Motivasi Tahun 5
Ming.2
Murid
Tahun 5
Guru B&K/Guru Tahun 5
900
Pembangunan
Diri Pelajar
Ceramah kemasukan ke Sekolah Menengah
Ming.3
Murid
Tahun 6
Guru B&K/Guru Tahun 6

100
Pengurusan & pentadbiran
Mesyuarat AJK B&K Bil.4
Ming.4
AJK B&K
Guru Besar

-

Akademik
Motivasi Tahun 4
Ming.4
Murid
Tahun 4
Guru B&K/Guru Tahun 4
900
Psiko-Sosial & Kesejahteraan Mental
Penerapan Input Psiko-Sosial dan Kesejahteraan Mental

Ming.
1-4
Semua murid
Semua Guru
-
O
K
T
O
B
E
R
Pembangunan
Diri Pelajar
Lawatan Pembimbing Rakan Sebaya
Ming.1
PRS
Guru B&K
400
B&K
Pengurusan & pentadbiran
Menyediakan laporan B &K tahun semasa.
Ming.2
Guru B&K
Guru Besar
-
Laporan Pelajar berisiko ke sekolah menengah
Ming.3
Guru B&K
Guru Besar
-
N
O
V
Pengurusan & pentadbiran
Merancang Perkhidmatan B&K tahun berikutnya

Ming.
1-4
-
AJK B&K
-
D
I
S
Pengurusan & pentadbiran
Kemaskini Bilik dan Fail Unit B&K

Ming.1-4
-
AJK B&K
100
JAN
NOV
Analisis
Mengendalikan Sesi Bimbingan Individu dan kelompok
Sepanjang Sesi persekolahan
Murid dan ibu bapa
Guru B&K
-
Khidmat Konsultasi ibu-bapa
-
Lawatan ke rumah
-
CATATAN:

1.             KOS                                          -Pengurusan program tertakluk kepada kemampuan sekolah.
2.             PENGISIAN PROGRAM              -Disesuaikan dengan keperluan sekolah dan cuti persekolahan.