Tuesday, October 25, 2011

Orang Kedekut

Tangkai Jering

Dikisahkan tentang seorang lelaki berusia 60-an tahun yang menjadi buah bibir di kampungnya.Lelaki separuh umur tersebut terkenal sangat kedekut, bahkan untuk makan sehari-hari dan kesihatannya sendiri tidak pernah meminta rawatan perubatan kerana ia melibatkan duit. Sudah menjadi rahsia umum bahawa dia jarang sekali makan lebih dari sepotong roti setiap hari.

Suatu ketika ia sangat marah kepada isterinya, lantaran isterinya itu membeli seekor ikan untuk lauk mereka makan. "Kamu ini perempuan boros. Aku saja tidak pernah membeli ikan, kamu pula pandai-pandai membeli ikan," bentak lelaki itu. Si isteri yang sabar dan sangat kenal tabiat suaminya itu berusaha membela diri. "Bukan saya yang beli, tetapi tetangga sebelah yang memberikan ikan ini untuk kita," dalihnya.

Kalau begitu, potong-potong ikan itu menjadi 7 bahagian untuk lauk makan kita selama 7 hari. Kalau mahu menggoreng gunakan garam, tapi sedikit saja nanti garamnya cepat habis," kata lelaki itu memberi cadangan sekaligus instruksi. Beberapa hari kemudian, lelaki itu jatuh sakit, badannya demam dan tak mampu bergerak seperti biasa. Si isteri kasihan melihat keadaan suaminya. Ia bergegas pergi ke sebuahkedai ubat untuk membeli ubat untuk menurunkan panas badan.

Ketika si isteri memberi ubat tersebut, suaminya justeru menutup mulut rapat-rapat kerana menilai bahwa membeli ubat adalah pemborosan besar. "Jangan khuatir, ubat ini adalah ubat paling murah. Lagi pula, di dalam kotak ubat ini ada kupon yang boleh ditukar dengan hadiah," pujuk isterinya sambil memberikan ubat. Tetapi suaminya itu tetap mengunci mulutnya.

Tak kurang akal, si isteri langsung membisikkan sesuatu di telinga suaminya. "Ehmm, sebenarnya saya tadi bohong. Ubat ini sudah expire date. Jadi kedai ubat itu memberikannya kepada saya," bisik isterinya. Barulah  si lelaki kedekut tadi bersedia meminum ubat. Setelah minum ubat dia pun tersenyum, kemudian memuji isterinya pintar.

Pesan:
Harta kekayaan dapat berfungsi sebagai sumber kebahagiaan apabila kita mempunyai kemampuan untuk mendapatkannya sekaligus menggunakannya dengan benar dan tepat. Bila kita kesulitan mencari sumber penghasilan jelas akan mengurangi kualiti kehidupan. Begitupun bila kita tak dapat mengelola kewangan dengan baik maka hal itu akan menjadi sumber petaka dalam kehidupan kita.

Hidup sederhana bukan bererti harus mengurangi kualiti kehidupan, melainkan hidup tidak berlebih-lebihan dan sedapat mungkin memberikan manfaat bagi diri sendiri mahupun orang lain. Sedangkan kisah di atas adalah sebuah fenomena tentang seseorang yang tidak dapat menggunakan kekayaannya dengan baik. Sikapnya tergolong terlalu kedekut, sehingga merampas kenikmatan hidup yang seharusnya ia dapatkan.

Charles Spurgeon mengatakan, "Yang penting bukanlah berapa banyak yang kita miliki tetapi berapa banyak yang kita nikmati." Sebab kekayaan mempunyai erti bila kita dapat menikmatinya. Sehingga kalaupun kita ingin mengumpulkan lebih banyak harta kekayaan seharusnya tidak dengan cara bersikap kedekut, kerana langkah tersebut hanya akan mengurangi kualiti hidupnya. Langkah yang seharusnya ia tempuh adalah menambah sumber penghasilan.

Selain menambah sumber penghasilan, langkah selanjutnya adalah hidup sederhana, kerana di dalam kesederhanaan ada kemuliaan dan ketenteraman hati. Berbeza dengan hidup orang kedekut, dimana di dalamnya hanya ada kesusahan kerana kekhuatiran berlebih hartanya akan berkurang.

Oleh sebab itu, hindarilah sikap kedekut. Upayakan untuk menambah kualiti kehidupan. Manfaatkan harta kekayaan yang kita miliki dengan baik dan tepat, sehingga menjadi sumber kebahagiaan tersendiri.