Tuesday, November 30, 2010

Keldai

Belajar Dari Keldai
Suatu hari keldai milik seorang petani jatuh ke dalam perigi. Haiwan itu menangis dengan memilukan selama berjam-jam sementara si petani memikirkan apa yang harus dilakukannya. Akhirnya, Ia memutuskan bahawa haiwan itu sudah tua dan perigi itu juga perlu ditimbun (ditutup - karena berbahaya);jadi tidak berguna untuk menolong si keldai. Ia mengajak tetangga-tetangganya untuk datang membantunya. Mereka membawa sekop dan mulai menyekop tanah ke dalam perigi.

Pada mulanya, ketika si keldai menyedari apa yang sedang terjadi, ia menangis penuh kengerian.Tetapi kemudian, semua orang takjub, karena si keldai menjadi diam. Setelah beberapa sekop tanah dituangkan ke dalam perigi, si petani melihat ke dalam perigi dan terkejut karena apa yang dilihatnya. Walaupun punggungnya terus ditimpa oleh bersekop-sekop tanah dan kotoran, si keldai melakukan sesuatu yang menakjubkan. Ia mengguncang-guncangkan badannya agar tanah yang menimpa punggungnya turun ke bawah, lalu menaiki tanah itu. Sementara tetangga-tetangga terus menuangkan tanah tanah ke atas punggung haiwan itu, si keldai terus juga menguncangkan badannya. Lama kelamaan akhirnya keldai itu berjaya melangkah naik. Semua orang terpesona ketika si keldai melompat keluar dari perigi yang dalam dan melarikan diri...!!

Sahabat, kehidupan kita seperti keldai yang termasuk dalam perigi yang dalam, segala macam tanah dan kotoran yang menimbuni kita. Cara untuk keluar dari 'perigi' (kesedihan, masalah,dsb) adalah dengan menguncangkan segala tanah dan kotoran dari diri kita (fikiran, dan hati kita) dan melangkah naik dari 'perigi' dengan menggunakan hal-hal tersebut sebagai batu loncatan.

Setiap masalah kita merupakan satu batu loncatan untuk melangkah naik dan bukannya sebagai batu halangan. Kita dapat keluar dari 'perigi' yang terdalam dengan terus berjuang, jangan pernah menyerah...!! lakukan dan perhatikan apa yang terjadi!

Rahsia Kesempatan

Ada ramai orang yang menganggap tahun baru adalah kesempatan baru. Justeru itu mereka menyambut kedatangan tahun baru dengan semangat baru dan persiapan baru. Bagi saya bukan hanya tahun baru yang merupakan kesempatan baru. Setiap hari adalah hari baru. Setiap hari adalah kesempatan baru.

Sahabat,
Pernah saya mendengar ada yang bertanya, bagaimana supaya kita boleh peka terhadap kesempatan karena sering kali baru menyesal setelah tidak menggunakan kesempatan? Kepekaan tidak wujud dengan sendirinya. Kepekaan itu perlu dilatih, kepekaan itu perlu tindakan.

Melakukan pekerjaan kita dengan konsisten merupakan cara mengasah kepekaan kita secara terus menerus melakukan pekerjaan kita, kita akan tahu mana yang salah dan mana yang benar, mana kesempatan kita mana yang bukan. Oleh itu, tetap action dan jangan mudah patah semangat. Jika gagal, cepat bangun lagi. Gagal lagi, bangun lagi.

Ingat bahawa halangan terbesar kejayaan bukan bergantung sepenuhnya kepada orang lain melainkan pada diri kita sendiri. Maka kita perlu tegas pada diri kita sendiri dan melakukan kegiatan positif serta melakukan transformasi diri sehingga memungkinkan kesempatan-kesempatan kita perolehi dalam kehidupan kita. 
Bagaimana dengan anda hari ini?

Telur Dan Belon


Telur Dan Belon
Telur dan belon adalah dua hal yang tidak asing dalam kehidupan manusia. Dari muda sampai tua, lelaki atau pun wanita pasti mengenal keduanya. Namun, siapa yang mengetahui bahawa telur dan belon boleh digunakan sebagai bahan refleksi kehidupan kita sehari-hari?

Tahukah Anda bahawa telur dan belon walaupun memiliki bentuk yang sama, tetapi ada perbezaan tajam antara keduanya? Belon kelihatannya indah dan menarik, coraknya meriah dan berwarna-warni, lincah dan riang bergerak kesana-kemari. Namun, itu hanya penampilan dari luar saja, sedangkan di dalamnya kosong. Hanya angin. Berbeza dengan telur, dari luar memang tidak semenarik dan secantik belon, tetapi di dalamnya terkandung potensi kehidupan.

Perbandingan di atas mengingatkan kita bahawa ternyata penampilan yang di dalam lebih penting daripada yang di luar. Kebenarannya, Tuhan memang lebih tertarik pada kualiti hati dan karakter kita, daripada memperhatikan luaran kita. Namun, ini bukan bermakna bahawa kita tidak perlu berpenampilan menarik di luar. Apa lagi apabila pekerjaan kita berhubungan dengan orang ramai. Banyak mata yang melihat kita. Bila  seorang penjual lalu memakai pakaian yang tidak diseterika, tidak harum, anda boleh bayangkan bagaimana respon pembeli? Apakah pelanggan akan respek dan tertarik untuk membeli produk atau jasa anda? Saya rasa tidak.

Oleh karena itu, hendaklah penampilan di dalam hati kita berpadanan dengan yang di luar. Bila karakter dan sikap kita baik, bukankah akan lebih baik lagi dan sempurna, jika kita juga memiliki penampilan luar yang baik? Saya percaya apabila yang luar dan dalam sudah excellent, kita akan disukai tidak hanya oleh Tuhan tetapi juga manusia.

Kecantikan hati diikuti dengan penampilan luaran yang menarik, merupakan kelebihan dan kemampuan mengangkat kehidupan anda jauh lebih baik daripada orang yang tidak berpenampilan baik.

Tapak Sulaiman


Tapak Sulaiman
Ketika fajar menyingsing, seorang lelaki tua berjalan-jalan di pinggir pantai sambil menikmati angin laut yang segar menerpa bibir pantai. Di kejauhan dilihatnya seorang anak sedang memungut tapak sulaiman dan melemparkannya kembali ke dalam air. Setelah mendekati anak itu, lelaki tua itu bertanya hairan; “Mengapa engkau mengumpulkan dan melemparkan kembali tapak sulaiman itu ke dalam air?” Jawab anak kecil itu, “kerana bila dibiarkan hingga matahari semakin panas terik, tapak sulaiman yang terdampar itu akan segera mati kekeringan” kata si anak kecil. “Tapi pantai ini luas dan berbatu-batu jauhnya” Kata lelaki tua itu sambil menunjukkan jarinya yang mulai keriput ke arah pantai pasir yang luas itu, lagi pula ada jutaan tapak sulaiman yang terdampar. Aku ragu apakah usahamu itu sungguh mempunyai erti yang besar” Lanjutnya penuh keraguan.

Anak itu lama memandang tapak sulaiman yang ada di tangannya tanpa berkata sepatahpun. Lalu dengan perlahan ia melemparkannya ke dalam laut agar selamat dan hidup. “Saya yakin usahaku sungguh memiliki erti yang besar sekurang-kurangnya bagi yang satu ini.” Kata si kecil itu.

Sahabat,
Kita sering mengharapkan untuk melakukan sesuatu yang besar, namun sering kali kita lupa bahawa yang besar itu sering dimulai dengan sesuatu yang kecil.

Monday, November 29, 2010

Kisah Pemain Biola


Kisah Biola dan segala sesuatu yang tak dapat diubah. Niccolo Paganini, seorang pemain biola yang terkenal di abad 19, memainkan biolanya untuk para pemujanya yang memenuhi ruangan. Dia bermain biola dengan diiringi orkestra penuh.

Tiba-tiba salah satu tali biolanya putus. Keringat sejuk mulai membasahi dahinya tapi dia meneruskan memainkan lagunya. Kejadian yang sangat mengejutkan tali biolanya yang lain pun putus satu persatu hanya meninggalkan satu tali, tetapi dia tetap main. Ketika para penonton melihat dia hanya memiliki satu tali dan tetap bermain,mereka berdiri dan berteriak, "Hebat, hebat."

Setelah tepuk tangan riuh memujanya, Paganini menyuruh mereka untuk duduk. Mereka menyedari tidak mungkin dia dapat bermain dengan satu tali. Paganini memberi hormat pada para penonton dan memberi isyarat pada kumpulan orkestra untuk meneruskan bahagian akhir dari lagunya itu dengan penghayatan dia berteriak, "Paganini dengan satu tali." Dia menaruh biolanya di dagunya dan memulai memainkan bahagian akhir dari lagunya tersebut dengan indahnya. Penonton sangat terkejut dan kagum dengan kejadian ini.

MAKNA: Hidup kita dipenuhi oleh persoalan, kekhuatiran, kekeciwaan dan semua hal yang tidak baik. Secara jujur, kita seringkali mencurahkan terlalu banyak waktu mengurus pada tali kita yang putus dan segala sesuatu yang kita tidak dapat ubah.

Apakah anda masih memikirkan tali-tali anda yang putus dalam hidup anda? Apakah tali terakhir nadanya tidak indah lagi? Jika demikian, saya ingin menganjurkan jangan melihat ke belakang, majulah terus, mainkan tali satu-satunya itu. Mungkinkanlah itu dengan indahnya. Tuhan akan menolong kita selagi kita setia kepadaNya.

Renung dan fikir-fikirkan….

Masa Kini Adalah Pemungkin Masa Depan Anda

Ada orang yang mengumpulkan dan membawa batu-batu kegagalannya di masa lalu, untuk menghalangi perjalanannya ke masa depan. Apa yang terjadi pada masa lalu adalah pelajaran bagi pengajaran Anda hari ini. Anda tidak boleh menggunakannya sebagai pelemah upaya Anda hari ini. Jadilah peribadi yang memudahkan tercapainya masa depan yang baik.

Ingatlah, bahawa Masa kini yang baik adalah pemungkin bagi masa depan yang baik, yang akan menjadi pemaaf bagi masa lalu yang seperti apa pun.

Sahabat, semoga hari ini Tuhan menghadiahkan ketegasan yang Anda perlukan untuk menyingkirkan fikiran dan perasaan yang tidak berpihak kepada keberhasilan Anda, dan menguatkan Anda untuk tegas mengutamakan sikap dan tindakan yang sudah Anda ketahui sebagai yang penting.

Keberhasilan Anda hari ini adalah kemampuan lebih besar yang Anda perlukan untuk berhasil lebih baik lagi besok.

Jadual Gaji 2011

BULAN TARIKHCATATAN
Januari
25 Jan 2011

Februari
24 Feb 2011
Tahun Baru Cina 3 & 4 Feb 2011
Mac
24 Mac 2011

April
25 April 2011

Mei
24 Mei 2011
Pesta Menuai 30 & 31 Mei 2011
Jun
23 Jun 2011
Hari Gawai 1 & 2 Jun 2011
Julai
25 Julai 2011

Ogos
24 Ogos 2011
Hari Raya Puasa 30 & 31 Ogos 2011
September
22 September 2011

Oktober
20 Oktober 2011
Deepavali 26 Okt 2011
November
24 November 2010
Hari Raya Haji 6 Nov 2011
Disember
19 Disember 2011
Hari Krismas 25 Dis 2011

Memahami Dunia Kaunseling

Apa itu kaunseling?
Ö Kaunseling  bukan  nasihat.
Ö Hubungan kaunseling tidak berlaku hanya sehala.
Ö Kaunseling mementingkan manusia(Klien) lebih daripada masalah.
Ö Kaunseling bukan menyelesaikan masalah atau persoalan hidup tetapi membantu klien mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapinya supaya klien dapat melihat dirinya sebenar dan dunia persekitarannya.
 
Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan.  Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien .  Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi.  Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.

Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala.  Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi.  Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.

Kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya.  Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.

Krumboltz (George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesian kepada masalah klien. Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.

Perhubungan Kaunseling Dan Personaliti Kaunselor
Perhubungan kaunseling tidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri personaliti kaunselor, iaitu mesra, jujur, menerima tanpa syarat dan berempati. Perbincangan adalah pada diri klien dan peranannya dalam permasalahannya, bukan masalahnya. Kaunseling merupakan satu proses pembelajaran semula.  Pembelajaran semula berlaku melalui perkongsian cerita atau penglahiran perasaan, mendapat pengetahuan atau maklumat batu hasil daripada interaksi bersama kaunselor, mendapat kemahiran batu melalui contoh atau model daripada kaunselor dan melalui main peranan.

Definisi kaunseling
Menurut Blocher (shertzer & Stone, 1974), kaunseling adalah proses interaksi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran dan menghasilkan pembentukan dan/atau penjelasan matlamat dan nilai untuk tingkah laku masa depan.

Burk dan Steffire (George & Cristiani,1990), mendefinisikannya: Kaunseling melambangkan satu perhubungan yang profesional di antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang klien.  Perhubungan ini kadangkala melibatkan lebih daripada dua individu.  Ianya bertujuan membantu klien memahami dan menjelaskan pandangan mereka terhadap kehidupan, dan belajar manusia yang bermaruah dan unik walaupun klien datang dengan cerita yang berbagai-bagai.  Kaunselor perlu berpandangan terbuka.  Dia perlu mengelakkan diri daripada pandangan yang negatif atau serong terhadap klien.

Berempati
Ini merujuk kepada kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk atau dunia klien dan membenarkan dirinya mengalami proses mental dan emosi yang  dialami oleh klien sambil memahami dan menghayati pengertian daripada proses ini. 

Apakah Dia Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling?
Perkhidmatan percuma dan ikhlas yang disediakan kepada ANDA untuk mengatasi segala persoalan tentang:
Ä  Peribadi dan emosi anda
Ä  Perkembangan pelajaran
Ä  Belajar dengan lebih berkesan
Ä  Perlakuan tidak selaras,pendiam,susah hendak bergaul,selalu berpandangan negatif
Ä  Keluarga
 
Matlamat  Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling
v  Supaya  ANDA memahami tentang diri anda
v  Supaya ANDA dapat menerima diri ANDA dan mempunyai pandangan yang objektif dan realistik.
v  Supaya ANDA dapat mengenalpasti apakah keperluan ANDA
v  Agar ANDA dapat membuat perancangan yang berkesan di dalam kehidupan ANDA pada masa sekarang dan akan datang.

Bagaimana Perkhidmatan Ini Dijalankan?
ü  Perkhidmatan ini dijalankan melalui: KAUNSELING INDIVIDU (pertemuan ANDA dengan kaunselor)
ü  KAUNSELING KELOMPOK (pertemuan ANDA dan rakan-rakan dengan kaunselor)

Dimana Perkhidmatan Ini Dijalankan?
Pertemuan ANDA dengan kaunselor ANDA akan diadakan di dalam bilik Bimbingan & Kaunseling, tanpa gangguan dan tidak boleh didengar oleh orang lain. Hanya ANDA dan Kaunselor ANDA sahaja yang mengetahui tentang perkara yang dibincangkan.
Segala  Perbincangan  Anda  Dan  Maklumat  Yang Anda  Berikan  Adalah  Dirahsiakan.

Bagaimanakah Cara Anda Mendapat Perkhidmatan Ini?
Datang seorang atau dengan rakan anda berjumpa kaunselor,
atau Mengisi borang temujanji yang boleh didapati di dalam Bilik Kaunseling

KAUNSELOR ANDA
Ä  Sedia mendengar semua persoalan ANDA
Ä  Menerima ANDA tanpa syarat
Ä  Merahsiakan apa yang ANDA katakan
Ä  Menghormati diri ANDA sebagai seorang individu
Ä  Sedia berjumpa dengan ANDA pada bila-bila masa.

Setiap Permulaan Bermula Daripada Langkah Yang Pertama.  Menemui Kaunselor Adalah Langkah Yang Bijak

Dunia Pekerjaan Mengikut 6 Mata Holland

REALISTIK
(Persawatan, Sains, Penghitungan, Kerja Luar)

Minat:
¥  Mempunyai kemahiran elektik atau mekanikal
¥  Kegiatan yang melibatkan manipulasi objek.
¥  Alat-alat, mesin-mesin, binatang-binatang secara terang dan bersistem
¥  Minat bekerja di luar bangunan daripada di dalam bangunan

Ciri Personaliti:
¥ Sukakan pekerjaan yang realistik dan mengelak daripada aktiviti sosial.
¥ Menggunakan kebolehan kekuatan fizikal dalam menyelesaikan masalah.
¥Menghargai perkara-perkara yang konkrit atau ciri-ciri peribadi yang terbukti kebenarannya seperti wang, kuasa dan status.
¥ Mempunyai kecekapan dalam bidang sains dan matematik.
¥ Kurang kebolehan dalam hubungan sosial.

Kerjaya:
Mekanik, jurugegas jentera, juruelektrik, jurufoto, jurutaip, jurutera, juruukur am, pakar cap jari, ahli kaji logam, ahli optik, ahli penternak ikan, juru kamera wayang gambar, juru teknik, akauntan, perangkawan, operator mesin, mekanik kapalterbang, ahli ilmu perkebunan, tukang kayu, dll

INVESTIGATIF
(Sains)

Minat:
¥  Suka membuat pemerhatian, mempelajari, menyelidik, menganalisis,menilai dana menyelesaikan masalah melalui penyelidikan.
¥  Mepuyai kemahiran saintifik dana matematik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal.
¥  Kajian-kajian secara pemerhatian, perlembagaan, bersistem.
¥  Kreatif mengenai fenomena-fenomena fizikal, biologi, dan budaya untuk memahami dan mengawal fenomena-fenomena tersebut.

Ciri Personaliti:
¥  Sukakan suasana pekerjaan investigatif.
¥  Suka kepada aktiviti-aktiviti simbolik, dan sistematik.
¥  Penyelidikan berhubung dengan sains fizikal dan biologikal tetapi  tidak suka aktiviti sosial, pemujukan, dan berulang-ulang.
¥  Mempunyai tingkahlaku yang cenderung kepada kebolehan saintifik dan matematik, sebaliknya kurang kebolehan memujuk.

Kerjaya:
Ahli kajicuaca, ahli biologi, ahli botani, ahli agronomi, ahli fizik, ahli kajibintang, ahli kimia, ahli kajibumi, penyelidik sains, antropologis, ahli arkilogi, ahli geografi, ahli geofizik, ahli teknologi makanan, pakar pengajaran pandang dengar, aktuari, ahli fisiologi perubatan, doktor, guru sains, doktor haiwan, pakar makanan dll.

ARTISTIK
(Muzik, Seni, Sastera)
Minat:
v  Kegiatan-kegiatan yang bebas, tidak bersistem dan melibatkan
v  Manipulasi bahan-bahan fizikal, bahasa, dan kemanusiaan untuk mencipta bentuk-bentuk dan hasil seni.
v  Punya kebolehan artistic dan inovatif
v  Tidak selesa dengan kerja rutin atau berulang-ulang.
v  Menggunakan imaginasi dan kreativiti.

Ciri Personaliti:
Ø  Sukakan suasana dan pekerjaan artistik (bebas, tidak bersistematik, dan kabur).
Ø  Melepaskan perasaan atau menyelesaikan masalahnya dengan cara melahirkan menerusi ciptaan ataupun karyanya.
Ø Tingkahlaku cenderung kepada kebolehan dalam bahasa, seni, muzik, drama dan penulisan.
Ø  Sangat benci kepada pekerjaan perkeranian dan perniagaan.
Ø  Sensitif kepada persekitaran.

Kerjaya:
Pengarang, kartunis, pelukis papan iklan, penyanyi, dramatis, penerbit radio & TV, pencipta muzik, penulis lirik, pereka bentuk fesyen, guru seni halus, artis persolekan, konduktor orkestra, juruhebah muzik, penjual toko muzik, arkitek, juru gambar, pelukis batik, juru hias dalam, pelukis, penjual bunga, pemberita, penulis skrip, penggubah lagu, pelukis potret, wartawan,pelukis kartun, dll.

SOSIAL
(Khidmat Sosial, Daya Pujuk)

Minat:
Ö Manipulasi orang lain dengan tujuan untuk memberitahu, melatih, mengembang, menyembuh, atau memberi ilham dan membuat kebajikan.
Ö  Suka berinteraksi dan bekerja dengan manusia.

Ciri Personaliti:
Ö Mengutamakan aktiviti-aktiviti mempengaruhi orang lain seperti memberitahu, latihan,perkembangan dan pemulihan.
Ö  Sukakan kegiatan social.
Ö  Suka dirinya dilantik sebagai ketua.
Ö Pandai mewujudkan hubungan antara individu tetapi kurang dalam bidang teknikal dan kerja tangan.
Ö Suka mendapat perhatian.
Ö Mengelak diri daripada aktiviti yang sistematik yang melibatkan benda, pekakas, atau mesin.
Ö Mahir berkomunikasi
Ö Matlamat utama ialah membuat kebajikan.

Kerjaya:
Guru, Kaunselor,ahli psikologi klinikal, pegawai kebajikan masyarakat, jururawat, diplomat, pustakawan, pengulas berita, pegawai personal, penasihat penanaman, Pegawai Perhubungan Industri, pemandu pelancong, Penasihat Bimbingan Vokasional, pegawai kesihatan, pegawai polis, peguam, pendakwah, ahli politik, penjual insuran, pendakwa raya dll.

ENTERPRISING
(Penghitungan, Daya Pujuk, Khidmat Sosial)

MINAT:
v  Manipulasi orang lain untuk mencapai matlamat organisasi dan keuntungan ekonomi.
v  Suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia.
v  Mempengaruhi, mengarah, memimpin dan mengurus individu lain.

Ciri-ciri personaliti:
Ö Suka kepada aktiviti yang boleh mendapat keuntungan.
Ö Mempunyai kebolehan memimpin, interpersonal, dan memujuk tetapi kurang dalam perkara-perkara saintifik (lemah kecekapan sains).
Ö Menerima dirinya sebagai agresif, popular, mempunyai keyakinan diri, sosial, dan ada kecekapan bercakap.
Ö Ambil berat dalam soal-soal kekuasaan.
Ö Mempunyai kemahiran dalam bidang penjualan.
Ö Sukakan status dan kepimpinan.

KERJAYA:
Peguamcara dan peguambela, pegawai pendakwaan, polis, tentera, jurujual, pengurus pengeluaran, pengurus kelab, penyelia penjualan, penganjur sukan, pegawai penilai, pengurus restoran, mandur estet, renjer hutan, pegawai pemasaran, perunding, akauntan, guru matematik, ahli audit juru ukur, navigator terbang, ahli politik, penulis skrip iklan, pegawai perhubungan, speculator, aktuaris, dll.

KONVENSIONAL
(Penghitungan)

Minat:
¥  Kegiatan-kegiatan yang melibatkan manipulasi data secara terang, teratur, dan konsisten.
¥  Suka bekerja dengan data dan nombor

Ciri Personaliti:
¥  Suka kepada aktiviti yang melibatkan usaha mempengaruhi data-data dengan sistematik.
¥  Mementingkan aktiviti yang menggunakan nombor, memberatkan kepada aspek-aspek perbualan ataupun topik-topik yang dirancang.
¥  Tingkahlaku cenderung kepada bidang perkeranian, perniagaan dan komputer.
¥  Lemah dalam kecekapan seni.
¥  Melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan.
 
Kerjaya:
Pemeriksa akaun bank, perancang belanjawan, pegawai penilai, operator komputer, pakar kawalan mutu, pegawai perangkaan, pegawai cukai, juru trengkas mahkamah, kerani audit, juru analisa sistem, juruwang, guru matematik, juru ukur, penyusun komputer, penyimpan kira-kira, guru perdagangan, akauntan, jurujual insuran, dll.