Saturday, December 25, 2010

Rasa Tanggung Jawab

Tanggung Jawab

Suatu hari, seorang tenaga marketing di bidang kewangan mengeluh dan putus asa. "Seumur hidup saya akan merasa bersalah kerana telah menyebabkan pelabur rugi besar. Apalagi jika ada yang sampai meninggal kerana itu. Aduh rasanya saya mahu mati sahaja," katanya. Syarikat tempatnya bekerja ternyata tidak mampu mengembalikan wang pelabur, sesuai perjanjian. Bukan hanya bunga yang tidak dibayar, bahkan pokoknya pun telah menyusut hingga 20 peratus kerana situasi market yang semakin menurun.

Hampir setiap kali bercakap di telefon, dia menangis ketakutan dikejar rasa bersalah dan memikirkan para pelabur yang pasti membencinya. "Kali ini, habislah saya. Periuk nasi saya sudah terbalik. Saya trauma mahu mencari kerja lagi. Fikiran saya kacau. Kalau ada apa-apa dengan pelabur disebabkan wangnya tidak dapat dikembalikan, matilah saya. Saya yang memujuk para pelabur untuk melabur di sini, tapi saya tidak tahu kalau masalahnya seperti ini. Saya tidak pernah berniat jahat dengan siapapun, tapi hari ini, justru orang-orang yang percaya kepada saya yang saya celakai." Sambil bergurau, si penerima keluhan menjawab, "ala, jangan mati dulu. Kalau kamu orang yang boleh dipercayai dan bertanggung jawab, justeru tetap hidup dan menghadapi masalah ini.

Tunjukkan bahawa kamu tidak akan lari dan akan membantu menyelesaikannya hingga selesai. Jika kamu sudah maksimum membantu, tetapi pelabur tetap tidak puas kerana rugi besar, itu risiko yang harus kamu tanggung. Tidak perlu marah sendiri. Pelabur mahu marah dan benci, itu adalah hak mereka. Siapa pun yang rugi sebesar itu, boleh marah" Ia melanjutkan kata-katanya. "Mereka belum tentu membenci kamu secara peribadi, tetapi situasi yang tidak baik menyebabkan ada orang yang harus dijadikan tempat untuk mereka marah. Ya kamulah orang yang paling tepat buat sasaran, tetapi sebenarnya, setiap orang harus bertanggung jawab pada keputusannya sendiri! Ketika pelabur menandatangi perjanjian, dengan sedar, tidak ada orang yang memaksa dia untuk ikut kamu. 

Jadi, jika kamu sudah melakukan semaksimumnya, selebihnya serahkan kepada Tuhan, itu sudah di luar kawalanmu. Jangan percaya kalau ini adalah akhir dunia. Setiap pekerjaan yang kamu lakukan dengan hati dan niat baik, pasti ada jalan yang terbuka. Hari ini pelaburmu mungkin sekitar 50 orang. Padahal di luar sana masih ada puluhan orang lain calon pelabur. Oleh itu, lihat ke depan, hati-hati memilih tempat kerja, teliti dulu. Tegakkan kepala dan bersikaplah optimis kerana kehidupan perlu diteruskan!"

Anda dan saya,
kita mungkin pernah merugikan orang lain dengan tidak sengaja, hingga orang lain menderita, tetapi yang paling utama adalah kita sedar secara ikhlas bahawa kita tidak ada hati secara sengaja untuk merugikan orang lain. Selain itu, kita harus berani bertanggung jawab, membantu, dan menghadapi situasi itu sampai selesai.

Seorang ilmuwan besar Albert Einstein (1879-1955) mengatakan, "The price of greatness is responsibility" harga sebuah kebesaran adalah terletak pada tanggung jawab. Mempunyai rasa tanggung jawab adalah mutiara kehidupan. Oleh itu, dengan rasa tanggung jawab yang besar, kita ambil hikmah dan pelajaran pahit, serta tetap berani berjalan ke depan dengan optimis aktif!

Thursday, December 23, 2010

Mewujudkan Impian Dan Berjuang

Mewujudkan Impian Dan Akhirnya Berjuang
Dikisahkan, pada tahun 1867, hiduplah seorang ahli teknik kelahiran Jerman bernama John Augustus Roebling. Ia bermimpi membangun sebuah jambatan yang menghubungkan Kota New York dan Long Island. Impian John tidak mendapat sokongan bahkan ditertawakan oleh ramai kawannya. Mereka mengganggap projek itu adalah idea yang paling gila dan impossible di zaman itu. Maka, John hanya boleh berkongsi impian dengan anaknya, Washington Roebling. Washington juga seorang ahli teknik. Ayah dan anak itu berjuang bersama untuk mewujudkan impian itu.

Ketika projek itu baru berjalan beberapa bulan, terjadi kemalangan teruk. Sayangnya, kerana pertolongan lambat, John Roebling tidak dapat diselamatkan. Sedangkan Washington, walaupun nyawanya selamat, tetapi mengalami cedera parah di kepalanya yang mempengaruhi otaknya. Washington menjadi lumpuh dan tidak mampu bercakap. Namun demikian, impaian ayahnya tentang jambatan tidak pernah padam dalam fikirannya.

Suatu hari, ketika Washington terbaring tidak berdaya di tempat tidurnya, ia melihat cahaya matahari melalaui tingkap biliknya, menyilaukan dan menyakitkan mata. Dia segera menutup kelopak matanya, dan ketika itu pula, seakan Tuhan bercakap dengan pertanda, tiba-tiba muncullah sebuah kesedaran, "Hari ini aku masih boleh menikmati indahnya kilau mentari, ertinya, Tuhan masih memberiku waktu untuk berbuat. Aku sedar, aku tidak boleh menyerah!" dengan sekuat tenaga ia berkonsentrasi penuh dan berusaha untuk menggerakkan satu jarinya. Usaha yang dilakukan berulang-ulang dengan semangat dan konsentrasi penuh, ternyata tidak sia-sia. Dia berhasil menggerakkan jarinya! Perlahan-lahan, Washington mampu membuat isyarat untuk berkomunikasi dengan istrinya, Emily, melalui satu jari itu.


Walaupun begitu perlahan pada awalnya, dengan cara seperti itulah, Washington memberi petunjuk kepada Emily untuk melanjutkan pembuatan jambatan. Semua arahan diberikan kepada Emily dan kemudian disampaikan lebih lanjut kepada para pekerjanya yang setia membantu mewujudkan impiannya melalui pelbagai cara yang tidak sedikit jumlahnya. memerlukan waktu panjang untuk berjuang dengan semua kekuatan yang ada dan ketegarannya, dan memerlukan waktu selama 13 tahun untuk mewujudkan impiannya. Akhirnya, pada tahun 1883, Jambatan Brooklyn (Brooklyn Bridge) berdiri megah di Kota New York, Amerika Syarikat hari ini.

Anda yang dikasihi,
Cerita di atas merupakan sebuah contoh bahawa fikiran positif dan perjuangan nyata mampu memegang erat mimpi dan boleh mewujudkan apa yang tidak mungkin menjadi mungkin! Betapa luar biasanya kekuatan fikiran manusia! Fikiran manusia boleh membuat hidup menjadi sengsara atau bahagia, gagal atau berjaya, biasa-biasa saja atau luar biasa. Kalau kita mengikuti fikiran yang negatif, maka kehidupan kita isinya akan negatif pula. Hidup penuh kecemasan, pasif, ketakutan dan kekurangan. Namun jika kita mampu mengembangkan fikiran yang positif, optimis, dan senantiasa ada pengharapan yang positif, serta mempunyai komitmen tinggi dalam mewujudkan segala impiannya, maka kita akan hidup penuh gairah, syukur, gembira, berjaya, dan bahagia setiap hari.

Mari kita pilih hidup dengan pola fikir yang positif. Kita pilih hidup dengan aktiviti yang positif dan kita pilih agar kualiti kita hidup berguna bagi kita dan bagi ramai orang...!

Tuesday, December 21, 2010

Ketetapan Hati


Ketetapan Hati
Bertahun-tahun yang silam, ada seorang pemuda dari bandar,  berbekal pendidikan tahun 6 pun tidak tamat, dia mencuba mengadu nasib di bandar besar, setiba di bandar  dia mendapat pekerjaan sebagai seorang penjual di sebuah syarikat sabun.

Ketika itu, filem-filem action kungfu dari Hongkong dan Taiwan sedang rancak masuk ke negaranya. Dia merasa mempunyai bekal ilmu kungfu, body menawan dan wajah yang menarik. Pemuda itu pun mempunyai impian dan bertekad, ingin menjadi seorang bintang filem laga di bandar besar itu. Pengorbanan yang tidak berfikir panjang dilakukan dengan meletakkan jawatan daripada pekerjaannya. Namun sayang, nasib baik belum memihak kepadanya, kenyataan tidak seindah impian, kegagalan pun harus ikhlas diterimanya.

Waktu terus berjalan,  kegagalan yang lalu tidak melemahkan langkahnya. Impian menjadi bintang filem tambah kuat, bahkan fokus lebih besar dibina, yakni ingin menjadi bintang filem kungfu di Hongkong, persiapan dilakukan dengan lebih baik, Dari latihan fizikal lebih keras dan doa juga mengiringi surat lamaran dengan foto-foto action yang di kirim ke syarikat Eterna Filem di Hongkong.

Tidak beberapa lama kemudian, surat balasan datang, memberitahu bahawa ia diterima menjadi bintang filem di Hongkong. "Ya Tuhaaann... impianku jadi kenyataan!" teriaknya kegembiraan. Berita gembira itu pun tersebar. Segala persiapan dia lakukan. Ketika menikmati kegembiraannya, tiba-tiba sebuah surat datang kembali. Beritanya sungguh menyedihkan. Akibat cuaca buruk yang berpanjangan, terpaksa shuting filem telah ditunda sampai batas waktu tidak ditentukan. Perasaan sedih spontan menyelimutinya, tubuhnya lemas, longlai kerana tidak ada kepastian bila akan berangkat. Kegembiraan juga langsung berubah menjadi kemuraman. "Apakah ini petanda memang aku tidak ditakdirkan jadi bintang filem di Hongkong?" Keluhnya dalam hati.  Batin pemuda itu terus bergolak, antara tetap bertahan dengan impian besarnya untuk jadi bintang filem atau menyerah.

Perasaan pemuda itu tidak menentu. Fikirannya kusut. Tarikan kuat di hatinya untuk terus bertahan bertarung sangat keras dengan godaan untuk menyerah. Tiba-tiba, dia ingat kata-kata motivasi yang sering diajarkan oleh ayahnya, " Selama gunung masih menghijau, jangan takut kehabisan kayu bakar.", kata pepatah motivasi itu langsung kembali membangkitkan semangatnya. "Aku harus bertahan. Aku pasti boleh menjadi bintang filem di hongkong,  Aku tidak boleh menyerah dan tidak akan menyerah! Ketetapan hatiku tidak akan berubah!!!"

Tiga bulan kemudian, dengan ketetapan hati yang dilandasi kebulatan tekad untuk tetap bertahan itu, akhirnya panggilan untuk berangkat main filem datang. Pemuda itu berhasil menggapai impiannya, menjadi bintang filem Hongkong yang mengambil lokasi shuting di Taiwan. Sungguh, kemenangan perang batin yang luar biasa, Keyakinan kuatnya untuk menjadi bintang filem terjawab sudah. Proses perjuangan yang dilandasi ketetapan hati itu akhirnya mengkristal, menjadi sebuah kekayaan mental dan menjadi karakter bagi pemuda tadi, sehingga berguna di kemudian hari dan menjadi bekalnya meraih kejayaan di pelbagai bidang yang dia ceburi.

Sahabatku,
KETETAPAN HATI, mutlak dimiliki bagi setiap orang yang ingin meraih kejayaan. Kualiti dan kapasiti manusia untuk bertahan dalam badai kehidupan sangat ditentukan oleh keuletan dan ketetapan hati yang dimiliki. Ketika kita telah memilih untuk bertahan, hati nurani pun pasti akan ikut berbisik. Jika diperkuat dengan tindakan nyata, maka kekuatan ketetapan hati seperti itu akan  didengar oleh Tuhan.  Tuhan pasti akan membantu mewujudkan impian kita melalui caraNya, yakni dengan cara yang terbaik dan sering kita tidak menduga. Inilah sebuah kebahagiaan sekaligus kebanggaan bagi kita semua.

Menghargai Orang Lain

Berjabat Tangan Tanda Menghargai Orang Lain
Dikisahkan, di sebuah majlis perpisahan sederhana seorang pengarah yang tidak lama lagi akan pencen. Diadakan sebuah sesi acara ucapan ringkas. Kesan dan kritikan dari anak buah kepada bekas atasannya yang memasuki masa-masa mahu pencen dari syarikat tersebut. Oleh sebab waktu yang terbatas, kesempatan tersebut dinyatakan hanya dalam bentuk tulisan. Di antara pujian dan kesan yang diberikan, dipilih dan dibingkai untuk diabadikan kemudian dibacakan di dalam majlis tersebut, yakni sebuah catatan dengan gaya tulisan coretan dari seorang office boy yang telah bekerja cukup lama di syarikat itu.

Dia menulis semuanya dengan huruf ringkas sebagai berikut, "Yang terhormat Tuan Pengarah. Terima kasih kerana Tuan telah mengucapkan kata "tolong", setiap kali Tuan memberi tugas yang sebenarnya adalah tanggungjawab saya. Terima kasih Tuan Pengarah kerana telah mengucapkan "maaf", saat Tuan menegur, mengingatkan dan berusaha memberitahu setiap kesalahan yang telah dibuat kerana Tuan ingin saya mengubahnya menjadi kebaikan.

Terima kasih Tuan Pengarah kerana selalu mengucapkan "terima kasih" kepada saya atas hal-hal kecil yang telah saya lakukan untuk Tuan. Terima kasih Tuan Pengarah atas semua penghargaan kepada orang kecil seperti saya sehingga saya boleh bekerja dengan sebaik-baiknya, dengan kepala tegak, tanpa merasa direndahkan dan dikecilkan. Sampai bila pun tuan adalah Pengarah buat saya. Terima kasih sekali lagi. Semoga Tuhan memberkati jalan dimanapun Tuan berada."

Setelah sejenak keheningan menyelimuti ruangan itu, serentak tepuk tangan menggema memenuhi ruangan. Secara diam-diam Tuan Pengarah mengusap genangan air mata di sudut mata tuanya, terharu mendengar ungkapan hati seorang office boy yang selama ini dengan setia melayani keperluan seluruh isi pejabat.

Tuan Pengarah tidak pernah menyangka sama sekali bahawa sikap dan ucapan yang selama ini dilakukan, yang menurutnya begitu sederhana dan biasa-biasa sahaja, ternyata mampu memberi erti bagi orang kecil seperti si office boy tersebut. Terpilihnya tulisan itu untuk diabadikan, kerana seluruh isi pejabat itu setuju dan sepakat bahawa teladanan dan kepemimpinan pengarah akan mereka teruskan sebagai budaya di syarikat itu.

Sahabat
,
Tiga kata "terima kasih, maaf, dan tolong" adalah perkataan pendek yang sangat sederhana tetapi mempunyai kesan yang positif. Namun mengapa kata-kata itu kadang kala sangat sulit kita ucapkan? Sebenarnya secara tidak langsung telah menunjukkan keberadaban dan kebesaran jiwa manusia yang mengucapkannya. Apalagi diucapkan oleh seorang pemimpin kepada bawahannya.

Pemimpin bukan sekadar memerintah dan mengawasi, tetapi lebih pada sikap teladan lewat cara berfikir, ucapan, dan tindakan yang mampu membimbing, membina, dan mengembangkan yang dipimpinnya sehingga tercipta sinergi dalam mencapai tujuan bersama. Tentu bagi siapapun kita perlu membiasakan untuk mengucapkan kata-kata pendek seperti terima kasih, maaf, dan tolong dimana pun, bila pun, dan dengan siapa pun kita berhubungan. Apabila kita mampu menghargai orang lain, sebenarnya kita telah menghargai diri kita sendiri.

Monday, December 20, 2010

Saya Mahu Berubah

Kuasa Perubahan
Dikisahkan, di sebuah seminar motivasi, setelah mendengar banyak kiat-kiat dan pelajaran di sana, saatnya para peserta pulang dengan membawa kesan dan semangat yang membara untuk dipraktikkan dalam kehidupan mereka lebih lanjut. Di antara mereka, beberapa orang kelihatan mengalami kemajuan. Mereka yang merasakan manfaat dan sangat dibantu setelah mengikuti seminar tersebut, memberitahu kawan dan saudara-saudaranya bahawa seminar yang diikutinya sangat bagus dan luar biasa.

Dia mulai melakukan apa yang diajar dan mengalami perubahan cara pandang dan kebiasaannya. Seharian, dia berusaha menyemangati diri sendiri, aktif mengikuti kegiatan yang positif, mengarahkan seluruh perhatiannya pada usaha yang dijalankan, dan hasilnya, perubahan yang luar biasa dalam kehidupannya! Mengalami kemajuan dan bersyukur! Ada kelompok yang lain. Setelah mengikuti seminar, mereka juga kelihatan bersemangat, bersedia untuk mengalami perubahan, membuat rancangan secara terperinci. Sayangnya, setelah beberapa masa, rancangan yang dibuat rancangan. Blok mental kerana kebiasaan yang dijalani selama ini yakni malas, bertangguh, tidak  menerima penolakan, cepat putus asa ketika mengalami cabaran, serta cara pandangnya yang negatif terhadap sekelilingnya menyebabkan dia kembali ke pola lama dan mulai menyalahkan keadaan disekelilingnya yang dituduh tidak menyokong dia.

Akhirnya, ketika ditanya, Anda pernah mengikuti seminar motivasi? "Ya. Saya pernah mengikutinya, seminar yang bagus, pesertanya banyak dan penceramahnya hebat tetapi apa yang diajar tidaklah mudah untuk dijalankan kerana kejayaankan milik orang-orang tertentu, dan sayangnya saya bukanlah orang itu."

Kelompok yang lain lagi. Setelah mengikuti seminar, dia pun mulai mencuba membuat perubahan. Sayangnya, upayanya tidak terlalu kuat sehingga masa orang-orang disekililingnya tidak menyukai perubahan yang dibuatnya, dia pun merasa dijauhi dan tidak diterima dilingkungannya.

Sahabat,
Seminar sehebat apapun, teknik secanggih apapun, rumus teori sekuat apapun, selamanya tidak akan mampu merubah manusia jika manusia itu sendiri tidak mahu mengubah dirinya sendiri!

Bagi saya, kehidupan adalah ruang kuliah atau tempat belajar tanpa had, bagi pelajar sejati setiap orang boleh menjadi guru bagi dirinya sendiri, bagi pelajar tulen cepat menyerap apa yang terjadi disekelilingnya dan dengan cerdas mampu mencerna sebagai bahan belajar untuk kemajuan karier dan hidupnya. Jadi akhirnya semua kembali pada diri sendiri,  bagaimana kita mengelola fikiran dan sikap mental dalam menghadapi perubahan, sekaligus secara tegas mahu berubah hingga mampu mengaktualisasikan diri sampai ke puncak kejayaan.

Prasangka


Prasangka
Seperti ketika ini, setelah lama di kampung halaman, biasanya terjadi urbanisasi besar-besaran. Kembali ke bandar dan banyak yang membawa serta sanak saudara dan teman untuk mengais rezeki di bandar. Sesungguhnya, jika kaum muda mahu menggali potensi yang ada di kampung halaman mereka masing-masing, maka banyak masalah yang akan dapat diselesaikan. Banyak prestasi yang boleh diciptakan, kampung menjadi maju dan kota tidak terlalu sunyi kerana bertambahnya penduduk yang tidak sesuai dengan perancangan bandar. Dengan demikian kehidupan akan selaras penuh keharmonisan.

Dikisahkan, seorang janda miskin hidup berdua dengan puteri kecilnya yang masih berusia sembilan tahun. Kemiskinan memaksanya untuk membuat sendiri kuih-kuih dan menjualnya di pasar demi meneruskan hidup mereka. Hidup penuh kekurangan membuat si kecil tidak pernah bermanja kepada ibunya seperti anak-anak kecil lainnya.

Suatu hari musim sejuk, ketika selesai membuat kuih, si ibu tersedar melihat raga tempat kuihnya sudah rosak teruk. Dia pun keluar rumah untuk membeli raga baru dan berpesan kepada puterinya agar menunggu sahaja di rumah. Pulang dari membeli raga, si ibu menemukan pintu rumah tidak terkunci dan puterinya tidak ada di rumah. Spontan amarahnya memuncak. Puteri betul-betul tidak tahu diri! Cuaca sejuk seperti ini, disuruh diam di rumah sebentar sahaja malahan pergi bermain dengan kawan-kawannya!

Setelah selesai menyusun kuih di raga, si ibu segera pergi untuk menjual kuihnya. Sejuknya salju yang memenuhi jalanan tidak melemahkan tekadnya demi kehidupan mereka. Sebagai hukuman untuk si puteri, pintu rumah di kuncinya dari luar. "Kali ini Puteri harus diberi pengajaran kerana telah melanggar pesan," geram si ibu dalam hati.

Sekembali dari menjual kuih, mata si ibu terpaku ketika menemukan gadis kecilnya sedang berbaring di depan pintu. Ibunya berteriak, dipeluknya tubuh puterinya yang telah kaku kerana kesejukan. Susah payah dipindahkannya tubuh puteri ke dalam rumah. "Puteri...Puteri...Puteri..., bangun, Nak! Ini ibu, Nak! Bangun, Nak! Ibu tidak marah. Bangun Puteri anakku!" katanya sambil menangis meraung-raung dan berusaha sekuat tenaga membangunkan dengan menguncang-guncangkan tubuh si puteri agar terbangun, tetapi puteri tidak bereaksi sama sekali.

Tiba-tiba terjatuh dari genggaman tangan si puteri sebuah bungkusan kecil. Ketika dibuka, ternyata di dalamnya berisi sebungkus kecil biskuit dan secebis kertas usang. Ibunya tergesa-gesa dan tangan yang gementar, si ibu segera mengenali tulisan puterinya yang ronyok tetapi masih boleh baca dengan jelas. "Ibuku tersayang, Ibu pasti lupa hari istimewa Ibu. ini Puteri belikan biskut kesukaan ibu. Maaf Bu, wang puteri tidak cukup untuk membeli yang besar. Maaf ibu, Puteri telah melanggar pesan ibu kerana meninggalkan rumah untuk membeli biskut ini. Selamat ulang tahun, Bu. Puteri selalu sayang, Ibu!" Ibunya tidak tahan lalu meraung menangis sekuat-kuatnya tapi semuanya sudah terlambat.   

Sahabat,
Prasangka sering mendatangkan melapetaka adalah perkataan yang sesuai dengan kisah tadi dan penyesalan biasanya datang menyusul di belakang. Begitu banyak masalah di dunia ini muncul kerana prasangka negatif maka perlu kematangan dalam mengendalikan fikiran agar kebiasaan berprasangka tidak kita layani begitu sahaja dan seboleh-bolehnya mungkin kita hilangkan. Kita ganti dengan berfikir positif sekaligus berhati-hati dengan demikian memungkinkan hubungan kita dengan orang lain akan menjadi harmonis dan membahagiakan.

Kisah Si Tikus Kampung

Tikus Kampung
Alkisah, ada dua ekor tikus bersahabat. Oleh sebab keadaan, yang satu tinggal di kampung sedangkan yang lain tinggal di bandar. Suatu hari, tikus bandar berkunjung ke kampung sahabatnya. Tikus bandar dibawa keliling kampung, diberi makanan terbaik ala kampung sambil bercerita, "Sahabat, kampungku memang sepi tetapi anginnya begitu sejuk dan suasananya damai. Makanan pun tersedia dimana-mana tempat penyimpanan petani. Bagaimana menurut pendapatmu?"

Dengan gaya perkataannya tikus bandar menjawab, "Jujur sahaja sahabat, aku sungguh tidak mengerti kenapa kamu selesa tinggal di tempat seperti ini. Begitu sepi, sejuk, dan seakan-akan tidak ada kehidupan yang bermakna. Makanan terbaikmu, rasanya pun juga terlalu hambar bagi lidahku. Sekali skala datanglah ke bandar. Aku akan tunjukkan kepadamu kehidupan yang layak, nikmat, mewah, dan megah. Engkau akan tahu betapa buruk, kotor, tempat tinggalmu ini."

Mendengar cerita tentang bandar yang begitu menawan, si tikus desa tertarik untuk ikut ke sana. Setibanya mereka di bandar, dengan bangga dibawanya tikus mengkelilingi menikmati indahnya gedung-gedung tinggi, lampu-lampu yang menghiasi sepanjang jalan, keramaian manusia dan kenderaan yang lalu lalang, hingga akhirnya mereka sampai ke liang lubang di sebuah rumah mewah kediaman manusia.

"Mari masuklah. Memang rumah majikanku besar, indah, dan selalu hangat di dalamnya, berbeza sekali dengan rumah kampungmu kan?" Setelah mengkelilingi, perut pun terasa lapar. Sambil bercakap-cakap, mereka menghendap-hendap memasuki ruang makan. Sungguh hebat makanan di atas meja, banyak dan beragam serta memancarkan aroma yang begitu mengundang selera.

Ketika hendak menyantap makanan. Tiba-tiba, "gubrak!" terdengar suara daun pintu dibuka dengan kasar disusul dengan teriakan menggelegar dari orang yang datang itu. Tikus bandar spontan berbalik arah dan berteriak "Cepat lari, cepat!" secepat mungkin mereka pun berlari menyelamatkan diri ke lubang pengaman menghindari caci maki dan kemarahan si penghuni rumah.

Jantung yang masih berdegup kencang kerana terkejut dan ketakutan, si tikus kampung berkata tegas, "Aku mahu pulang. Seindah dan semegah apapun di bandar, di sini bukanlah tempatku. Ternyata kampungku yang sepi dan tenang jauh lebih enak untuk tempat tinggalku. Selamat tinggal sahabat."

Pembaca yang budiman,
Pepatah mengatakan "Rumput tetangga lebih hijau dibanding rumput di halaman sendiri." Kadang kala kita hidup selalu dibandingkan! Melihat orang lain serasa lebih baik, lebih hebat, lebih kaya, lebih indah dibandingkan diri sendiri. Jika kehebatan orang lain menjadi acuan kita, maka tentulah perasaan tidak bahagia yang senantiasa menyelimuti kita.  

Doa Dan Usaha

Doa Dan Usaha
Dikisahkan, ada seorang pemuda sedang menunggang sebuah motor di jalan raya. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya seperti ditumpahkan dari langit. Dia segera berhenti untuk berteduh di tepi sebuah kedai. Pemuda itu membuka helmetnya dan segera perhatiannya tertumpu pada langit di atas yang berlapis awan kelabu. Sambil menggigil kesejukan, bibirnya kelihatan berkomat-kamit memohon doa, "Tuhan, tolong hentikan hujan yang Engkau kirim ini. Engkau tahu, saya sedang didesak keadaan dan harus sampai di tempat tujuan dengan kadar segera. Please Tuhan....., please..... Tolong dengarkan doa hambamu ini". Tidak lama kemudian tiba-tiba hujan berhenti dan segera pemuda itu meneruskan perjalanannya sambil mengucap syukur dan berterima kasih kepada Tuhan yang telah mendengar dan mengabulkan doanya.

Di waktu yang berbeza, cuaca yang masih tidak menentu, lagi hujan turun cukup lebat dan kembali pemuda itu mengulang kegiatan yang sama seperti pengalamannya yang lalu, yakni berdoa memohon Tuhan menghentikan hujan, tetapi kali ini hujan tidak berhenti bahkan semakin lebat. Di tengah menunggu berhentinya hujan, pemuda itu sedar, dia harus membeli baju hujan untuk ketika menunggang motor di tengah hujan. Kali ini, walaupun terlambat, dia belajar sesuatu hal yakni ada ketikanya mengucap doa tetapi juga harus disertai dengan usaha iaitu menyediakan baju hujan.

Suatu hari, di waktu yang berlainan, pemuda itu ke pejabat tanpa motornya kerana rosak akibat banjir. Hujan yang kembali turun, tetapi baju hujan yang telah dibeli, ketika diperlukan, tiba-tiba hilang entah kemana. Dia pun mulai bertanya ke sana ke mari, kemungkinan ada yang bersedia meminjamkan payung atau apapun untuk melindunginya dari basah kuyup hujan. Kembali diulang doa yang sama, usaha yang sama, dan harapan yang sama pula. Tiba-tiba seorang kawan yang bersedia hendak meninggalkan tempat itu dengan berkenderaan berkata, "Hai kawan, kalau kita searah jalan, mari ikut aku. Aku hantar sampai tempat tujuanmu dan dijamin tidak kehujanan?". Maka pemuda itu pun dapat pulang ke rumah dengan selamat.

Peristiwa alam yang sama, yakni turunnya hujan, telah mengajarkan pemuda itu bahawa selain doa, harus usaha dan akhirnya berserah,  sebab itu jika kita mahu membuka hati, ternyata Tuhan tidak pernah meninggalkan kita tetapi kitalah yang harus berusaha dengan segala cara dan fikiran yang telah diberikan Tuhan kepada kita.

Sahabat,
Hanya sekadar mengharapkan doa sahaja namun tanpa usaha dan kerja nyata tidak mungkin ada perkembangan, hasilnya  pasti sia-sia, sedangkan sekadar kerja keras tanpa diiringi doa memungkinkan kita salah bertindak kerana hanya memikirkan hasilnya. Caranya, dengan dilengkapi doa tentu usaha kita itu terfokus di jalan yang benar, baik dan halal, maka yang paling ideal adalah usaha dan kerja keras kita yang diiringi dengan doa,  saya yakin segala usaha kita akan dikabulkan dan tentu hasil yang kita inginkan akan berjaya dan memuaskan.

Hadiah Cinta


Cinta Seorang Ibu
Boleh saya melihat bayi saya?" Pinta ibu yang baru melahirkan anaknya, ketika bayi diberikan kepadanya, sesuatu yang mengejutkan terjadi, bayi dalam gendongan itu dilahirkan tanpa kedua belah daun telinga. Walaupun begitu ibunya tetap menimang sayang bayinya. Masa membuktikan, walaupun kelihatan buruk kelihatan tanpa telinga anak itu, tetap bekerja dengan sempurna dan dengan kasih sayang serta dorongan semangat orang tuanya, ia menjadi pemuda tampan yang cerdas, ia juga pandai bergaul sehingga disukai kawan-kawannya, ia juga mengembangkan bakat di bidang muzik sehingga membesar menjadi remaja yang disegani.

Suatu hari ayah lelaki itu bertemu dengan seorang doktor "Saya boleh memindahkan sepasang daun telinga untuk anak kamu, tetapi harus ada seseorang yang bersedia memotong daun telinganya, maka orang tua lelaki itu mulai mencari, siapa yang mahu memotong daun telinganya dan diserahkan kepada anak mereka. Beberapa bulan sudah berlalu, tibalah waktunya mereka memanggil anak lelaki itu,"Nak, seseorang yang tidak ingin dikenal telah bersedia memotong daun telingannya untukmu, kami harus segera menghantarmu ke rumah sakit untuk operasi, namun semua ini sangatlah rahsia" kata si ayah.

Operasi berjalan dengan lancar, wajahnya yang tampan, ditambah kini sudah mempunyai daun telinga membuat ia kelihatan lebih tampan, ditambah bakat muziknya, dia makin disegani dan mampu meraih banyak penghargaan dari sekolahnya. Kecerdasannya kemudian membuat ia diterima bekerja sebagai diplomat. Dia sangat ingin berterimakasih kepada orang yang memotong daun telinga "Ya aku harus mengetahui, siapa yang telah berkorban ini semua kepadaku, ia telah berbuat sesuatu yang besar, namun aku sama sekali belum membalas kebaikannya"

Ayah yakin kau tidak boleh membalas kebaikan hati orang yang telah memberikan daun telinga itu, setelah terdiam seketika, ayahnya melanjutkan "sesuai dengan perjanjian, belum masanya bagimu untuk mengetahui semua rahsia ini. Tahun berganti tahun rahsia tetap tersimpan rapi, hingga suatu hari sesuatu yang menyedihkan bagi keluarga itu terjadi.

Pada hari itu ayah dan anak lelaki itu berdiri di tepi peti jenazah ibunya yang baru sahaja meninggal, dengan perlahan ayah membelai rambut ibu yang terbujur kaku lalu menyibaknya sehingga sesuatu yang mengejutkan anak itu terjadi, ternyata  ibunya tidak memiliki daun telinga. "Ibumu pernah berkata bahawa ia senang sekali memanjangkan rambutnya dan tak seorangpun menyedari bahawa ia telah kehilangan sedikit kecantikannya?" Melihat kenyataan bahawa daun telinga ibunya yang dipotong, semakinlah menangis si anak, ia merasakan bahawa cinta sejati ibunyalah yang membuat ia boleh seperti saat ini.

Pembaca yang berbahagia,
Cinta sejati tidak terletak pada apa yang telah dikerjakan dan diketahui namun pada apa yang telah dikerjakan tapi tidak diketahui. Kisah pengorbanan ibu tadi adalah wujud sebuah cinta sejati yang tidak boleh dinilai dan digantikan dengan apapun. Inilah makna sesungguhnya dari sebuah cinta yang murni, cinta seorang ibu kepada anaknya tanpa syarat. Mari tebarkan cinta dengan ketulusan dan keiklasan, kita akan menemukan kebahagiaan sejati.
Selamat Hari Ibu!

Sekantung Biji Kacang Tanah

Biji Kacang Tanah
Dikisahkan, ada seorang gadis muda yang bertekad membantu desa asalnya yang miskin dan sangat mundur. Dia rajin mengusahakan segala daya upaya untuk menghasilkan wang untuk membeli buku dan perlengkapan sekolah anak-anak di sana. Sehebat apa pun usahanya, terasa masih banyak kekurangan. Hingga suatu hari, dia mendapatkan janji bertemu dengan seorang kaya di kota, dengan harapan si tuan kaya mahu memberi sumbangan wang. Setelah bertemu, si gadis muda menceritakan keadaan desanya dan kemudahan pendidikan yang jauh dari memadai serta memohonkan bantuan untuk mereka.

Dalam keadaan nada bosan dan tidak bersahabat, tuan kaya berleter santai, "Gadis muda, kamu salah alamat. Di sini bukan badan amal yang memberi sumbangan percuma. Kalau memang anak-anak desamu tidak boleh sekolah, itu nasib mereka. Kenapa aku yang harus membantu?" Nampaknya dia tidak mempercayai sedikitpun ketulusan gadis muda di hadapannya. Dalam keadaan tidak berdaya dan putus asa, si gadis tahu, usahanya telah gagal, tetapi sebelum pergi, dia cuba berusaha untuk yang terakhir, "Tuan, kalau boleh, apakah saya boleh meminjam sekantung bibit unggul biji kacang  tanah yang tuan hasilkan selama ini? Anggaplah hari ini tuan telah membantu kami dan saya berjanji tidak akan mengganggu tuan lagi."

Orang kaya itu hairan, kerana ingin segera mengusir gadis itu, tanpa banyak bercakap, segera diberinya sekantung bibit kacang tanah yang diminta. Sekembalinya dari sana, gadis itu mula menanam biji kacang tanah di atas tanah penduduk miskin, dengan tekad sebanyak satu kantung biji kacang tanah, akan menghasilkan kacang sebanyak yang boleh tumbuh di sana. Usahanya berhasil. Beberapa waktu setelah musim menuai, gadis itu kembali dengan si hartawan, "Tuan, saya datang kemari dengan tujuan untuk mengembalikan sekantung biji kacang tanah yang saya pinjam waktu itu." Lalu gadis itu menceritakan kejayaan mereka menanam hingga boleh diambil hasilnya, dari sekantung biji kacang menjadi sebanyak itu. Si tuan kaya sedar dengan hasil usaha dan ketulusan si gadis muda dan berkenan datang ke desa untuk meninjau.

Dia sangat sedar dan menyumbangkan alat-alat pertanian, mengajarkan cara bertani yang baik, dan membeli semua hasil tanaman yang dihasilkan desa tersebut. Tiba-tiba kehidupan di desa itu berubah secara mendadak. Mereka mampu menghasilkan wang, hidup lebih sejahtera, dan mampu membangun sekolah untuk pendidikan anak-anaknya. Sungguh perjuangan seorang gadis muda yang membanggakan dan nyata! Tidak ada usaha yang sia-sia! Seluruh penduduk desa selalu bersyukur dan berterima kasih atas jasa  gadis muda itu.

Sahabat,
Kehidupan di dunia ini sangat realistik. Ketika kita dalam keadaan lemah, mundur, gagal, banyak orang mengkritik bahkan menghina kita. Ketika kita ingin memulai usaha atau ada idea-idea baru yang mahu kita lakukan, ada sahaja orang yang tidak mahu membantu tetapi meremehkan, menghina dan memandang sebelah mata. Ya, tidak perlu marah, dendam ataupun membenci. Lebih baik siapkan segalanya secara maksimum dan perjuangkan sampai berhasil. Setelah ada bukti berjaya baru orang akan percaya dan lambat atau cepat akan memberi pengakuan pada kita. Jangan hairan, ketika kita berjaya ada pula orang yang menunggu bila kita jatuh. Maka yang paling utama adalah sikap kita. Sewaktu kita gagal dan diremehkan tidak marah. Sewaktu kita berjaya, tidak lupa diri. Walaupun berjaya tetap rendah hati dan bersahaja, tetap optimis dan terus menciptakan kejayaan yang lebih besar.

Sunday, December 19, 2010

Biji Mangga

Biji Mangga
Suatu hari, ada seorang pemuda melawat ke rumah neneknya di desa. Setelah melepas rindu dan beristirahat sejenak, neneknya menghidangkan sepiring irisan buah mangga yang menggiurkan warna dan aromanya. "Wah, mangganya harum dan manis sekali nek, sedang musim ya. Saya sudah lama sekali tidak menjenguk nenek, sehingga tidak tahu kalau nenek menanam pokok mangga yang berbuah lebat dan selazat ini rasanya" ujar si pemuda sambil terus melahap mangga itu. Nenek tersenyum sambil menjawab, "maka itu, selalulah menjenguk nenek, nenek rindu cucu nenek yang nakal dulu. Pohon mangga itu sebenarnya bukan nenek yang menanam. Kamu mungkin lupa, waktu kecil dulu, setelah memakan buah mangga, kamulah yang bermain dan membuang  biji mangga yang telah kamu makan. Nah, ini hasil kenakalanmu itu, telah bertumbuh menjadi pokok mangga dan sekarang sedang kau nikmati buahnya" "Sungguh nek? Buah mangga ini hasil kenakalan waktu ku kecil dulu yang tidak disengaja? Wah, hebat sekali. Aku tidak merasa pernah menanam, tetapi hasilnya tetap boleh aku nikmati setelah sekian tahun berlalu, benar-benar sukar dipercayai" si pemuda tertawa gembira sambil memakan dengan nikmat mangga di hadapannya.

Nenek melanjutkan, "Cucuku, walaupun engkau tidak sengaja membuang biji mangga di halaman itu, tetapi bila tanahnya subur dan terpelihara, dia tetap akan tumbuh. Sesuai dengan hukum alam, ketika musim buah tiba, dia pasti akan berbuah. Sedangkan rasa buahnya manis atau tidak adalah sesuai dengan bibit yang kita tanam".


Siang malam, si pemuda merenungkan kata-kata neneknya. Oleh sebab merasa ingin tahu, diambilnya biji buah mangga di meja dan dibelahnya menjadi 2, dia ingin tahu sebenarnya apa yang ada di dalam biji buah mangga itu sehingga boleh menghasilkan rasa manis yang membezakan dengan biji buah mangga yang lain. Ternyata dia tidak menemukan perbezaan pun.

Melihat tingkah si cucu, nenek menyela "Cucuku, semua biji buah, kelihatannya dari luar sama semua. Tetapi sesungguhnya, unsur yang ada di setiap biji buah itu berbeza, perbezaan itulah yang akan menghasilkan rasa, aroma dan warna setiap pokok mangga juga berbeza. Semuanya bergantung kepada isi buahnya. Cucuku, demikian pula dengan manusia, kelihatan luar, setiap manusia adalah sama tetapi yang menentukan dia boleh berhasil atau tidak adalah kualiti unsur-unsur yang ada di dalamnya. Nah, ternyata alam mengajarkan banyak hal kepada kita. Bila ingin hasil yang baik, harus memiliki unsur kualiti yang baik pula, apakah kamu mengerti?". "Terima kasih nek, saya sungguh bersyukur datang  ke sini,  semua ucapan nenek akan saya jadikan bekal untuk lebih giat belajar agar hidup  saya lebih berkualiti". Ucapnya sambil memeluk tubuh rapuh neneknya.

Sahabat,
Hukum alam pada kisah nenek dan cucuknya tadi mengajarkan pada kita 2 hal. Apa yang telah kita tabur, entah disengaja atau tidak, diingat atau dilupakan, entah bila-bila pun juga. Hukum alam mengajarkan, apa yang kita tanam kita pasti akan menuai hasilnya. Bahawa  manusia mempunyai persamaan dengan isi biji buah mangga, kelihatan luar sama, tetapi kualiti unsur yang ada di dalam inti buahnya yang membezakan rasa, aroma dan warna buah mangga. Demikian juga dengan manusia, Kualiti mental yang positif  membezakan dan menentukan keberhasilan manusia di masa depan. Mari kita perbaiki sikap, perhalusi budi pekerti, jaga kebersihan hati dan selalu menggali potensi diri agar kesuksesan sejati boleh kita nikmati suatu hari nanti.