Thursday, November 24, 2011

Kekuatan Nilai Pujian

Kekuatan Nilai Pujian
Alkisah, di sebuah rumah yang cukup mewah. Tinggal sepasang suami isteri muda. Ramai orang merasa iri hati dengan keharmonian jodoh di antara mereka berdua. Pemuda berwajah handsome dan pemain piano yang handal, sedangkan isterinya berparas cantik dan bersuara merdu. Saat piano mengiringi nyanian, sesekali terdengar komen, "Sayang, bahagian depan nadanya kurang tinggi," atau "Duh...bagian tengah seharusnya lebih perlahan lagi dan bahagian akhirnya mestinya turun sedikit."

Masa lain, saat si isteri menyanyi, si suami pula sibuk memasang telinga dan memberi pelbagai komen untuk memperbaiki nada yang dinyanyikan. Kejadian ini berulang setiap ada kesempatan. Malangnya, komennya semakin hari semakin pedas dan kasar, seakan tidak ada hal baik yang boleh diucapkan. Akhirnya si isteri pun malas menyanyi terutama jika suaminya berada dekat dengannya, "Aku menyanyikan lagu apa pun, selalu saja ada yang kurang. Malah hujungnya berakhir dengan bertengkar dengan suamiku. Ah, lebih baik aku tidak usah menyanyi lagi," kata hatinya dengan sedih.
 
Singkat cerita, kerana suatu musibah, suami meninggal dan lama setelah itu, perempuan ini menikah lagi dengan seorang kontraktor bangunan. Suami yang ini, sama sekali tidak mengerti muzik. apa yang ia tahu, isterinya mempunyai suara yang amat merdu. Maka, dia selalu mengagumi dan memuji isterinya jika sedang menyanyi.

Jika si isteri bertanya, "Bagaimana laguku, abang?" Jawabnya, "Wah, aku selalu ingin cepat pulang kerana tidak sabar mendengarmu menyanyi! Suaramu begitu indah dan menawan..."

Suatu hari, si suami berkata, "Sayang, aku sungguh beruntung berkahwin denganmu. Kalau tidak, mungkin aku ini sudah ‘gila' kerana bunyi dentuman, bunyi gergaji, dan bunyi gesekan pipa-pipa yang ku dengar sepanjang hari. Sebelum berkahwin denganmu, suara-suara yang bising itu membuatku stres, bahkan terbawa-bawa hingga tidur. Tapi sekarang....hidup sungguh nikmat. Suara dan nyanyianmu selalu terngiang-ngiang di kepalaku."
 
Isterinya sangat senang dan merasa disanjung dengan pujian tulus yang diterimanya itu. Ia pun menjadi makin gemar menyanyi dan terus menyanyi, baik waktu memasak, berkebun, mandi, apa lagi jika suaminya berada di sekitar dia. Tanpa disedarinya, ia terus melatih diri. Suaranya semakin hari semakin bagus, hingga terdengar oleh seorang sahabat dari syarikat rakaman. Dengan persetujuan dan dorongan suami, album perdana isteri pun dirilis. Ternyata, sambutan masyarakat sangat menggalakkan kerana lagu dan suaranya yang sangat merdu.

Perempuan itu akhirnya menjadi seorang penyanyi terkenal. Seorang pengamat muzik kemudian membuat komen, seorang diva sukses berkerjaya bukan pada waktu bersuamikan seorang seniman muzik yang cemerlang, tetapi justeru saat bersuamikan seseorang yang tidak mengerti muzik sama sekali tetapi mampu menghargai dan memuji setiap lagu yang dinyanyikan oleh isterinya.

Sahabat yang Luar Biasa,

Pujian yang tulus mampu memberikan rasa diterima, sekaligus semangat dan dorongan untuk melakukan suatu hal dengan baik dan lebih baik lagi. Pujian juga dapat membuat seseorang mampu meraih prestasi tertinggi yang boleh diraihnya.

Sebaliknya, kata-kata negatif, bentakan, kecaman, amarah atau kritik yang tidak membangun justeru tidak banyak mengubah seseorang bahkan boleh menghentikan semua bakat baik yang pernah dimiliki seseorang sebagai telenta dalam kehidupannya.

Maka, jika ada pilihan, daripada kita mengkritik jauh lebih baik kita memberikan pujian untuk mendorong agar orang yang kita puji boleh berprestasi lebih baik lagi. Dan lebih dari itu, memberi pujian tidak memerlukan biaya kerana kosnya adalah keikhlasan jiwa.

No comments:

Post a Comment