Tuesday, September 27, 2011

Konsep Diri Yang Positif

 
Dikisahkan ada dua orang adik-beradik yang sama-sama mengurus kedai  perniagaan. Adik-beradik ini mendapatkan modal dari ayahnya untuk menjalankan perniagaan yang lokasinya tidak terlalu jauh berbeza. Ayah mereka hanya berpesan tentang dua hal yang perlu diperhatikan, yakni, " Pertama, jangan menagih hutang kepada orang yang berhutang kepadamu dan kedua setiap yang pergi dari rumah ke kedai atau sebaliknya jangan sampai terkena sinar matahari."

Waktu terus berjalan dan masing-masing berusaha mengurus perniagaan dengan menjalankan pesan ayahnya. Setelah beberapa tahun ayahnya meninggal, kenyataan yang terjadi adalah anak yang lebih sulung kedainya berkembang semakin besar, barang-barangnya semakin banyak dan menjadi semakin bertambah kaya. Sebaliknya, bongsu usahanya semakin menurun, barang-barangnya semakin menyusut dan menjadi semakin miskin.

Ibunya yang melihat hal itu merasa hairan dan menanyakan kepada masing-masing anaknya. Ketika ditanyakan kepada anak yang lebih anak bongsu jawabnya adalah, " Semua ini kerana saya mengikuti pesan ayah. Pesan pertama, saya tidak boleh menagih hutang kepada orang yang berhutang kepadaku, dan sebagai akibatnya modalku susut kerana orang yang berhutang kepadaku tidak membayar sementara aku tidak boleh menagih. Ayah juga berpesan agar setiap pergi dan pulang dari rumah ke kedai, saya tidak boleh terkena sinar matahari. Akibatnya saya selalu membawa kereta atau naik teksi menuju ke kedai atau pulang ke rumah. Padahal, kalau mahu dengan berjalan kaki saja sampai, tetapi kerana pesan ayah demikian maka kos saya menjadi bertambah banyak."

Ibunya bertanya pula kepada anak yang sulung yang lebih berhasil mengurus kedainya, jawabnya adalah, " Semua ini berkat dua pesan ayah tersebut. Pertama ayah berpesan supaya saya tidak menagih hutang kepada orang yang berhutang kepada saya, maka saya tidak menghutangkan kepada orang lain sehingga modal saya tidak susut. Kalau ada orang yang ingin berhutang, saya lebih senang memberikan bantuan wang sesuai kemampuan saya sahaja, sehingga saya tidak perlu menagih hutang. Ayah juga berpesan agar setiap kali pergi ke kedai atau pulang dari kedai tidak boleh terkena sinar matahari, maka saya selalu pergi ke kedai dengan berjalan kaki lebih awal sebelum matahari terbit dan pulang  ke rumah lebih lambat sesudah matahari terbenam. Akibatnya kedai saya buka sebelum kedai lain buka dan tutup jauh sesudah kedai yang lain tutup. Kebiasaan itu menjadikan banyak orang tahu dan kedaiku menjadi laris, kerana mempunyai jam kerja lebih panjang."

Sahabat semuanya, kisah di atas saya dapatkan dari seorang sahabat yang entah dari mana sumber aslinya. Mungkin bukanlah kisah nyata, namun sesungguhnya memberikan pelajaran bermakna kepada kita semua, bahawa sebuah pesan atau kalimat dapat ditafsir berbeza sehingga memberikan hasil yang berbeza. Kalau seseorang mampu melihat dengan "positive attitude" maka ia berhasil menangkap pesan itu menjadi positif, fikirannya pun positif, tindakannya pun positif dan hasilnya adalah positif pula. Sebaliknya kalau pesan itu ditafsir dengan persepsi yang berbeza, maka pesan itu dianggap sebagai sebuah kesulitan bukan sebuah cabaran, hal ini akan mempengaruhi fikiran dan tindakannya, dan hasilnya adalah sesuatu yang negatif.

Setiap kalimat yang datang kepada diri kita dapat bererti positif atau negatif kepada diri kita, sesungguhnya pilihannya ditentukan oleh diri kita sendiri. Semua yang datang kepada diri kita, apakah itu negatif atau positif sesungguhnya tergantung bagaimana kita mengertikannya. Tanpa kita memberikan erti, maka setiap kalimat mahupun keadaan yang datang  kepada kita tidak akan memiliki makna sama sekali terhadap diri kita.

Apa yang perlu kita fahami adalah bahawa salah satu kunci keberhasilan hidup kita adalah bagaimana kita dapat mengembangkan KONSEP DIRI POSITIF. Konsep diri positif ini seperti sebuah sistem operasi yang mempengaruhi mental dan kemampuan berfikir positif seseorang. Konsep diri positif ini dapat masuk ke dalam fikiran seseorang dan mempunyai kesan pengaruh yang besar terhadap kemampuan menerima dan mempersepsikan setiap pesan yang datang. Semakin positif konsep diri seseorang maka akan semakin mudah menangkap dan mempersepsikan setiap pesan yang datang  menjadi sebuah pesan yang positif, demikian pula sebaliknya.

Konsep diri positif memiliki peranan yang sangat besar dalam menentukan keberhasilan hidup seseorang, kerana konsep diri positif dapat mempengaruhi pola fikir dan tindakan seseorang menjadi positif dalam kehidupannya. Hasilnya adalah karakter peribadi positif yang menjadi modal bagi kesuksesan hidup. Bagaimana dengan Anda? Pilihannya ditentukan oleh diri Anda sendiri. SEMOGA BERMANFAAT !

No comments:

Post a Comment