Tuesday, September 27, 2011

Harga Sebuah Kesuksesan

Dalam sebuah seminar, seorang motivator terkenal memulainya dengan mengeluarkan sehelai wang RM 100.00. Ia mengangkat wang tersebut tinggi-tinggi, sambil mengajukan sebuah pertanyaan kepada lebih dari dua ribu peserta seminar. "Siapa yang menginginkan wang ini?" Sebahagian besar peserta mengangat tangan. Motivator tersebut melanjutkan kalimatnya, "Baik! Saya akan memberikan wang ini kepada salah satu di antara Anda. Tetapi sebelum itu saya akan melakukan sesuatu."

Motivator tersebut menggulung wang kertas itu. Sekali lagi ia bertanya kepada hadirin,
"Siapa yang masih menginginkan wang ini?" Tak berbeza dengan sebelumnya, hampir semua peserta seminar tersebut mengangkat tangan, pertanda mereka masih menginginkan wang itu.

Melihat respon peserta yang tidak berubah, motivator tersebut kemudian menginjak-injak wang tersebut dengan kaki kanan lalu dengan kaki kiri. Setelah wang itu menjadi kotor dan renyok, ia kembali bertanya,
"Apakah masih ada yang mengingkan wang ini?"

Masih sama dengan sebelumnya, hampir semua peserta mengangkat tangan. Kemudian dia berkata,
"Saudaraku sekalian, dari pertanyaan tadi saya hanya ingin menunjukkan bahawa siapun ingin memiliki wang itu. Bagaimanapun keadaan wang tersebut tidak akan menurunkan nilainya dari RM 100.00

Pesan:


Kisah tersebut menerangkan sebuah kebenaran bahawa kehidupan ini memang sulit.  Setiap hari kita menghadapi cabaran kecil, sedang, berat, hingga sangat berat. Tetapi pada dasarnya cabaran kehidupan tidak mengurangi nilai kita sebagai manusia. Sebaliknya cabaran kehidupan sangat diperlukan untuk meningkatkan nilai diri kita.


"The ultimate measure of a man is not where he stands in moments of comfort and convenience, but where he stands at times of challenge and controversy. - Nilai seorang manusia tidak dapat diukur disaat ia berada di zon nyaman, melainkan bagaimana ia menghadapi cabaran dan
 kontrovesi," kata Martin Luther King Jr.

Malangnya, sangat ramai di antara kita yang hanya mengeluhkan kehidupan yang penuh dengan tentangan. Mereka lupa harus belajar sesuatu dari tentangan, rasa sakit dan perjuangan hidup, kerana jika segalanya di dunia ini sempurna, maka kita tidak akan dapat belajar hal baru atau mendapatkan semangat lebih besar untuk berbuat lebih baik dan meningkatkan nilai diri kita sebagai manusia.

No comments:

Post a Comment