Tuesday, September 27, 2011

Jika Tuhan Mengingatkan Kita

 
Dikisahkan, seorang mandor bangunan yang sedang bekerja di sebuah bangunan bertingkat, suatu ketika ia ingin menyampaikan pesan penting kepada tukang yang sedang bekerja di lantai bawahnya. Mandor ini berteriak-teriak memanggil seorang tukang bangunan yang sedang bekerja di lantai bawahnya, agar mahu mendongak ke atas sehingga ia dapat memberi pesanan. Oleh kerana suara mesin-mesin dan pekerjaan yang bising, tukang yang sedang bekerja di lantai bawahnya tidak dapat mendengar panggilan dari Mandor tersebut. Meskipun sudah berusaha berteriak lebih kuat lagi, usaha mandor itu sia-sia sahaja.

Akhirnya untuk menarik perhatian, mandor ini mempunyai idea melemparkan duit syiling yang ada di poket seluarnya ke depan seorang tukang yang sedang bekerja di lantai bawahnya. Tukang yang bekerja di bawahnya ketika melihat duit syiling di depannya, ia berhenti bekerja sejenak kemudian mengambil wang  itu, lalu melanjutkan pekerjaannya kembali. Beberapa kali mandor itu cuba melemparkan wang syiling, tetapi tetap tidak berhasil membuat pekerja yang ada di bawahnya untuk mahu mendongak ke atas.


Tiba-tiba mandor itu mendapatkan idea lain, ia kemudian mengambil batu kecil yang ada di depannya dan melemparkannya tepat mengenai seorang pekerja yang ada di bawahnya, kerana merasa sakit terkena batu, pekerja itu mendongak ke atas mencari siapa yang melempar batu itu. Kini mandor  dapat menyampaikan pesan penting dengan menjatuhkan catatan pesan dan diterima oleh pekerja di lantai bawahnya.


Sahabat yang baik, untuk menarik perhatian kita sebagai hambaNya, Tuhan seringkali menggunakan cara-cara yang menyenangkan, namun kadangkala juga dengan pengalaman-pengalaman yang menyakitkan. Tuhan seringkali menjatuhkan "duit syiling" atau memberikan kemudahan rezeki yang berlimpah, agar kita manusia mahu mendongak ke atas sambil menadah tangan sebagai tanda kesyukuran, mengingatNya, menyembahNya, mengakui kebesaranNya dan lebih banyak bersyukur atas rahmatNya. Tuhan seringkali memberikan begitu banyak berkat, rahmat dan kenikmatan setiap harinya kepada kita manusia, agar kita mahu menengadah kepadaNya dan bersyukur atas karuniaNya. Namun, sayangnya seringkali hal itu tidak cukup membuat kita manusia untuk mahu mendongak ke atas dan bersyukur atas rahmatNya. Seringkali hal itu belum cukup membuat kita mahu memberikan perhatian lebih mendekatkan diri kepada Tuhan dan bersyukur atas rahmatNya.


Oleh itu, kadang-kadang Tuhan menggunakan pengalaman-pengalaman menyakitkan, seperti menerima kegagalan, rasa sakit, kemiskinan, kesulitan, musibah, bencana dan pelbagai pengalaman menyakitkan untuk menarik perhatian manusia agar mahu mendongak ke atas. Menarik perhatian kita untuk mahu menengadah kepadaNya, mengakui kebesaranNya dan bersyukur atas rahmatNya. Oleh yang demikian, kesulitan dan pengalaman-pengalaman menyakitkan yang kadang kala diterima manusia, hendaknya diterima sebagai peringatan dari Tuhan untuk menarik perhatian kita. Hendaknya hal itu membuat kita semakin mempererat hubungan dengan Tuhan."  Hendaknya hal itu mengajarkan kita untuk mengakui kebesaran dan kekuasaan Tuhan. Hendaknya hal itu menyedarkan kita adalah makhlukNya yang sangat lemah dan tidak berdaya.


Sahabat yang baik, sudah begitu banyaknya rahmat dan berkat Tuhan senentiasa mengalir setiap detiknya kepada kita semua manusia. Seperti memiliki pekerjaan yang baik, memiliki kesihatan yang kita rasakan, memiliki kedua mata untuk melihat dunia, kedua kaki yang menyokong tubuh kita, kelengkapan panca indera yang sempurna, mendapatkan rezeki yang kita nikmati setiap hari, keluarga yang bahagia dan  sebagainya. Semua itu sesungguhnya adalah rahmat dan berkat dari Tuhan yang tak ternilai harganya. Sudahkah hal itu menjadikan kita selalu menengadahkan wajah kepadaNya, mengingatNya dan bersyukur atas rahmatNya? Atau adakah hal itu belum menarik perhatian kita, sehingga menunggu Tuhan menjatuhkan "batu" kepada kita? Renung dan fikir-fikirkan!

No comments:

Post a Comment