Friday, July 29, 2011

Berfikir Positif

Limau Yang diperah pasti mengeluarkan air limau
Alkisah, di sebuah desa di pinggiran hutan, ada tiga anak muda yang pekerjaan sehari-harinya mencari kayu bakar di hutan. Potongan kayu-kayu kecil yang ada di hutan itu dikumpulkan untuk dijual ke desa lain.Hasilnya, digunakan untuk membeli keperluan hidup mereka dan keluarganya.

Suatu hari, ketika sedang mencari kayu bakar, ketiganya menemukan sebuah kotaknya yang aneh. Ketika dibuka, mereka sangat terkejut! Rupanya di dalam kotak itu terdapat begitu banyak perhiasan yang terbuat dari emas. Lalu mereka bertiga berembuk dan keputusannya adalah perhiasan yang mereka temukan itu akan dibahagi tiga sama rata.

Namun sebelum perhiasan itu dibahagi, ketiga pemuda itu sepakat untuk makan siang terlebih dahulu. Lalu pemuda yang usianya paling muda diminta mengambil sebatang emas dan pergi ke desa terdekat untuk membeli makanan yang paling enak.

Ketika dia pergi meninggalkan teman-temannya, kedua temannya menyusun rancangan untuk membunuhnya agar perhiasan itu boleh dibahagi untuk berdua saja; dengan begitu masing-masing akan mendapatkan bagian lebih banyak.

Sewaktu pemuda yang berangkat pergi untuk membeli makanan, tiba-tiba dia juga terfikir suatu fikiran negatif! Dia berfikir, "Jika makanan yang saya beli ini diberi racun, kedua temanku pasti akan meninggal setelah memakannya. Dengan demikian perhiasan itu akan menjadi milikku sepenuhnya!" Maka, setelah membeli makanan, dia lalu singgah ke sebuah kedai yang menjual racun serangga dan diam-diam menaburkannya pada makanan yang baru dibelinya itu. Kemudian, dia bergegas kembali ke hutan.

Ketika sampai di tempat perhiasan itu ditemukan, tanpa disangkanya, kedua temannya ini langsung melampiaskan niatnya untuk membunuh, dan pemuda malang itu pun meninggal. Jenazahnya kemudian  dibuang di sebuah semak-semak yang lain. Puas kerana niatnya terlaksana, serta merasa sangat lapar, kedua pemuda itu sepakat untuk menikmati makanan yang tadi dibeli oleh temannya. Dengan rakus, mereka malahapnya sampai habis dan akhirnya meninggal kerana keracunan.  Singkat kata, ketiga pemuda ini mati kerana fikiran negatif yang mereka fikirkan.

Pembaca yang budiman,
jika kita berfikiran negatif pada seseorang, tentu ada orang lain yang juga akan berfikiran negatif pada diri kita. Inilah hukum timbal-balik; memang tidak kelihatan, tetapi boleh terjadi bila-bila saja).

Fikiran negatif yang dikembangkan tidaklah membawa kebaikan pada diri kita; sebaliknya justeru akan membawa kehancuran bagi diri sendiri. Olah kerana itu, berfikirlah positif terhadap orang lain, agar ada orang lain yang berfikiran positif terhadap diri kita. Jangan mudah untuk menuduh, menghakimi, dan menilai seseorang sebelum kita mengetahui lebih dekat. Lebih baik kembangkan fikiran netural, iaitu lihatlah dahulu, dengarkan, dan kemudian baru memberikan respons. Ini lebih tepat!

No comments:

Post a Comment