Thursday, July 28, 2011

Budaya Malu Dan Integriti

Bina Integriti Anda
Salah seorang rakan yang juga merupakan senior saya, mempunyai pengalaman dalam dunia internet. ketika beliau berkunjung ke Negeri Sakura, Jepun. Pengalaman menarik ini dimulai saat beliau naik teksi di Tokyo. Tanpa sengaja pemandu teksi sudah melewati satu blok saat akan menghantar beliau ke hotel. Memang tampaknya tidak disengaja, dan berkali-kali pula pemandu tersebut meminta maaf, sambil berpusing kembali teksinya menuju tempat yang seharusnya.

Saat tiba di hotel, beliau membayar jumlah yang sesuai dengan tambang, akan tetapi tindakan luar biasa yang dilakukan oleh pemandu teksi ini adalah ia memotong 25% dari jumlah yang seharusnya sambil membungkuk minta maaf. Sebuah etos kerja yang sangat luar biasa. Mereka begitu menjaga sebuah kehormatan kerjaya mereka.

Pengalaman dari cerita di atas menggerakkan saya untuk menulis mengenai sebuah etos kerja. Hal ini tentunya menjadi sebuah refleksi bagi kita semua, apapun kerjaya kita, tentu jika kita mahu membuka diri kita, dapat belajar dari pengalaman tersebut.

Budaya Malu

Kita kerap mendengar bagaimana individu Jepun ketika melakukan kesalahan atau kurang mampu menunjukkan tenaganya, lalu memutuskan untuk mengundurkan diri dari jabatannya (tentu, tidak selalu kalau melakukan kesalahan harus mengundurkan diri). Akan tetapi kalau kita menyemak apa yang dilakukan oleh pemandu teksi dari pengalaman di atas, dia merasa malu dan merasa bersalah kerana sudah melewati satu blok, dan mengakibatkan penumpangnya sedikit lebih lama tiba di hotel. Berkali-kali ia meminta maaf, dan memutuskan memotong jumlah yang seharusnya dia dapat.

Sebuah pertanyaan refleksi, "Bagaimana dengan kita? Budaya seperti apa yang mahu kita pelihara?" Malukah kita ketika berada dalam sebuah rapat, tidak memerhatikan bahkan tidur di sela-sela rapat, tapi justeru meminta sebuah fasiliti tambahan? Malukah kita ketika wang yang seharusnya untuk kesejahteraan orang banyak tapi justeru dikorupsi untuk kepentingan peribadi? Malukah kita ketika dana nasabah hasil jerih payah orang lain bekerja, tapi justeru dimanipulasi untuk membiayai hidup sendiri? Malukah kita ketika suatu kesalahan yang harusnya menjadi tanggung jawab kita, tapi justeru menyalahkan pihak lain, menyalahkan situasi, dan menganggap segala sesuatu baik-baik saja dan tidak berani mengambil suatu keputusan?

Integriti

Kita kerap mendengar kata ini, tapi sebenarnya apa makna terdalam di balik kata integriti? Dalam sebuah kelas, ketika saya menanyakan apa erti integriti, sebahagian besar berfikir bahawa integriti adalah kejujuran. Bila kita mahu memahami lebih dalam, integriti tidak sekadar jujur. Ia memiliki nilai yang lebih dalam. Ketika seseorang berpegang pada prinsip kebenaran dan berani menyatakan mana yang salah dan mana yang benar, serta ketika perkataan dan perbuatannya selaras, maka peribadi ini memahami makna integriti dan menjalani dalam hidupnya.

Seorang pemandu  tadi tahu benar ia salah, dan ia berani menyatakan bahawa dirinya salah dan mengambil tanggung jawab atas kesalahan dia. Bagaimana dengan perilaku kita sehari-hari dalam organisasi di mana kita bekerja?, Jika kita sebagai pemimpin melihat ada yang salah, apakah kita diam saja seolah tidak mahu tahu atau justeru berani menyatakan kepada anggota bahawa hal itu salah dan harus diubah? Jika kita yang bekerja di sebuah instansi baik itu swasta mahupun kerajaan, sudah berani menyatakan mengenai kedisiplinan, pelayanan yang baik, apakah kita sudah menjalankan itu semua? Apakah selama ini kita sudah sejalan apa yang keluar dari mulut dan apa yang dijalankan? Atau justeru selama ini kita justeru banyak melakukan kompromi terhadap nilai-nilai kebenaran yang kita percayai? Kita sering bicara dengan banyak orang atau mendengar mengenai integriti  tapi belum tentu kita faham ertinya. Kita mungkin sudah faham tapi belum tentu kita menjalankannya.

Bukan etos kerja yang malas tapi mahu wang, bukan etos kerja yang mahu terus dilayani tapi tidak mahu melayani, bukan etos kerja yang tidak jujur dan kerap membohongi orang, bukan etos kerja yang malu untuk mengatakan maaf kalau salah yang diperlukan bangsa ini. Kita perlu etos kerja seperti semangat, jiwa melayani, kejujuran dan keberanian bertindak dengan integriti yang tinggi. Ada yang pernah mengatakan kepada saya, kalau kita mahu mengubah sebuah negara, ubahlah dahulu mental dan karakter orang-orang di dalamnya. Pintar saja tidak cukup, tapi harus memiliki nilai yang positif.

Albert Einstein pernah berkata, "Try not to become a man of SUCCESS, but rather to become a man of VALUE." Jangan sekadar menjadi peribadi yang sukses, melainkan peribadi yang memiliki nilai. Semoga hal ini menjadi renungan buat kita semua, dan kiranya hal ini mampu membuka hati dan fikiran kita untuk mahu berubah dan menghargai kerjaya kita dengan baik dan benar untuk membawa bangsa ini, tidak sekadar menjadi baik saja tapi menjadi lebih bernilai positif. Mari bersama kita mulai dari diri sendiri.. Mulai dari sekarang ini!

No comments:

Post a Comment