Saturday, April 23, 2011

Batu Ruby Yang Retak


Batu ruby yang retak
Alkisah, di sebuah kerajaan, raja memiliki sebuah batu ruby yang sangat indah. Raja sangat menyayangi, mengaguminya dan berpuas hati kerana merasa memiliki sesuatu yang indah dan berharga. Saat permaisuri akan melangsungkan ulang tahunnya, raja ingin memberikan hadiah batu ruby itu kepada isteri tercintanya. Tetapi saat batu itu dikeluarkan dari tempat penyimpanan, terjadi kecelakaan sehingga batu itu terjatuh dan tergores retak cukup dalam.

Raja sangat keciwa dan bersedih. Dipanggilnya para ahli batu-batu berharga untuk memperbaiki kerosakan tersebut. Beberapa ahli permata telah datang kepada kerajaan, tetapi mereka menyatakan tidak sanggup memperbaiki batu berharga tersebut. “Mohon ampun Baginda. Goresan retak di batu ini tidak mungkin boleh diperbaiki. Kami tidak sanggup mengembalikannya seperti keadaan semula.” Kemudian baginda memutuskan mengadakan sayembara, mengundang seluruh ahli permata di negeri itu yang mungkin waktu itu terlewatkan.

Tidak lama kemudian datanglah ke istana seorang setengah tua berbadan bongkok dan berbaju lusuh, mengaku sebagai ahli permata. Melihat penampilannya yang tidak meyakinkan, para prajurit menertawakan dia dan berusaha mengusirnya. Mendengar suara itu, sang raja memerintahkan untuk menghadap. “Ampun Baginda. Mendengar kesedihan Baginda kerana kerosakan batu ruby kesayangan Baginda, perkenankanlah hamba untuk melihat dan mencuba memperbaikinya.” “Baiklah, niat baikmu aku kabulkan,” kata baginda sambil memberikan batu tersebut.

Setelah melihat dengan saksama, sambil menghela nafas, si tamu berkata, “Saya tidak boleh mengembalikan batu ini seperti keadaan semula, tetapi bila diperkenankan, saya akan membuat batu ruby retak ini menjadi lebih indah.”

Walaupun sang raja meragukan, tetapi kerana putus asa tidak ada yang boleh dilakukan lagi dengan batu ruby itu, raja akhirnya setuju. Maka, ahli permata itupun mulai memotong dan menggosok. Beberapa hari kemudian, dia menghadap raja, ternyata batu permata ruby yang retak telah dia pahat menjadi bunga mawar yang sangat indah. Baginda sangat gembira, “Terima kasih rakyatku. Bunga mawar adalah bunga kesukaan permaisuri, sungguh cocok sebagai hadiah.” Si ahli permata pun pulang dengan gembira. Bukan kerana besarnya hadiah yang dia terima, tetapi lebih dari itu kerana dia telah membuat raja yang dicintainya berbahagia.

Netter yang luar biasa,
Di tangan seorang yang ahli, benda cacat boleh diubah menjadi lebih indah dengan cara menambah nilai lebih yang diciptakannya. Apalagi mengerjakannya dengan penuh ketulusan dan perasaan cinta untuk membahagiakan orang lain. tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Saya kira demikian pula bagi manusia, tidak ada yang sempurna, selalu ada kelemahan besar ataupun kecil. Tetapi jika kita memiliki kesedaran dan tekad untuk mengubahnya, maka kita boleh mengurangi kelemahan-kelemahan yang ada sekaligus mengembangkan kelebihan-kelebihan yang kita miliki sehingga keahlian dan karakter positif akan terbangun. Dengan terciptanya perubahan-perubahan positif tentu itu merupakan kekuatan pendorong yang akan membawa kita pada kehidupan yang lebih sukses dan bernilai!

No comments:

Post a Comment