Monday, April 25, 2011

Kerja Adalah Sebuah Kehormatan

Penjual bunga

Seorang eksekutif muda sedang beristirahat siang di sebuah kafe terbuka. Sambil sibuk menaip di laptopnya, saat itu seorang gadis kecil yang membawa beberapa tangkai bunga menghampirinya. ”Om beli bunga Om.” ”Tidak Dik, saya tidak perlu,” ujar eksekutif muda itu tetap sibuk dengan laptopnya.
”Satu saja Om, kan bunganya boleh untuk kekasih atau isteri Om,” rayu si gadis kecil.

Setengah kesal dengan nada tinggi kerana merasa terganggu keasyikannya si pemuda berkata, ”Adik kecil tidak melihat Om sedang sibuk? b ila-bila ya kalo Om perlu Om akan beli bunga dari kamu.” Mendengar ucapan si pemuda, gadis kecil itu pun kemudian beralih kepada orang-orang yang lalu lalang di sekitar kafe itu. Setelah menyelesaikan istirahat siangnya, si pemuda segera beranjak dari kafe itu. Saat berjalan keluar ia berjumpa lagi dengan si gadis kecil penjual bunga yang kembali mendekatinya.
”Sudah selesai kerja Om, sekarang beli bunga ini  Om, murah saja satu tangkai saja.” Bercampur antara marah dan kasihan si pemuda mengeluarkan sejumlah wang dari sakunya. ”Ini wang RM 200 ringgit buat kamu. Om tidak mahu bunganya, anggap saja ini sedekah untuk kamu,” ujar si pemuda sambil mengangsurkan wangnya kepada si gadis kecil. Wang itu diambilnya, tetapi bukan untuk disimpan, melainkan ia berikan kepada pengemis tua yang kebetulan lewat di sekitar sana.

Pemuda itu kehairanan dan sedikit tersinggung. ”Kenapa wang tadi tidak kamu ambil, malah kamu berikan kepada pengemis?” Dengan keluguannya si gadis kecil menjawab, ”Maaf Om, saya sudah berjanji dengan ibu saya bahawa saya harus menjual bunga-bunga ini dan bukan mendapatkan wang dari meminta-minta. Ibu saya selalu berpesan walaupun tidak mempunyai wang kita tidak bolah menjadi pengemis.”

Pemuda itu tertegun, betapa ia mendapatkan pengajaran yang sangat berharga dari seorang anak kecil bahwa kerja adalah sebuah kehormatan, meski hasil tidak seberapa tetapi keringat yang menitis dari hasil kerja keras adalah sebuah kebanggaan. Si pemuda itu pun akhirnya mengeluarkan dompetnya dan membeli semua bunga-bunga itu, bukan kerana kasihan, tapi kerana semangat kerja dan keyakinan si anak kecil yang memberinya pelajaran berharga hari itu.

Sahabat,
Tidak jarang kita menghargai pekerjaan sebatas pada wang atau upah yang diterima. Kerja akan bernilai lebih jika itu menjadi kebanggaan bagi kita. Sekecil apapun fungsi dalam sebuah pekerjaan, jika kita kerjakan dengan sungguh-sungguh akan memberi nilai kepada manusia itu sendiri. Dengan begitu, setiap titis keringat yang mengucur akan menjadi sebuah kehormatan yang layak kita perjuangan.

No comments:

Post a Comment