Friday, August 19, 2011

Bagaimana Rezeki Mengalir Kepada Anda


Rezeki
Berbicara tentang rezeki adalah sangat menarik dan diminati oleh ramai orang.  Inilah yang diharapkan dan diinginkan oleh setiap orang. Tidak ada orang yang tidak ingin aliran rezeki, kan?

Kita lihat apa yang terjadi dalam masyarakat. Sebahagian orang yang rezekinya itu mudah untuk datang, terus mengalir dan sepertinya tidak pernah putus-putus. Tetapi ada sebahagian lain, yang sulit untuk mendatangkan rezeki - suka tersendat-sendat dan kadang tiada. Oleh kerana itu sangat penting kita mengetahui bagaimana mekanismanya sehingga rezeki itu dengan senang mengalir kepada kita, dan mengalir dengan penuh sukacita.

Bila Anda tidak mengetahui mekanismanya, mungkin Anda akan mencari jimat untuk boleh mendatangkan rezeki itu. Ini tentunya kurang bijaksana serta tidak selaras dengan keinginan Sang Pencipta kita.

Kita tidak perlu mencari  jimat untuk mendatangkan rezeki, kerana di dalam diri kita sudah tersedia mekanisma yang memiliki kemampuan melebihi jimat buatan manusia. Anda boleh membuat aliran rezeki itu dengan senang mengalir dan dengan bebas berputar dalam hidup Anda dalam kelimpahannya.

Sebenarnya, rezeki itu akan datang kepada Anda tergantung kepada isi fikiran Anda. Anda boleh mengizinkan rezeki terus mengalir dalam hidup Anda, tapi kenali dahulu apa yang menjadi akar fikiran Anda yang tersembunyi di dalam bawah Sedar. oleh jadi akar fikiran Anda sesungguhnya menolak hadirnya rezeki itu. Bila demikian, seberapa besar usaha Anda, seberapa besar energi yang Anda keluarkan, Anda akan tetap kesulitan mengarahkan aliran rezeki itu dekat kepada diri Anda. Kalau Anda ingin agar rezeki mengalir bebas dalam hidup Anda, perhatikan beberapa hal yang harus Anda lakukan, dan cubalah melakukannya dengan konsisten dan penuh keikhlasan.

Pertama, "memberi". Kembangkan sikap mental memberi dan memberi. Orang yang boleh memberi tentunya adalah orang yang sudah kecukupan, bila Anda segan untuk memberi, Anda sebenarnya merasa kekurangan, dan perasaan kekurangan inilah yang mendatangkan lebih banyak kekurangan dan kemiskinan.

Ingatlah : apa yang tidak Anda berikan untuk orang lain, tidak anda berikan untuk diri Anda sendiri. Memberi tidak bererti Anda akan kekurangan, justeru sebaliknya dengan semakin banyak memberi Anda akan semakin banyak menerima. Hukum universal mengatakan bahawa apa yang Anda tabur akan Anda tuai, ertinya jika Anda memberi, Anda akan menerima hasil berlipat ganda. Seperti menanam padi, satu bibit padi yang ditanam, akan menghasilkan ratusan bahkan ribuan biji padi.

Dalam praktik sehari-hari, bersikaplah murah hati, bersikaplah belas kasih, tolonglah orang lain yang memerlukan pertolongan, dan layani orang lain dengan tulus, ikhlas, dan penuh kegembiraan. Berikan nilai tambah atau peningkatan hidup bagi orang lain.

Kedua, "jangan mengeluh". Jangan membicarakan tentang kekurangan dan keterbatasan ekonomi yang Anda hadapi kepada orang lain. Hal ini kurang bijaksana. Semakin Anda sering membicarakannya, sebenarnya Anda sedang memfokuskan fikiran pada kekurangan dan ketidakcukupan. Hukum fikiran mengatakan bahawa fikiran bersifat mencipta dan kreatif, ertinya fokus Anda akan menciptakan keadaan-keadaan dan memperbesarkan apa yang Anda perkatakan dan bayangkan. Lebih bijaksana bila Anda hitung rahmat dan berkat yang sudah Anda terima setiap hari. Fokuskan fikiran Anda pada hal-hal yang membawa kesejahteraan dan kelimpahan. Bila Anda dalam keadaan damai, tenang, dan sejahtera, inilah kunci di mana rezeki mudah untuk singgah kepada Anda.

Ketiga, "jangan cemburu". Biasanya orang lebih mudah untuk cemburu kepada orang lain yang lebih sukses, lebih kaya. Kecemburuan muncul pada saat Anda membandingkan apa yang Anda miliki dengan apa yang dimiliki oleh orang lain. Biasanya Anda akan membandingkan secara tidak sama, maksudnya Anda akan membandingkan apa yang belum Anda miliki dengan apa yang dimiliki oleh orang lain, dengan begitu perasaan kekurangan atau rendah diri itu akan muncul pada diri Anda, dan inilah perasaan yang tidak menguntungkan bagi kemampuan Anda untuk menarik aliran rezeki.

Kecemburuan ini adalah sikap mental tidak boleh menerima keadaan. Semakin tidak boleh menerima keadaan, Anda akan semakin tidak boleh berfokus pada sasaran dan akan bertindak dengan tergesa-gesa mengerjakan sesuatu yang seharusnya Anda kerjakan. Akibatnya, hasil yang Anda harapkan akan meleset dari bidikan Anda. Penyelesaiannya, Anda harus berusaha untuk boleh menerima keadaan diri Anda apa adanya, sehingga fikiran Anda akan menjadi lebih damai.

Bila Anda dipenuhi oleh kecemburuan, pikiran Anda akan terfokus pada ketidakmampuan, ketidakcukupan, tidak layak, kekurangan, ketidakpuasan, dan kemiskinan. Marilah kita menyimak kembali kepada hukum pikiran bahwaapa yang Anda fokuskan akan menjadi realitas kehidupan Anda. kalau Anda dalam keadaan cemburu, sebetulnya Anda membuang energi dengan sia-sia, karena fokus Anda akan dikaburkan oleh perasaan cemburu itu dan hasilnya sasaran Anda akan meleset jauh. Jadi hapuskan kecemburuan Anda!

Keempat, "jangan membenci". Sama halnya dengan cemburu, orang juga lebih mudah untuk membenci orang lain yang lebih sukses, lebih kaya. Kalau Anda membenci orang yang sukses, atau yang kaya, sebenarnya secara tidak sedar Anda sedang mengirimkan pesan kepada bawah sedar bahawa Anda tidak menyukai sukses dan kaya. Lebih jelasnya sebenarnya Anda menolak sukses dan kaya untuk hadir dalam hidup Anda. Itulah maksud tersembunyi dari kebencian Anda.

Hukum fikiran mengatakan bahawa fikiran bawah sedar bereaksi terhadap fikiran yang dominan dan sugesti yang disampaikan oleh fikiran sedar. Dalam kebencian, terkandung suatu fikiran atau maksud Anda yang tersembunyi, dan jika maksud tersembunyi ini menguasai fikiran sedar Anda maka bawah sedar Anda akan merealisasikan maksud tersembunyi ini, kerana inilah yang dominan, yang memenuhi fikiran Anda sehari-hari.

Untuk mengetahui akibat-akibat buruk dari rasa kebencian seperti dihuraikan di atas, untuk apa lagi Anda membenci orang lain? Tidakkah itu hanya membuang energi yang sangat berharga? Alangkah bijaksananya bila Anda menghapuskan kebencian kepada siapa saja!!

Kelima, "berdoa". Biasakan berdoa memohon bimbingan Ilahi dalam segala hal. Doakan dan harapkan yang terbaik bagi semua orang di sekeliling Anda. Kembangkan kepercayaan atas doa-doa Anda, resapi doa itu sampai ke saraf-saraf Anda, rasakan getaran ketika Anda mengucapkan doa-doa itu dan pasrahkan. Semoga para pembaca tulisan ini diberkati, dianugerahi kesejahteraan, diinspirasi, dan diperkaya dalam segala hal.n Amen!

No comments:

Post a Comment