Thursday, August 18, 2011

WARISAN NENEK

Wasiat
Pada suatu kala, hiduplah seorang nenek tua renta bersama seorang cucunya yang baru mencapai remaja. Kedua orang tua dari cucunya telah meninggal terlebih dahulu. Mereka berdua tinggal di sebuah pondok yang hampir roboh. Mereka terpaksa tinggal di sana kerana tidak memiliki wang. Mereka sangat miskin, tidak seperti tetangga-tetangga yang hidup berkecukupan.

Sang nenek pun sudah tua dan selalu sakit. Cucunya dengan penuh kasih sayang merawatnya. Meskipun ia bekerja keras membanting tulang, ia hanya boleh mendapatkan sedikit wang yang tentunya tidak cukup untuk keperluan sehari-hari. Pekerjaan apapun dilakukannya asalkan  boleh menghasilkan wang. Hidupnya seperti tidak memiliki masa depan, gali lubang tutup lubang.

Setelah beberapa waktu lamanya, sang nenek merasa waktunya hampir tiba meninggalkan dunia ini. Sang nenek begitu sedih kerana tidak punya apapun untuk cucunya kelak ketika dirinya sudah tiada. Akhirnya timbullah idea cemerlang, dengan sedikit wang yang dikumpulkan dengan susah payah, dan dengan tubuh yang selalu sakit, ia berjalan sendiri ke sebuah kedai tanpa pengetahuan cucunya yang sedang bekerja.

Apa yang ingin dibeli sang nenek? Ternyata ia membeli sebuah boneka shaolin yang biasa dipakai untuk berlatih kungfu. Boneka tersebut ia taruh di pondoknya dan ditutup sedemikian rupa agar cucunya tidak melihatnya. Akhirnya tibalah waktu ketika sakit sang nenek sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Ia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Cucunya sangat berduka dan bersedih kerana neneknya adalah orang yang paling dekat dengan dirinya. Ia tidak memiliki teman seperti selayaknya orang lain. Ia tidak akan  boleh lagi bercerita dan berkongsi dengan orang terdekatnya. Ia tidak punya siapa-siapa lagi, ia hidup sebatang kara.

Setelah beberapa hari berlalu, pemuda tersebut semakin sedih kerana kesepian dan hidup sendirian. Ia terombang-ambing dalam hidup yang tidak pasti. Ketika rasa putus asa itu begitu besar, ia rasa mahu berniat untuk mengakhiri hidupnya sendiri. Sebelum ia sempat melaksanakan niatnya, ia teringat dengan wasiat yang diberikan nenek kepada dirinya sebelum neneknya meninggal dunia.  

Pemuda itu dengan cepat, ia membuka surat wasiat tersebut. Beginilah isi surat wasiat yang ditulis oleh sang nenek ...
"Cucuku tersayang, pada saat kamu baca surat ini, bererti nenek sudah tidak ada lagi di dunia ini. Nenek juga sebenarnya berat meninggalkanmu dalam keadaan susah seperti ini, tapi ini sudah takdir. Nenek tidak punya harta yang boleh diwariskan padamu. Nenek minta maaf kerana tidak boleh memberikan yang terbaik sampai detik terakhir. Kamu jangan bersedih. Nenek tahu hidup kamu susah. Kita juga tidak sebaik seperti nasib orang lain yang boleh hidup senang. Tapi, kamu jangan sampai putus asa kerana hidup harus diteruskan.Nenek hanya punya sebuah warisan untukmu. Warisan ini nenek beli untuk dihadiahkan kepada kamu dan ada di dalam pondok dengan bungkusan yang besar."
[Pemuda tersebut menemukan dan membuka bungkusannya. Isinya adalah sebuah boneka shaolin. Tapi ia tidak tahu apa maksudnya. Ia melanjutkan surat wasiat tadi]. "Nenek memberi boneka shaolin ini agar kamu boleh menjadi seperti dirinya. Lihatlah boneka itu dan cubalah pukul sekuat-kuatnya."

Pemuda itu cuba memukulnya, dan boneka itu terombang-ambing, tetapi sesaat kemudian, boneka itu berdiri tegak seperti semula. Alangkah terkejutnya pemuda itu. Berkali-kali ia memukul sekuat tenaga sampai penat, tetapi boneka itu tetap tidak mahu terjatuh "Lihatlah boneka itu, ia akan tetap berdiri tegar meskipun dipukul berkali-kali. Ia tidak pernah terjatuh. Ia tetap sabar menerima pukulan dan sebanyak itulah ia akan tetap berdiri, tanpa pernah menyerah.
 
Cucuku, hidup kadang kala sulit. Nenek hanya mengharapkan kamu agar tidak menyerah. Ketika kamu jatuh dan putus asa, lihat kembali boneka ini. Kamu harus tetap berdiri. Ketika pukulan dan hentaman datang bertubi-tubi, sebanyak itulah kamu harus bertahan dan tetap bangkit. Saat kamu bertekad untuk tidak  menyerah, maka orang lain yang akan menyerah dan saat itulah kamu akan menang.
 
Hidup kamu sekarang memang susah. Tapi, jika kamu tidak  mahu menyerah, hidup kamu pasti akan berubah. Saat itulah nenek akan bangga melihat kamu. Meskipun kamu seorang diri, jangan takut. Nenek akan selalu melihat dan menemanimu. Lakukan apa yang harus kamu lakukan dan jadilah seorang yang bermental seperti boneka shaolin itu. Meskipun kamu miskin, kamu harus memiliki mental seorang pemenang. Suatu saat nanti kamu pasti akan tahu maksud nenek. Semoga wasiat dan warisan dari nenek boleh mengubah hidup kamu."
 
Setelah membaca surat wasiat nenek, pemuda itu menangis kuat. Ia merasa begitu bodoh kerana sebelumnya berniat untuk bunuh diri. Saat itulah, dirinya berubah. Surat wasiat itu benar-benar membuatnya menjadi seorang bermental baja. Dengan bekal itu, beberapa tahun kemudian, ia benar-benar menjadi orang yang sukses dan kaya. Warisan sang nenek yang rasanya tidak berharga ternyata mampu mengubah seorang pemuda putus asa menjadi seorang juara.
 
Pesan kepada pembaca:

Berapa ramai orang yang berani bangkit lagi setelah jatuh berkali-kali? Berapa ramai orang yang terus maju meskipun terus-menerus gagal? Berapa ramai orang yang terus berjuang meskipun sudah pernah kalah sebelumnya? Tidak ramai orang yang seperti itu. Sangat ramai orang yang lebih memilih menyerah. Mereka tidak kuat ketika menyedari diri mereka terjatuh dan kalah. Bahkan tidak sedikit pula yang sudah menyerah kalah sebelum gendang perang ditabuh.

Adakah sesuatu hal yang seharusnya Anda lakukan, tetapi Anda memutuskan untuk berhenti? Cuba ingat-ingat kembali hal berharga yang  boleh Anda raih jika Anda tidak menyerah. Sayang, hal berharga tersebut harus hilang kerana Anda memutuskan untuk mengaku kalah. Hal yang  boleh membuat Anda bahagia dan bangga jika tercapai ternyata harus terbang begitu saja. Apakah hal tersebut terlalu kecil sehingga Anda membuangnya dengan cara berhenti dan menyerah? Apakah Anda rela menukarkan impian Anda yang begitu berharga dengan sebuah pengakuan bahawa Anda sudah menyerah?

Ingat, jika Anda tidak mahu menyerah, maka cepat atau lambat, lawan Anda yang akan menyerah. Jika lawan Anda sudah menyerah, maka Andalah yang menjadi pemenang. Berjanjilah untuk memberikan perlawanan yang terbaik dan terhebat. Meskipun Anda akhirnya harus kalah, katakan pada lawan Anda bahawa ia pun tidak akan menang dengan mudah. Katakan padanya jika ia akhirnya menang, ia akan menang dengan perjuangan yang berdarah-darah dan mati-matian sampai titisan keringat tenaga terakhir!  

No comments:

Post a Comment