Monday, August 1, 2011

PILIHAN KITA MENENTUKAN NASIB KITA



Robert Ingersoll, seorang kafir terkenal di abad yang lalu, dilahirkan dalam keluarga pendeta. Setelah mendengar ayahnya berkhotbah tentang api neraka, Ingersoll berkata, “Kalau Tuhan seperti itu, kalau Tuhan mahu membakar jutaan dan trilion lelaki, wanita, anak-anak dan bayi, maka saya tidak percaya Dia itu ada. Saya percaya bahawa Dia hanyalah khayalan manusia belaka.”

Ingersoll menyimpulkan bahawa Tuhan yang akan menyeksa manusia selama jutaan tahun bukanlah Tuhan yang mengasihi. Lebih jauh lagi, ia menyimpulkan bahawa Tuhan seperti itu sesungguhnya tidak boleh ada dan Ingersoll benar. Tuhan yang pembalas dendam yang suka menimbulkan penderitaan semacam itu memang tidak ada.

Fikiran saya tidak akan pernah menyembah Tuhan yang akan menyeksa manusia di neraka selama berjuta-juta tahun. Bolehkah anda membayangkan syurga di mana umat tebusan melihat orang-orang yang menderita di neraka? Seorang penulis keagamaan popular menyatakan, jika api neraka dipadamkan dan orang jahat berhenti menderita, maka salah satu sukacita utama orang tebusan akan berakhir, dengan kata lain, ia menegaskan bahawa salah satu sukacita di syurga adalah menyaksikan orang jahat menderita. Sungguh gambaran tentang Tuhan yang menyimpang.

Gambaran Alkitab tentang Tuhan sama sekali berbeza. Kasih Tuhan tidak akan membiarkan Dia menyeksa pendosa selama-lamanya. KeadilanNya tidak akan membiarkan Dia mengabaikan dosa mereka. Dosa adalah bahan yang mudah terbakar di hadapan Tuhan yang kudus. Tuhan membiarkan orang-orang berdosa menerima akibat pilihan mereka sendiri. Tak terlindung oleh perlindungan kasihNya, mereka dihancurkan di dalam api kesucianNya.
      
     Penderitaan neraka yang paling dalam adalah seksaan mental, mengetahui bahawa mereka dibuang dari hadapan Tuhan selamanya. Tuhan menawarkan kehidupan. Mereka telah memilih kematian. Kata-kata nabi kuno menggema sepanjang abad, “Aku memanggil langit dan bumi menjadi saksi terhadap kamu pada hari ini: kepadamu kuperhadapkan kehidupan dan kematian, berkat dan kutuk. Pilihan kehidupan, supaya engkau hidup, baik engkau mahupun keturunanmu”. Keselamatan adalah pilihan. Kematian kekal adalah pilihan juga. Akhirnya kita semua akan mendapatkan apa yang kita pilih untuk selamanya.

Hari ini, Tuhan di syurga melihat kita masing-masing untuk memilih kehidupan.

No comments:

Post a Comment