Wednesday, August 17, 2011

DIRIMU ADALAH HARTA


Dirimu adalah harta
Dari mana datangnya harta yang Anda miliki saat ini? Ketika lahir, kita datang ke muka bumi ini tanpa membawa apa-apa; tidak juga emas, berlian dan wang. Kita datang hanya dalam bentuk tubuh, fikiran, dan jiwa, namun sebetulnya inilah yang sangat bernilai, melebihi nilai material apa pun.

Kalau seandainya ibu jari Anda ditukar dengan wang senilai 10 ribu apakah Anda mahu? Kalau tidak mahu, lalu berapa nilai wang yang Anda inginkan? Saya percaya, Anda tentu tidak ingin menukarkan ibu jari Anda dengan berapa pun besarnya wang itu, kan? Tubuh adalah pelayan bagi fikiran, dialah yang mengerjakan apa yang Anda fikirkan dan sekaligus mengalaminya. Tubuh adalah tempat bagi fikiran untuk mengekspresikan diri. Tanpa tubuh, Anda tidak mungkin boleh mengalami apa yang ingin Anda alami. Kalau menyedari ini, tentu Anda akan merawat tubuh anda dengan sebaik-baiknya, menjaga agar tubuh tetap prima.

Fikiran adalah penghasil idea dan gagasan. Idea dan gagasan yang cemerlang dapat berubah menjadi harta secara fizikal yang tak terhingga. Sebagai contoh : Microsoft penghasil software komputer di dunia, muncul dari gagasan cemerlang Bill Gates. Ideanya kini menghasilkan miliaran dolar AS. Fikiran adalah penggerak tubuh, dialah yang membawa arah hidup Anda. Jika fikiran jernih, tentu Anda akan mampu membawa arah kehidupan yang baik. Sebaliknya jika fikiran kacau, Anda akan terpeleset pada arah kehidupan yang kurang menyenangkan.

Tahukah Anda, siapa pembimbing diri Anda? Itulah jiwa Anda..! Jiwa Anda menginspirasi untuk menemukan siapa diri Anda yang sesungguhnya. Jiwa Anda juga senentiasa mendorong Anda untuk bergerak maju. Jiwa Anda juga membimbing Anda pada jalan-jalan yang benar, yang boleh membuat Anda merasa senang dan bahagia. Anda perlu berkomunikasi terus menerus dengan jiwa Anda, agar dia senentiasa menginspirasi Anda dengan hal-hal yang positif. 

Kalau sudah tahu seberapa besar nilai diri Anda, untuk apa lagi Anda merasa tidak berharga, merasa miskin, merasa tidak mampu? Perasaan inferior ini sebetulnya menunjukkan bahawa Anda belum benar-benar mengenali siapa diri Anda yang sebenarnya, dengan demikian Anda merasa tidak percaya diri. Untuk itu sangatlah penting untuk menggali dan menemukan jati diri Anda. Sebab sebelum menemukan siapa diri Anda yang sebenarnya, Anda akan hidup diselimuti dengan ketakutan dan hidup hanya mengharapkan  belas kasih dari orang lain.

Mulai sekarang berikan penilaian yang tertinggi buat diri Anda, temukan dirimu sendiri dan cintailah dirimu; kembangkan dan latihlah fikiran Anda agar mampu menghasilkan idea-idea kreatif yang bernilai guna tinggi, dan ikutilah kehendak jiwamu. Menjawab pertanyaan di atas, harta yang Anda miliki saat ini berasal dari diri Anda sendiri; dari tubuh, fikiran, dan jiwa yang bersih dan sihat.

No comments:

Post a Comment