Thursday, August 4, 2011

Tuhan Tahu

Tuhan Tahu
Semua ada waktunya.... . ;  Semua indah pada waktunya....
TUHAN tak akan terlambat... .. ; Juga tak akan lebih cepat.....

TUHAN TAHU
Beberapa Hal Yang Dapat Mendorongmu Untuk Tetap Bertahan !
Jika anda merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia...
Tuhan tahu betapa keras anda sudah berusaha.
Ketika anda sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
Tuhan sudah menghitung airmatamu.
Jika anda fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa
berlalu begitu saja...
Tuhan sedang menunggu bersama denganmu.
Ketika anda merasa sendirian dan sahabat-sahabatmu terlalu sibuk untuk menghubungi.
Tuhan selalu berada disampingmu.
Ketika anda fikir bahawa anda sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
Tuhan punya jawabannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan anda merasa tertekan...
Tuhan dapat menenangkanmu.
Jika tiba-tiba anda dapat melihat jejak-jejak harapan...  
Tuhan sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan anda merasa ingin mengucap syukur..  
Tuhan telah memberkatimu.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan anda dipenuhi ketakjuban.. .
Tuhan telah tersenyum padamu.
Ketika anda memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...  
Tuhan sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.
Ingat bahawa dimanapun anda atau kemanapun anda menghadap... 
TUHAN TAHU ***

No comments:

Post a Comment