Monday, August 1, 2011

KEBENARAN YANG TAK TERLIHAT


     Pada umumnya manusia suka untuk dipuji, diberi sambutan tepuk tangan, tepukan di bahu dan sebagainya. Hal tersebut berlaku kerana telah melakukan hal yang benar dan dilihat oleh ramai orang. (beberapa diantaranya memang ada yang sengaja melakukan kebenaran atau kebaikan untuk dilihat orang – dipamer)

     Namun ada jenis kebenaran lain yg mungkin jarang kelihatan orang yang melakukan hal ini, iaitu KEBENARAN YG TAK TERLIHAT. Risikonya kebenaran jenis ini hampir boleh dipastikan tidak dilihat orang, tidak akan ada riuhnya tepuk tangan buat anda, tidak ada tepukan di bahu anda sambil berkata kamu hebat atau good job..!!
Kerana kebenaran yg anda sedang lakukan adalah jenis KEBENARAN YANG TIDAK TERLIHAT….

      Ketika anda mendapatkan kesempatan untuk berbuat jahat dan sungguh-sungguh di area tersebut anda mendapat lampu hijau untuk melakukannya. Namun kemudian anda teringat akan keluarga anda yang mungkin berpenampilan sederhana dibandingkan si nona X, dan kemudian anda berkata dalam hati: No, saya tidak akan curang!! ini keliru!! saya akan mengasihi isteri dan anak-anak saya dengan segenap hati dan dengan kesungguhan sekalipun mereka kelihatan biasa dan sederhana namun mereka adalah orang-orang luar biasa yg TUHAN percayakan kepada saya!!

     Ketika anda lakukan dan ambil keputusan seperti itu dalam hatimu, itu yang saya sebut KEBENARAN YG TAK TERLIHAT. Mungkin keluargamu atau orang terdekatmu tidak mengetahui hal tersebut, tidak ada tepukan di bahu untuk anda, tidak ada riuhnya tepuk tangan untuk apa yg anda lakukan, namun percayalah anda sedang membuat PENCIPTA anda tersenyum dan bangga atas apa yg anda lakukan.

     Ketika YANG MAHA KUASA itu berkenan kepada anda maka jalan hidup andapun akan dibuatNYA indah. Mari berjuang untuk hidup dalam kebenaran. Memang tidak mudah namun upahnya sepadan jika kita mahu melakukannya.

Satu hal yg penting! : 

Kenikmatan yang TUHAN beri buat hidup kita dan keluarga, tidak akan pernah mampu dilakukan oleh dunia ini. Pemberian TUHAN selalu yang terbaik.

No comments:

Post a Comment