Wednesday, August 10, 2011

SUNGAI MENGALIR SEPANJANG MASA


Sungai Mengalir
Suatu kala, seorang pemuda sedang berkelana bersama dengan gurunya ke suatu tempat yang cukup jauh. Perjalanan tersebut memerlukan waktu berhari-hari. Oleh kerana mereka hanya berjalan kaki, mereka harus beristirahat jika sedang lelah atau mencari tempat menginap jika hari sudah menjelang malam.

Suatu hari, di tengah perjalanan, mereka berhenti untuk beristirahat dan melepas lelah. Mereka saat itu sedang berada di sebuah hutan. Sang guru meminta muridnya untuk mencari air minum. Pemuda itu kemudian pergi. Setelah mencari ke sana kemari, akhirnya ia berhasil menemukan sebuah sungai yang airnya cukup jernih. Maka ia pun menuju ke sungai tersebut untuk mengambil air minum.

Tapi sayang, ternyata ada beberapa wanita yang sedang mencuci pakaian di sungai tersebut. Tentu saja air sungai tersebut menjadi kotor dan tidak boleh di minum. Dalam hati ia berkata, "Airnya begitu kotor. Bagaimana mungkin saya memberi air ini pada guru?" Pemuda itu pun bergegas kembali menemui gurunya.

Pemuda itu berkata, "Guru, sebenarnya saya sudah menemukan sungai. Sayang, airnya tidak boleh diambil. Ada orang yang mencuci di sana sehingga airnya menjadi kotor." Gurunya memberitahu pemuda itu, "Oh, begitu ya. Cuba tunggu sebentar dan kemudian pergi ke sana lagi"

Tanpa bertanya, pemuda itu menuruti perintah gurunya yang terkenal bijaksana. Setelah beberapa saat, ia kembali ke sungai tersebut. Setelah tiba, ia memang tidak melihat wanita-wanita yang tadi kerana mungkin sudah selesai mencuci. Yang ada hanyalah sekumpulan anak-anak yang sedang mandi. Melihat hal ini, ia segera kembali menemui gurunya.

Ia berkata, "Guru, tadi saya sudah kembali ke sungai itu. Tapi, anak-anak sedang mandi. Sudah pasti airnya tidak boleh diambil untuk minum. Bagaimana baiknya? Apakah kita melanjutkan perjalanan saja dan mencari air di tempat lain?"

Gurunya tersenyum dan menjawab, "Oh, begitu ya. Cuba tunggu sebentar dan kemudian pergi ke sana lagi." Pemuda itu bingung dan bertanya-tanya mengapa gurunya terus memintanya pergi ke sungai itu pada hal jelas-jelas ia tidak akan boleh mendapatkan air untuk diminum.

Namun ia turuti juga apa kata gurunya dan setelah beberapa saat, ia kembali ke sungai tersebut. Sesampainya di sana, ternyata di sungai itu sudah tidak ada orang. Anak-anak sudah selesai mandi. Ia mendekat ke tepi sungai dan melihat air sungai sudah menjadi jernih. Dengan senyum, ia minum air tersebut dan kemudian memasukkan air ke dalam tempat minum.

Pemuda itu segera kembali dan memberitahu gurunya. Ia berkata, "Guru, ternyata setelah saya kembali ke sungai itu, airnya sudah jernih. Jadi, kita boleh mendapat air minum."

Dengan senyum gurunya bertanya, "Airnya menjadi jernih kerana air sungai senantiasa mengalir. Airnya mungkin saja kotor, tapi itu hanya sementara. Setelah beberapa saat air akan kembali jernih kerana air terus mengalir. Air kotor mengalir jauh dan digantikan air jernih. Semua ini terjadi dengan sendirinya."

Gurunya melanjutkan, "Begitu juga dengan dirimu. Kamu boleh belajar dari air yang mengalir ini. Setiap kali kamu terganggu oleh banyak fikiran yang rumit penuh masalah, biarkan saja mengalir. Sabar dan beri waktu, maka fikiran tersebut akan hilang dan digantikan dengan fikiran yang lebih jernih. Ini akan terjadi dengan sendirinya." Pemuda itu berkata, "Terima kasih guru telah memberi saya sebuah pelajaran yang amat berharga."

Pesan untuk pembaca:
Kita sebagai manusia selalu tidak terlepas dari pelbagai beban dan masalah. Kadang kala masalah yang sedang kita hadapi cukup rumit sehingga membuat fikiran kita seakan-akan mahu 'meledak'.

Semakin difikir, semakin rumit masalah tersebut. Kadang-kadang kita pasti mengalami hal seperti ini. Namun, fikiran yang kusut tidak akan banyak membantu, malah akan semakin memperumit keadaan. Fikiran yang tenang dan jernih akan membuat Anda lebih bijaksana dalam mengambil keputusan mahupun solusi atas penyelesaian masalah tersebut.

Ketenangan fikiran tidak sulit diraih jika kita bersedia membiarkan fikiran kita yang sedang kusut untuk pergi menjauh. Relakan fikiran tersebut lenyap. Sama seperti air yang senantiasa mengalir, fikiran kita juga senantiasa mengalir.

Mungkin saat ini, fikiran kita sedang kacau dan tidak boleh berfikir jernih. Beri sedikit waktu untuk menenangkan diri. semua akan mengalir dengan sendirinya. Fikiran yang sedang kacau akan digantikan fikiran yang jernih.

Saat  fikiran sudah jernih, mungkin akan timbul idea atau bahkan solusi yang sebelumnya tidak terbayangkan. Dengan munculnya idea atau solusi, masalah kita akan boleh diselesaikan dengan bijaksana.

Ketahuilah juga bahawa masalah selalu datang dan pergi silih berganti layaknya air yang senantiasa mengalir. Hari ini masalah datang, esoknya ok. Esoknya datang masalah baru dan esoknya ok. Semuanya mengalir. Jika fikiran Anda boleh mengalir bebas seperti air, maka seberat apa pun masalah yang muncul, tidak akan bererti apa-apa. Anda sudah tahu masalah akan mengalir jauh digantikan dengan datangnya idea.

No comments:

Post a Comment