Friday, August 5, 2011

TIKUS YANG LEBIH BERUNTUNG

Masih ada harapan

Di sebuah daerah penternakan, hiduplah seorang petani bersama dengan isterinya. Mereka berdua sudah tua dan tinggal di sebuah rumah sederhana. Setiap hari, petani dan isterinya bekerja di ladang yang letaknya tidak jauh dari rumah. Selain memiliki ladang, mereka juga mempunyai seekor lembu, seekor kambing, dan seekor ayam.


Suatu hari, hasil tuaian yang disimpan di rumah sering rosak dan bahkan berkurang. Setelah diselidiki, ternyata ada seekor tikus yang sering memakan hasil tuaian mereka.  Si tikus tentu saja senang kerana ada banyak makanan yang boleh dimakan. Namun tidak demikian halnya bagi petani. Dengan munculnya tikus, tentu akan membuatnya rugi.


Petani tersebut tidak tinggal diam. Ia mulai memasang perangkap yang di dalamnya berisi makanan untuk menangkap tikus itu. Bukan hanya satu, melainkan ada banyak sekali perangkap yang dipasang di setiap sudut rumah. Hal ini membuat tikus menjadi sedih dan gelisah. Hal ini bererti ia akan kesulitan mencari makanan. Sekali masuk perangkap, maka ia akan mati.


Kemudian tikus pergi mencari ayam. Ia bertanya, "Ayam, aku sekarang tidak boleh mendapatkan makanan lagi kerana makanan itu ada perangkapnya. Aku iri padamu kerana setiap hari diberi makan. Sedangkan aku harus bersusah payah mencari makan di tempat lain. Aku tidak boleh lagi mendapat makanan di rumah petani itu."


Mendengar keluhan tikus, ayam pun mengejek, "Sungguh malang nasibmu. Siapa suruh kamu jadi tikus! Terima saja nasibmu. Maaf, aku tidak boleh membantumu."  Si tikus pun berlalu meninggalkan ayam. Kemudian ia pergi mencari kambing.  Setelah bertemu dengan kambing, si tikus mencurahkan keluhannya pada kambing.


Si kambing juga memberikan ejekan pada si tikus, "Kasihan sekali dirimu, harus bersusah payah mencari makan. Kamu memang malang. Tidak seperti diriku yang selalu dirawat dan diberi makan. Hidupku sekarang tenang-tenang saja. Apa boleh buat, terima saja nasibmu itu."


Kecewa dengan perkataan kambing, si tikus pun pergi. Selanjutnya ia pergi mencari lembu untuk meminta tolong. Namun, jawaban yang diperolehi juga mengecewakan.


Si lembu berkata, "Aku benar-benar tidak boleh menolong kamu. Terima saja keadaan ini."
Si tikus bersedih kerana merasa tidak sebaik nasib ayam, kambing, dan lembu. Hidup mereka sungguh baik, boleh makan dan hidup tenang. Sedangkan dirinya setiap saat dalam bahaya kerana perangkap telah menunggunya. Jika tidak berhati-hati, maka tamatlah riwayatnya.


Keadaan sulit ini terus berlangsung selama setahun, sampai suatu hari, isteri si petani diserang penyakit berat. Hal ini boleh dimaklumi mengingat isterinya sudah tua. Tentu saja tubuhnya menjadi lemah dan sering sakit-sakit. Disebabkan isterinya sakit, petani itu hendak membuatkan sup ayam untuknya. Maka, ia mengambil ayam yang ada di rumahnya dan memotong ayam itu untuk dijadikan sup. Tamatlah riwayat ayam tersebut.


Semakin hari, keadaan isterinya semakin memprihatinkan. Kesihatannya terus parah. Petani itu pun sedar bahwa isterinya sudah tidak tertolong lagi. Sebagai permintaan terakhir, isterinya ingin sekali makan daging kambing. Ia sudah lama tidak mencicipinya.


Petani itu mengabulkan permintaan isterinya. Kebetulan di rumahnya ada seekor kambing peliharaan. Maka, dipotonglah kambing itu untuk dimasak. Tamatlah riwayat kambing itu mengikuti jejak ayam.


Selang beberapa hari, isteri si petani menghembuskan nafasnya yang terakhir. Penyakit yang dideritanya sudah sedemikian parah dan tidak boleh disembuhkan lagi. Kepergian isterinya membuat si petani menjadi amat sedih. Para tetangganya juga ikut bersedih. Mereka datang ke rumah petani itu untuk menyampaikan rasa turut berdukacita.


Untuk melayani para tamu yang melawat, petani itu menghidangkan makanan pada mereka. Kali ini  yang menjadi korban adalah lembu peliharaannya. Petani itu memotong lembu untuk dijadikan hidangan bagi para tamu yang datang. Lembu yang malang itu terpaksa harus kehilangan nyawa.
 
Setelah mengetahui khabar mengenai ayam, kambing dan lembu, si tikus menjadi sangat sedih. Namun di sisi lain, ia juga bersyukur kerana ia masih boleh hidup meski pun harus bersusah payah mencari makan.


Ia merasa beruntung kerana tidak akan dipotong seperti yang terjadi pada ayam, kambing dan lembu. Ia bersyukur masih boleh hidup sampai saat ini. Melalui kejadian itu, si tikus lebih menghargai hidupnya. Ia sedar meskipun merasa malang, ternyata ada yang lebih malang dari dirinya.
 
Pesan kepada pembaca:


Ramai orang yang pada saat ditimpa kemalangan merasa dirinya orang paling menderita di muka bumi. pelbagai kesulitan dalam hidup sebagai ketidakadilan yang menimpa dirinya.


Namun ingat, segala sesuatu yang terjadi tidak bererti baik atau buruk. Itu semua tergantung dari cara Anda melihat dan memberi makna pada sesuatu. Jika Anda merasa diri Anda paling menderita, ingatlah ramai orang yang mungkin jauh lebih menderita.


Anda mungkin sering mengeluh, merasa diri tidak seberuntung orang lain. Ingatlah bahawa banyak orang yang jauh lebih tidak beruntung dibandingkan Anda. Mereka yang tidak beruntung memiliki masalah yang jauh lebih besar. Mereka mungkin sedang berjuang melawan keadaan kehidupan yang jauh lebih parah daripada Anda. Bahkan banyak diantara mereka yang tetap tegar dan tenang dalam menjalani kehidupan mereka. Meskipun badai besar sedang menerpa, mereka berani menghadapi hidup ini dengan ketabahan tanpa keluhan. Jika memang begitu, apakah Anda masih menganggap diri paling menderita?


Bukankah di balik setiap kesulitan, tetap ada hal-hal positif yang boleh Anda syukuri dalam hidup ini? Siapa tahu, suatu saat nanti, setiap kesulitan yang Anda hadapi ternyata membawa Anda menuju hidup yang lebih baik. Saat itulah, Anda akan mensyukurinya.

No comments:

Post a Comment