Tuesday, August 16, 2011

BELAJAR DARI SEBUAH PERIGI





Perigi




Sebuah perigi bila ditimba airnya setiap hari, dia tidak pernah kering, terus ada air di dalamnya. Anehnya kalau dalam satu hari saja air tidak ditimba, ketinggian air yang ada di dalam sumur itu juga tidak meningkat. Tetap saja seperti semula.

Secara logik, kalau air di dalam perigi itu terus-menerus ditimba tentu suatu saat akan berkurang, demikian sebaliknya bila air itu tidak ditimba seharusnya ketinggian air itu meningkat, tetapi ini tidak terjadi. Aneh kan? Inilah hukum alam, di mana di dalam semesta terdapat misteri, dan juga semesta ini bertujuan untuk selalu memberi.

Sesungguhnya kehidupan kita juga sama dan serupa dengan perigi ini, sebab kita adalah bahagian dari alam semesta. Tujuan alam semesta adalah untuk memberi, demikian juga kehadiran kita di muka bumi ini juga untuk memberi. Pada umumnya orang berfikir bahawa kalau dia memberi, apa yang dimilikinya pasti akan kekurangan. Namun kalau kita mahu belajar dari perigi ini, semakin banyak dia memberi, akan semakin banyak air yang mengalir kepadanya. Jadi tidak perlu ragu lagi untuk memberi, kerana apa yang diberikan akan kembali lagi kepada si pemberi.

Dalam hal memberi tidak seharusnya dalam bentuk wang atau material saja; kita boleh memberi apa saja yang kita miliki. Menolong atau membantu orang lain sebetulnya juga merupakan tindakan memberi dan sebagai pedomannya, berikan sesuai dengan kemampuan dan keterampilan yang Anda miliki. Sebagai contoh, Anda memiliki kemampuan dan keterampilan bahasa Inggeris, maka ajarkan keterampilan ini kepada orang lain yang memerlukankan. Dengan demikian, Anda sudah memberikan apa yang Anda miliki.

Ketika Anda mengajarkan keterampilan ini, maka dengan sendirinya kemampuan dan keterampilan Anda akan semakin meningkat. Apa yang perlu kita perhatikan adalah janganlah memberi kerana terpaksa, janganlah memberi kerana ingin dipuji orang lain, janganlah memberi untuk menunjukkan bahawa Anda orang yang kaya dan janganlah memberi hanya kerana kebiasaan. Kalau ini yang Anda lakukan, sebenarnya pemberian Anda tidak ikhlas.

Sikap mental memberi seharusnya berlandaskan pada rasa belas kasih kepada orang lain, bukan kerana mengharapkan sesuatu dari orang lain
. Sebaiknya Anda memberi kerana menginginkan orang lain boleh bahagia, boleh hidup lebih baik, dan lebih layak. Intinya, pemberian itu memang seharusnya boleh meningkatkan kualiti hidup bagi orang yang menerimanya.

Pada zaman yang serba materialistik ini, segala sesuatu yang diberikan tentu mempunyai tujuan untuk mendapatkan sesuatu dari orang lain, jadi memang agak sulit untuk memberi tanpa sebab. Namun begitu bila kita tidak mencubanya, kita tidak akan tahu bahawa diri kita oleh memberi tanpa harus mengharapkan sesuatu. Dengan mengembangkan sikap mental memberi yang murni, saya yakin setiap orang boleh melakukannya. Sekarang pilihannya terserah kepada Anda. Sedangkan manfaat langsung yang boleh Anda rasakan ketika memberi adalah perasaan puas - kepuasan batin, dan inilah sebetulnya kebahagiaan pada tingkat yang tinggi!

No comments:

Post a Comment