Saturday, November 13, 2010

SK. Tagaroh Mencipta Sejarah


Guru Besar Bersama Guru-Guru SK. Tagaroh, Kota Marudu
 
Pertama sekali syabas dan tahniah kepada pentadbir sekolah atas kepimpinan  En. Loindin Kunggu  (Guru Besar), En. Anthony Saimin (Penolong Kanan 1), En. Bissil Jamudar (Penolong Kanan HEM), Pn. Martina Muji (Penolong Kanan Kokum), semua guru, kakitangan bukan mengajar, Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) dan tidak lupa juga staff pembersihan sekolah atas kejayaan para pelajar UPSR 2010

Warga sekolah SK.Tagaroh amat berbangga dengan pencapaian para pelajar UPSR tahun 2010 ini kerana bukan setakat mencapai target iaitu mencapai 50% tetapi melepasi target dengan pencapaian sebanyak 71.22% bilangan lulus sebanyak 47 daripada 66 calon pelajar yang mengambil peperiksaan UPSR. Pencapaian ini sekaligus telah Mencipta Sejarah buat pertama kalinya. Untuk makluman, pencapaian tertinggi UPSR sebelum ini lebih kurang  40%  (Dimaklumkan nanti ketetapan maklumat). Analisa secara terperinci akan maklumkan dari semasa ke semasa. jangan ketinggalan maklumat dan terus melayari blog ini. Dijangka dalam masa terdekat ini, akan didedahkan pelbagai faktor kejayaan pelajar untuk perkongsian kita semua. Tahniah SK. Tagaroh. Memang kau buli ba...

1 comment:

  1. bagus kalo semua sekolah di sabah mencontohi SK.Tagaroh

    ReplyDelete