Wednesday, November 10, 2010

Kursus Pelaporan Kaunseling el4 Dan Sal4 Peringkat Negeri Sabah


Ringkas cerita kursus ini diadakan selama 2 hari iaitu pada 8-9 November 2010 bertempat di Billik KSPK, Kota Kinabalu, Sabah. Saya agak teruja apabila berjumpa dengan guru-guru kaunseling yang kelihatan gah mewakili daerah masing-masing di negeri Sabah. berbanding saya yang boleh dikatakan baru setahun jagung dalam kaunseling. Pada saya komitmen adalah tuntutan utama. Jurulatih yang diterbang khas dari Negeri Sembilan En. Norhisyam dan rakannya. Nama jolokan yang diberi oleh guru-guru kaunseling kepada En. Norhisyam ialah Jurulatih negara dan memang benar beliau adalah merupakan jurulatih utama di negara ini. Secara teori nampaknya pelaporan el4 dan sal4 mudah, tapi praktiknya susah terutama bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan komputer. Bagi saya, kursus ini memberi impak yang sangat besar dalam hidup saya. Secara asasnya setiap kursus yang dilaksanakan pastinya ada suatu pengalaman baru dan pengetahun baru. Dapatan dan informasi kursus tersebut, semua sekolah menengah dan rendah yang layak ada kaunselor, wajib membuat pelaporan . Kedua bagi guru yang telah membuat pelaporan sebelum pada 1 November 2010 dianggap tidak sah dan mesti membuat pelaporan semula di daerah masing-masing. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan jurulatih daerah masing-masng. Tahniah kepada pengurusan kaunseling di peringkat negeri khususnya Tuan Awang Mat Said dan Tuan Nawawi orang kuat kaunseling.

No comments:

Post a Comment