Thursday, November 18, 2010

Jasamu Tetap Dikenang

Cikgu Rosemariena
Kami warga SK.Tagaroh, merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada cikgu yang  telah menyumbang jasa bakti kepada SK. Tagaroh dan akan berpindah sekolah melibatkan pertukaran dalam negeri. Saya telah difahamkan bahawa beliau akan berpindah di negeri Selangor, tetapi belum pasti sekolah sebenar. Kami warga SK. Tagaroh memohon dan menyusun seribu kemaafan sekiranya kami bergurau tanpa sedar, kami telah melukakan hati cikgu.

Biodata guru yang dimaksudkan:


Nama                     : Cikgu Rosemariena Abdullah
Tarikh Lahir            : 18 September 1980
Tempat Lahir          : Machang, Kelantan
Anak                      : Ke-11 daripada 11 adik beradik
Pendidikan             : Ijazah Sarjana Muda dari UITM, Shah Alam
Lapor Diri              : SK. Tagaraoh 9 Januari 2009
Suami                    : Mohd Azrul
Tarikh Khawin        : 16 Ogos 2008
Sebab Pindah         : Ikut suami

Bagi warga SK. Tagaroh, terasa kehilangan besar atas perpindahan cikgu. Semoga di tempat yang baru, cikgu terus mencurahkan jasa bakti kepada para pelajar dan sesama rakan sejawat. Selamat jalan dan jangan lupa warga SK. Tagaroh, Kota Marudu. Cikgu tetap di hati kami.

1 comment:

  1. rindunya sama teacher riena....mau nangis oo..

    ReplyDelete