Thursday, November 25, 2010

Graduation SRA Goshen 2010

Year 6 ALPHA And OMEGA Graduation Of The Year 2010
 Front(LR)Alny,Annerianna,Annella,Ann Gladdy,Archer Boyd JR.,Aries C.,Brainy,Brighty,Bryan,Junard.
2ndRow(LR)CareReal,Amber,Cliff 

Romeo,Dess,EleazerAaron,Evandeth,Evy,Frednick,Hacche,Florita,Florence,Jessica.
3rdRow(LR)Marlena,OrraNalesa,Owen,Sebastian,Sherlee,Alvenson,Andrew,Thebanda,Sherywitha,Alzira,Cherylnita,Elwin,JR Steve.
4thRow(LR)Dyonne,Cory,Lady Sonia,Ora Gloria,Reshelia,Morgan,Marcillo,Bryan Reynold,Stanley,Emy.


Graduation SRA Goshen, telah diadakan pada 21 November 2010 di Dewan SMAG, Kota Marudu. Semua AJK tertinggi dan pastor SRA Goshen telah hadir dalam majlis itu Majlis itu dimulakan dengan ucapan oleh Pengerusi Ahli Lembaga oleh En. Jaisin Gopori, seterusnya Penganugerahan sijil kepada murid tamatan Tadika Advent Goshen.  Tadika juga turut membuat persembahan dengan empat buah lagu Bahasa Inggeris. 

Tribute to parents and teachers yang diwakili oleh adik David Roshan W Marudu(Tadika),adik Lovely Eve Solitin(Tadika), adik Alny Leora Ulik(Primary 6) dan adik Hacche Rajius(Primary 6). Seterusnya penganugerahan sijil  tamatan kepada para pelajar Tahun 6 yang disempurnakan oleh ahli lembaga SRA Goshen. Para pelajar Tahun 6 turut bersalaman dengan ahli lembaga sebagai tanda ucapan terima kasih. Para pelajar Tahun 6 juga turut bergambar dengan ibu bapa masing-masing dan semua ahli lembaga sekolah. 

Seterusnya adalah penganugerahan kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan penggal akhir 2010. Antara penerimanya ialah Alny Leora Ulik Tahun 6, Saintly Gracious Simpul Tahun 5, Elizea Onetty Jeson Tahun 4, seterusnya penganugerahan untuk Tahun 1 - 3. Tadika pula turut diungguli sebagai pelajar cemerlang iaitu D'vince Mark Marudu dan Ruth Jay Sharmie. 

Setelah acara panganugerahan sijil cemerlang,para pelajar Tahun 6 membuat persembahan Instrumental yang dipimpin oleh adik Sherlee Mariann Mujin sebagai conducter, manakala adik Alny Leora sebagai pemain piano. Sementara pelajar lain pula bermain gitar,  kastanet, rekoder, violin, melodion, kayu tik tok, sleigh bells dan triangles bells.  

Seterusnya penganugerahan dalam bidang kokurikulum, nilam dan seterusnya kepuutusan peperiksaan UPSR 2010. Tahniah kepada  para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang. Akhir sekali, doa pemberkatan penutupan di sempurnakan oleh pastor SDA dari Sumbilingon. Para pelajar Tahun 6 membuat perarakan turun dari atas pentas dan diikuti oleh semua ahli lembaga termasuk pengerusi PIBG dan guru-guru SRA Goshen. Tahniah kepada semua guru yang mendidik kasih semua pelajar khususnya pelajar tamatan Tahun 6, 2010.

Bagi mereka yang kurang berjaya, jangan berputus asas dan terus mencuba. Ukuran kejayaan atau kegagalan anda dalam UPSR bukanlah penamat untuk segala-galanya tetapi ia merupakan permulaan untuk anda naik tangga seterusnya. Nasihat saya kepada adik-adik termasuk anak saya, supaya jangan cepat berputus asa atau cepat berpuas hati kerana selagi anda bergelar pelajar, selagi itulah anda harus belajar. Bagaimana anda pasti, anda mahu ke mana? jawapan yang saya selalu kongsikan kepada para pelajar iaitu; Membaca buku, menggunakan pengalaman gagal atau berjaya untuk menjawab persoalan, dan bertanya dengan orang. Maka saya pasti anda akan tahu anda mahu ke mana.

No comments:

Post a Comment