Wednesday, November 17, 2010

Wanita Oh Wanita

Jika NAIK adalah tujuan perjalanan kerjaya dan kehidupan kita,  marilah kita renungkan beberapa ayat sederhana berikut ini:

Sesungguhnya setiap jiwa menua untuk sesuatu. Ada yang menua untuk menjadi pribadi yang bernilai, dan ada yang menua untuk menyesalkan usia muda yang telah disia-siakannya. Tidak ada kerjaya dan kehidupan yang berjalan datar. Jika kita tidak sedang dalam perjalanan naik, kita pasti sedang dalam perjalanan turun. Memang itu tidak baik didengar, tetapi akan lebih tidak baik lagi masa depan kita jika kita tidak menjadikan diri ini lebih tabah, lebih bersungguh-sungguh, dan lebih berani.

Marilah kita perhatikan, bahawa Semua nasihat bagi kebaikan kita, selalu sederhana. Tetapi yang tidak sederhana adalah pelaksanaannya. Karena, Kesulitan dalam memperbaiki sesuatu, sangat ditentukan oleh besarnya kerosakan yang kita sebabkan sebelumnya. Jika pengabaian kehidupan yang kita lakukan sebelum hari ini besar, maka kesungguhan yang dituntut dari kita untuk memperbaiki diri tidak mungkin kecil.

Maka, Jika kita TIDAK sedang membaikkan kehidupan, setidaknya kita TIDAK  mempersulit diri sendiri. Jika ada orang yang hanya terkesan oleh nasihat yang panjang dan pelik, dia pasti orang yang tindakannya sederhana iaitu mengabaikan nasihat.  Maka, temukanlah nasihat-nasihat kebaikan yang sederhana, agar sederhana juga bagi Anda untuk menyegerakan tindakan untuk memulai.

Semakin panjang perjalanan Anda, harus semakin segera Anda memulainya. Dalam perjalanan naik itulah, kita menguatkan diri kita untuk setia kepada hal-hal yang benar dan yang menaikkan.  Jika kita sulit menemukan titik berangkat untuk mencapai impian kehidupan kita, gunakanlah WANITA sebagai landasan luncur menuju kerjaya dan kehidupan Anda.

Muliakanlah wanita dalam kehidupan Anda. Ibunda Anda, anak wanita Anda, saudara wanita Anda, nenek Anda, guru wanita Anda, dan semua wanita di dunia. Ingatlah, bahawa Tidak ada lelaki yang lebih hebat, yang disyukuri dan dirindukan kehadirannya oleh wanita,  selain lelaki yang menjatuhkan semua bawaannya dan meninggalkan semua kesenangan peribadinya untuk menggembirakan wanitanya.

No comments:

Post a Comment