Saturday, November 20, 2010

Kekuatan Fikiran

Ada ungkapan, "You are what you think", Anda adalah apa yang Anda fikirkan.  Ungkapan itu menunjukkan bahawa peribadi kita ketika ini merupakan hasil fikiran kita di masa lalu. Mungkin kita tak menyedarinya atau berusaha menghindarinya tetapi karena fikiran itu begitu kuat, perlahan-lahan kita terbawa arusnya juga. 

Fikiran merupakan pemandu masa depan kita. Sehingga ada yang mengungkapkan, jika kita memikirkan sesuatu dengan kuat dan berulang-ulang, alam dengan sendirinya akan memilihkan cara setiap saat sehingga kita semakin dekat dengan apa yang kita fikirkan tak peduli apakah fikiran itu positif atau negatif.

Seorang anak yang sejak kecil diingatkan bahawa menjadi orang baik itu mulia, dalam setiap langkahnya ia akan menemukan jalan untuk menjadi orang baik. Jika ia diajarkan untuk berani, setelah dewasa ia akan jadi orang yang berani. Begitu pun juga, jika ia selalu diancam oleh sesuatu hal, setelah dewasa ia akan jadi penakut. Malam yang gelap seolah menjadi ancaman yang siap menyergapnya. Siang yang terang seolah selalu siap membakarnya. Walhal semua itu hanya ada dalam fikirannya sahaja. Begitulah kuatnya suatu fikiran.

No comments:

Post a Comment