Wednesday, November 17, 2010

Konvokesyen Prasekolah Peringkat Zon, Kota Marudu 2010


Konvokseyen Prasekolah Peringkat Zon, Kota Marudu

Konvokesyen Prasekolah Peringkat Zon, Kota Marudu telah berjaya diadakan pada 16 November 2010 di Dewan Komuniti, Kota Marudu. Majlis berlangsung dengan lancar. Majlis diceriakan dengan kehadiran En. Jairon Maiba selaku Penyelaras Prasekolah, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu. Beliau turut berucap pada majlis itu, antara perkara yang disentuh ialah peranan dan tanggungjawab guru-guru prasekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat. Sebaik ucapan beliau selesai, majlis penganugerahan kepada para graduan murid-murid prasekolah dilangsungkan. 

Penerima sijil yang disampaikan oleh En. Jairon Maiba selaku Pegawai Penyelaras Prasekolah didahului oleh murid-murid Prasekolah SK. Tagaroh, diikuti oleh Prasekolah SK. Lampada, SK. Mosolog, SK. Teritipan, SK. Timbang Batu, SK. Bintasan, SK. Ongkilan, SK. Langkon, SK. Simpangan, SK. Talantang, SK. Bengkongan dan terakhir SK. Kota Marudu. Saya telah mengambil semua gambar ketika murid-murid prasekolah menerima sijil. Kepada guru-guru prasekolah dan ibu bapa, sila berhubung dengan saya berkaitan dengan gambar. Tawaran istimewa AF RM 6.00 siap laminiting. 4R RM 1.50. Anda tidak akan dapat tawaran serendah ini. Jangan lepas peluang ini. Tawaran istimewa ini bermula sekarang sehingga 20 November 2010. Selepas itu, harga bukan lagi seperti yang dipaparkan.

Walaubagaimana pun, guru-guru prasekolah dan juga pegawai penyelaras turut kecewa dan berang  dengan pengurusan sewaan dewan komuniti, Kota Marudu yang nampaknya menafikan hak pelanggan dan tidak memenuhi standard sewaan sebenar. Dalam permohonan surat kepada majlis daerah, dewan komuniti disewa bermula awal pagi dan berakhir pada jam 3 petang. Apa yang berlaku ialah sekitar jam 12.00 tengahari semua aircone dewan telah ditutup sedangkan guru-guru masih lagi makan ketika itu. Sudahlah begitu, guru-guru diarah menyusun kerusi, menyapu lantai dan membersihkan kawasan luar dewan. Apakah sebenarnya piagam sewaan dewan komuniti, sedangkan guru-guru prasekolah telah menyewa dewan sebanyak RM 1,000.00. Setahu saya, dengan sewaan begitu tinggi, semua pengurusan termasuk menyusun kerusi, membersihkan dewan dilakukan oleh pengurusan dewan komuniti. Pelik bin ajaib...Kita sama-sama renungkan.

No comments:

Post a Comment