Monday, November 29, 2010

Anak Anjing

Anak Anjing Pun Tahu Menghargai Binatang Lain
Sebuah kedai haiwan peliharaan (pet store) memasang papan iklan yang menaik bagi anak-anak kecil, "Dijual Anak Anjing". Seorang anak lelaki datang, masuk ke dalam kedai dan bertanya "Berapa harga anak anjing yang pekedai jual itu?" Pemilik kedai itu menjawab,"Harganya berkisar antara 30-50 Dollar." Anak lelaki itu lalu menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan beberapa keping wang, "Aku hanya mempunyai 2,37 Dollar, bolehkah aku melihat-lihat anak anjing yang kamu jual itu?" Pemilik kedai itu tersenyum. Ia lalu bersiul memanggil anjing-anjingnya.

Tak lama dari kandang anjing muncullah anjingnya yang bernama Lady yang diikuti oleh lima ekor anak anjing. Mereka berlari-larian di sepanjang lorong kedai. Tetapi, ada satu anak anjing yang kelihatan berlari tertinggal paling belakang. Si anak lelaki itu menunjuk pada anak anjing yang paling terbelakang dan kelihatan cacat itu. Budak lelaki itu bertanya, "Kenapa dengan anak anjing itu?" Pemilik kedai menjelaskan bahawa ketika dilahirkan anak anjing itu mempunyai kelainan di pinggangnya, dan akan menderita cacat seumur hidupnya. 

Anak lelaki itu kelihatan sangat gembira dan berkata, "Aku beli anak anjing yang cacat itu." Pemilik kedai itu menjawab, "Jangan, jangan beli anak anjing yang cacat itu. Tapi jika kau ingin memilikinya, aku akan berikan anak anjing itu padamu."Anak lelaki itu jadi keciwa. Ia menatap pemilik kedai itu dan berkata, "Aku tak mahu kamu memberikan anak anjing itu percuma padaku. Meski pun cacat anak anjing itu tetap mempunyai harga yang sama sebagaimana anak anjing yang lain. Aku akan bayar penuh harga anak anjing itu. Ketika ini aku hanya mempunyai 2,35 Dollar. Tetapi setiap hari akan akan membayar secara ansuran 0,5 Dollar sampai habis harga anak anjing itu." Tetapi taukeh kedai itu menolak, "Nak, kamu jangan membeli anak anjing ini. Dia tidak boleh lari cepat. Dia tidak boleh melompat dan bermain sebagaimana anak anjing lainnya."

Anak lelaki itu terdiam lalu ia melepas dan menarik hujung seluarnya panjangnya. Dari balik seluar itu ternampak sepasang kaki yang cacat. Ia menatap pemilik kedai itu dan berkata, "Tuan, aku pun tidak boleh berlari dengan cepat. Aku pun tidak boleh melompat-lompat dan bermain-main sebagaimana anak lelaki lain. Oleh karena itu aku tahu, bahawa anak anjing itu memerlukan seseorang yang mahu mengerti penderitaannya."

Kini pemilik kedai itu menggigit bibirnya. Air mata menitis dari sudut matanya. Ia tersenyum dan berkata, "Aku akan berdoa setiap hari agar anak-anak anjing ini mempunyai majikan sebaik engkau."

Renungkan: Bahkan mereka yang cacat pun mempunyai nilai yang sama dengan mereka yang normal. Bagaimana dengan anda?

1 comment: