Thursday, November 11, 2010

Harga Sebuah Senyuman

Harga Sebuah Senyuman
Bangsa Malaysia dikenali sebagai salah satu bangsa yang mudah tersenyum walaupun banyak di antaranya yang masih hidup di bawah garis kemiskinan.Senyuman dapat diberikan oleh setiap orang termasuk orang tua,muda,pria wanita,miskin kaya,berpendidikan tinggi dan sebagainya.

 Pada suatu ketika,di tempat yang kebanyakan penduduknya hidup mewah telah dihebohkan dengan ditemukannya sesosok mayat yag mati akibat bunuh diri.Dekat mayat ditemukan selembar kertas berisi tulisan yang berbunyi demikian,"Jika pada hari ini aku menemukan seseorang yang mahu tersenyum kepadaku,maka aku tidak akan bunuh diri".

 Tulisan ini memang tidak bermakna lagi karena penulisnya telah meninggal dunia tetapi tulisannya yang ditinggalkan menjadi sebuah mesej yanh telah menimbulkan penyesalan dalam hati bagi penduduk di daerah itu.Apakan daya,semuanya sudah terlambat.Namun yang patut dipertanyakan adalah:"Mengapakah tidak ada seorang pun yang mahu tersenyum kepadanya?"

 Marilah kita pancarkan kegembiraan yang ada  dalam hati kita melalui senyuman yang tulus dan memberkati orang lain karena kasih Tuhan yang bekerja di dalam hidup kita.Jangan biarkan sedikit pun kekhuatiran dan ketakutan merebut kegembiraan kita sehingga kita tidak dapat tersenyum.Serahkanlah semua masalah yang sedang anda hadapi. Dia sanggup untuk menolong anda. KuasaNya tidak pernah berubah.

Kita imbas kembali cerita Ayub bahawa senyumannya telah memberkati mereka yang putus asa kerana pelbagai masalah kehidupan. Senyuman disertai ketulusan bagaikan setitis air yang sejuk di padang guru. Oleh itu, jadilah berkat Tuhan lewat senyuman anda. Siapa tahu, anda telah menyelamatkan jiwa seseorang lewat senyuman yang anda berikan kepadanya.

1 comment: