Wednesday, November 10, 2010

UBK SK Tagaroh Melakar Sejarah Sendiri Dengan Usaha En Ulik Membina Laman Web Dengan Bimbingan Kaunselor SMK Langkon

En. Ulik sedang tekun membuat blog spot UBK selepas mendapat tunjuk ajar dari Kaunselor SMk Langkon
 
UBK SK Tagaroh komited dalam memperkasakan perkhidmatan UBK bukan sahaja di sekolah malah di peringkat yang lebih tinggi lagi. Semua ini penting dalam menjana modal insan di peringkat sekolah rendah lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya. Untuk ini, Ketua Unit UBK sekolah iaitu, En. Ulik Likud membuat inisiatif untuk membina laman web UBK sekolah dengan mendapatkan bantuan kepakaran Kaunselor dari SMK Langkon iaitu Cr. Stanley T. Missun. Dalam sesi membuat blog, En. Ulik telah mempelajari cara - cara memilih  "template" yang sesuai dan dihiasi oleh "widget" yang berkaitan. Dengan itu, semua kaunselor sekitar Kota Marudu dalam membina laman web UBK sekolah agar blog ini boleh menjadi wadah penyampaian maklumat secara terus dalam kalangan kaunselor dan klien (murid & pelajar).

No comments:

Post a Comment