Thursday, November 11, 2010

Prioriti Dalam Hidup

  Dalam kehidupan ini, kita sering melupakan apa sebenarnya yang terpenting dalam hidup. Kita selalu bermati-matian mencari wang atau harta. Selalu kita berusaha habis-habisan. Bahkan mengorbankan kesihatan kita. Sampai pada suatu titik di mana kita jatuh sakit. Ketika kita sakit, saat badan kita terasa sakit semua, tulang rasanya ngilu, segalanya tidak ada yang seronok, maka kita tiba-tiba baru kita sedar. Berapapun banyaknya wang yang kita dapat, tetap kesihatan itu adalah hal yang sangat penting dalam hidup ini. Sering kerana kesibukan bisnes kita – kerana kemahuan keras kita mencari wang – kita melupakan kesihatan kita.  
Saat sakit, kita menyedari bahawa ketika sedang sihat, kita tidak pernah menghargai kesihatan kita sendiri. Waktu kita sakit, barulah kita menyedari bahagianya kalau menjadi orang yang sihat. Ada sebuah cerita tentang seorang manager yang bekerja habis-habisan. Sehingga suatu ketika umur 45 tahun dia melakukan check-up di Singapore. Dan ternyata  jantungnya mengalami penutupan. Harus dilakukan pembedahan ‘by-pass’ pada dengan segera demi kebaikannya. Ketika dia masuk ke ruang pembedahan, barulah manager itu sedar. Dia merasa yang paling  penting di dalam hidup ini ternyata bukan hanya wang semata-mata. Dia merasa tiba-tiba saja mengalami perubahan dalam hidupnya.
Dengan cerita ini tidak bererti saya berkata wang itu tidak penting. Wang itu penting. Kerja keras itu penting. Bekerja habis-habisan itu penting. Tapi kesihatan kita juga penting. Kadang-kadang kita perlu berdiam sejenak untuk merenungkan kembali keutamaan hidup kita. Mungkin ada orang yang bekerja bermati-matian, tiba-tiba terkejut ketika mengetahui bahawa anaknya menagih dadah, kerana kurangnya perhatian darinya selaku orang tua. Dia baru sedar bahawa dia tidak meluangkan waktu untuk memperhatikan anaknya. Dalam kehidupan, kita harus memikirkan keutamaan dalam hidup kita. Kita tidak mungkin berharap semuanya baik. Semuanya sempurna. Tidak boleh. Kita harus membahagikan berapa % waktu dan tenaga kita untuk mencari wang. Berapa % untuk keluarga, berapa % untuk kesihatan kita, berapa % untuk kehidupan sosial dan lainnya. Kerana hidup ini adalah merupakan sebuah pilihan.
Kata-kata sebenarnya sangat ‘powerful’ kerana Tuhan sendiri mengatakan bahawa firman (firman adalah kata-kata) itu adalah pelita bagi jalan kita jangan sekali-kali kita anggap remeh betapa hebatnya kata-kata yang keluar dari mulut kita. Mulai hari ini sedarlah dan katakanlah hanya sesuatu yang baik dan sopan dan mengajak orang berusaha memperbaiki kehidupannya.
Seperti kata-kata di atas, membuat kita sedar bahawa kita selalunya menginginkan sesuatu yang kita tidak ada dan betapa kurangnya kita menghargai yang ada pada kita. Ingat! KEINGINAN itu hanya pada benda yang BELUM kita dapat. Bila kita sudah mendapatkan apa yang kita inginkan, kita tidak akan mengingini nya lagi. Maka untuk berbahagia INGINLAH pada benda-benda yang sudah kita ada maka anda tidak akan bersedih untuk menginginkan apa yang kita tidak miliki.

No comments:

Post a Comment