Tuesday, November 30, 2010

Telur Dan Belon


Telur Dan Belon
Telur dan belon adalah dua hal yang tidak asing dalam kehidupan manusia. Dari muda sampai tua, lelaki atau pun wanita pasti mengenal keduanya. Namun, siapa yang mengetahui bahawa telur dan belon boleh digunakan sebagai bahan refleksi kehidupan kita sehari-hari?

Tahukah Anda bahawa telur dan belon walaupun memiliki bentuk yang sama, tetapi ada perbezaan tajam antara keduanya? Belon kelihatannya indah dan menarik, coraknya meriah dan berwarna-warni, lincah dan riang bergerak kesana-kemari. Namun, itu hanya penampilan dari luar saja, sedangkan di dalamnya kosong. Hanya angin. Berbeza dengan telur, dari luar memang tidak semenarik dan secantik belon, tetapi di dalamnya terkandung potensi kehidupan.

Perbandingan di atas mengingatkan kita bahawa ternyata penampilan yang di dalam lebih penting daripada yang di luar. Kebenarannya, Tuhan memang lebih tertarik pada kualiti hati dan karakter kita, daripada memperhatikan luaran kita. Namun, ini bukan bermakna bahawa kita tidak perlu berpenampilan menarik di luar. Apa lagi apabila pekerjaan kita berhubungan dengan orang ramai. Banyak mata yang melihat kita. Bila  seorang penjual lalu memakai pakaian yang tidak diseterika, tidak harum, anda boleh bayangkan bagaimana respon pembeli? Apakah pelanggan akan respek dan tertarik untuk membeli produk atau jasa anda? Saya rasa tidak.

Oleh karena itu, hendaklah penampilan di dalam hati kita berpadanan dengan yang di luar. Bila karakter dan sikap kita baik, bukankah akan lebih baik lagi dan sempurna, jika kita juga memiliki penampilan luar yang baik? Saya percaya apabila yang luar dan dalam sudah excellent, kita akan disukai tidak hanya oleh Tuhan tetapi juga manusia.

Kecantikan hati diikuti dengan penampilan luaran yang menarik, merupakan kelebihan dan kemampuan mengangkat kehidupan anda jauh lebih baik daripada orang yang tidak berpenampilan baik.

1 comment: