Friday, November 19, 2010

Selamat Bercuti Buat Warga SK. Tagaroh

Memori 2010
Cikgu-cikgu yang dihormati, hari ini 19 November 2010 (Jumaat) adalah hari terakhir persekolahan bagi SK. Tagaroh. Guru-guru, KTBM dan murid-murid khususnya tahap 2 telah mengadakan gotong-royong singkat. Saya masih sempat melawat prasekolah, dimana guru dan pembantunya sibuk mengemas peralatan P&P bagi persiapan banjir akhir tahun ini. Bukan diminta tapi mana la tahu kan?

Bagi guru-guru pulang merentasi lautan, khususnya bagi guru Semenanjung dan dan Sarawak, berhati-hati dan jaga keselamatan. Bah kata pepatah maut tidak pernah diundang. Apa pun sebenarnya boleh diminimumkan jika kita waspada selalu. Bagi guru-guru Sabah, ya cuti itu, cuti juga tapi janganlah kita alfa dan terus berwaspada bukan sahaja berkaitan keselamatan diri kita, keluarga, tetapi juga kes-kes seperti penipuan memang ada di mana-mana. Terserahlah kepada kita untuk menggunakan minda kita sebaik mungkin agar kita senentiasa berada pada landasan yang betul. Kita masih ingat amanat daripada guru besar, rancangan mengajar kena sediakan selengkapnya sebelum sesi pembelajaran 2011. He..he...

SELAMAT BERCUTI DAN JUMPA LAGI 2011 !!

No comments:

Post a Comment