Friday, November 12, 2010

Dengarlah Untuk Mengerti, Lalu Bercakaplah Dengan Kasih

Seorang budak lelaki dan ayah tirinya mempunyai masalah bercakap dengan satu sama lain. Lelaki dewasa itu suka bercakap, lelaki muda itu pendiam. Orang dewasa itu suka menangkap ikan, yang muda itu suka membaca. Ayah tiri itu membawa budak lelaki tersebut pergi menangkap ikan kerana ingin lebih akrab dengan dia. Budak lelaki itu benci menangkap ikan tetapi dia tidak tahu caranya memberitahu ayah tirinya dengan berterus-terang. Oleh itu, dia menulis sepucuk nota yang menyatakan keinginannya pulang. Lelaki dewasa itu melihat nota tersebut dan memasukkannya di dalam saku. 


Masa menangkap ikan itu berterusan sehingga 4 hari lagi. Apabila mereka akhirnya pulang. budak lelaki itu mengongsikan kekecewaannya dengan ibunya, dan memberitahunya bahawa ayah tirinya tidak memperhatikan notanya. Ibu budak itu berkata, "Anak, ayahmu itu buta huruf." Lelaki dewasa itu tidak pernah memberitahu budak itu hal tersebut. Komunikasi yang baik berlaku bukan sahaja semasa kita tahu apa yang ingin kita katakan, tetapi juga apabila kita mengenal orang yang mendengar kata-kata kita. Untuk saling mengenal, kita harus rela membiarkan orang lain mengetahui kelemahan dan keterbatasan kita. Kita perlu mengatakan kebenaran yang kita rasakan dengan memperhatikan pendengar dengan sebaiknya; Kerana kebenaran dan kasih mesti cuba memahaminya apa perasaan dan ketakutan orang lain.  -D. De Haan

No comments:

Post a Comment