Wednesday, December 1, 2010

Sejarah Hidup Saya

Pendidkan Awal               : SK. Sarang, Kota Belud
Sekolah Menengah           : SMK Taun Gusi, Kota Belud (Tingkatan 1-3  1985 -1987)
Sekolah Menengah           : SMK Tenghilan, Tamparuli (Tingkatan 4 - 5 1988 - 1989)
Maktab                            : Maktab Perguruan Kent, Tuaran Sabah - 1991 - 1993
Posting Pertama                : SK. Dandun Pitas pada 01.12.1993 - 01.07.2002
Guru Besar                       : En. Jamal Seginggut (Asal Kampung Timbua Ranau)    
                                         :En. Dusi Gunting (Memangku Guru Besar) Asal Kampung Kelawat, Kot Belud
                                         :En. Sairun Utoh (memangku Guru Besar) Asal Kampung Telaga, Pitas
                                         :En. Harun Bin Durabi - Asal Kampung Rosob Pitas
Berpindah Sekolah           : Ke SK. Timbang Batu, Kota Marudu 01.07.2002 - 01.02.2010
Guru Besar                       : En. Jubili Intang - Berasal dari Ranau
Berpindah Sekolah           : Ke SK. Tagaroh, Kota Marudu pada 01.02.2010 sehingga kini. Perpindahan atas keperluan perkhidmatan.
Guru Besar                      : En. Loindin Kunggu - Asal Kota Marudu


Maktab 1991-1993 - Sedang Menerima Sijil Daripada YB. En. Sapawi


Opsyen di Maktab Kent, Tuaran ialah PSR PRA/PM. Angkatan kami juga merupakan sejarah bagi pendidikan di mana pertama kali kementeriaan Pendidikan pada ketika itu mengambil opsyen Prasekolah. Boleh dikatakan angkatan kami adalah perintis bagi pengambilan seterusnya.Maktab-Maktab lain juga terlibat dengan pengambilan opsyen ini sekurang-kurangnya 2 kelas.

Konvokesyen Tahun 2006 Di UPM - Opsyen Bimbingan Dan Kaunseling
Setiap orang mempunyai sejarah tersendiri. Saya dengan penuh rasa kesedaran bahawa apabila saya memaparkan kisah ini bukan kerana minta dipuji kerana anda tahu hati saya seperti mana beberapa motivasi  yang saya telah kongsi dengan anda. Apa yang boleh saya katakan bahawa ini cuma pernyataan diri  untuk saya renungkan  dan belajar daripada apa yang seharusnya saya belajar. Saya telah memulakan perjalanan ke universiti dengan pelbagai cabaran. Cabaran utama pada ketika itu bukan soal komitmen tetapi WANG. Orang kata wang bukan segala-galanya tetapi wang juga penting untuk kita mengurus kehidupan. Justeru pada tahun 2001 saya telah mendaftar sebagai pelajar PJJ di Universiti Putra Malaysia di mana UPM telah memudahkan dengan membuka pendaftaran masuk di Hotel (tak ingat tapi bersambung dengan Wawasan Plaza Kota Kinabalu). Saya telah melangkah kaki tanpa melihat berapa wang yang ada dalam poket kerana perkara utama ketika itu adalah komitmen. 

Memang apa yang dijangkakan betul, segala-galanya berurusan berkaitan duit ketika itu. Syukur juga masih ada peluang menangguhkan pembayaran tetapi masih bertempoh. Apa yang saya ingin kongsikan dengan anda ialah kata peribahasa di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kalau kita tidak mahu, nampak semua jalan tertutup, tetapi selagi kita mahu jalan senentiasa terbuka. Tekad dan niat setinggi gunung, saya telah memohon balas kasihan daripada Yayasan Sabah dalam bentuk pinjaman dan syukur semua berjalan dengan lancar. Kepada anda semua, saya pasti anda juga mempunyai perjalanan dan cabaran hidup, mugkin tidak sama tapi konsep cabaran masih sama. 

No comments:

Post a Comment