Saturday, December 4, 2010

Tempatkanlah Kemarahan Di Tempat Yang Betul

Gambar Hiasan Sahaja
Pada 02 Disember 21010, jam lebih kurang 10 pagi saya telah bertolak dari Kota Marudu ke Kota Kinbalau. Dalam perjalanan antara Puspakom Kota Marudu dengan Jalan simpang masuk ke SK. Tagaroh, pekerja JKR sedang menggaris jalan di sebelah kiri tempat pemanduan saya. Pekerja JKR itu cukup memberikan isyarat dengan meletakkan kon di kiri dan kanan  jalan sebagai tanda berhati-hati dan memperlahankan kenderaan. Saya cukup mengamalkan pemanduan berhemat. Tak kala saya memperlahankan kenderaan dan memasang signal untuk masuk jalan sebelah kanan, pemandu kenderaan di hadapan  (MYvi) bukan sahaja tidak melihat tanda isyarat yang diletakkan, bahkan menambahkan kelajuan sekurang-kurangnya agakan saya 110 kilometer sejam. Saya terpaksa masuk semula ke lorong saya. Para pekerja JKR juga menggeleng kepala sebagai tanda protes kepada pemandu kenderaan tadi.

Saya tersentak beberapa ketika, saya bunyikan hon yang saya fikir cukup kuat, mujur pekerja yang ada di hadapan itu faham bahawa yang saya marah itu adalah pemandu tadi. tapi anak-anak saya dan isteri kata biasalah orang kaya, kata-kata itu membuat saya semakin marah. Saya kata dengan mereka, "kenapa orang kaya sahaja yang bayar road tax, kita tidak bayar road tax?, atau adakah Tuhan beri HAK hidup untuk orang kaya sahaja" itulah antara kata-kata yang keluar dari mulut saya. 

Sahabat, dalam perkongsian saya dengan anda beberapa waktu yang lalu, ya semua inspirasi, tapi dalam masa yang sama saya mahu kongsikan bahawa kemarahan perlu ditempatkan di tempat yang betul. Kemarahan kita Tuhan izinkan apabila perbuatan orang lain dengan sengaja boleh mengundang bahaya kepada orang lain. Sahabat, kiranya perkongsian emosi ini anda dapat telusuri dan hayati dan akhirnya anda sendiri akan membuat rumusan. 

No comments:

Post a Comment