Monday, December 13, 2010

Liu Wei, Tanpa Tangan di China’s Got Talent

Liu Wei Tanpa Tangan Bermain Piano
Seorang pemuda melompat dengan sebelah kaki mengkagumkan ribuan orang sebaik selesai permainan pianonya yang menakjubkan. Dia sangat mahir, dia memainkan tuts-tuts piano dengan kedua ibu jari kakinya!. Artikel ini menurut saya sangat inspiratif dan boleh memotivasi sahabat semua yang memiliki kelebihan dalam hal fizikal untuk tidak berputus asa dan selalu bersyukur atas pemberian Tuhan yang telah dilimpahkan kepadanya dan anda semua.

Pemuda itu bernama Liu Wei (23 tahun). Walau pun tidak memiliki tangan, ia boleh melakukan persembahan memukau di depan ribuan penonton acara “China’s Got Talent” di Shanghai Grand Theatre. Jari-jari kakinya, Liu berjaya membawakan karya klasik milik pianio ternama asal Prancis, Richard Clayderman, yakni “Mariage D’amour”. Selesai permainan piano Liu yang luar biasa itu, seluruh juri dan para penonton memberikan standing ovation pada pemuda cacat tersebut. Dia pun dinyatakan maju ke babak selanjutnya.

Dua Pilihan
Liu kehilangan dua tangannya dalam sebuah kemalangan ketika dirinya berumur 10 tahun. Dalam kemalangan itu, Liu menyentuh kabel elektrik berkuasa tinggi ketka sedang bermain bersama kawan-kawanya, lalu Ia langsung jatuh pengsan.

Sesudah masa kritikal 45 hari, Liu sedar kedua tangannya telah hilang; kerana harus dipotong. Ia menangis sedih. Jangankan mengejar mimpi menjadi pemuzik profesional dan produser muzik ternama, makan pun ia susah bagaimana caranya! Orangtua adalah pihak pertama yang menyedarkannya. Mereka kata, Liu harus segera bangun dan meneruskan  kehidupan. Ketika itu, mereka boleh membantu semua keperluan Liu. Namun bagaimana nasib Liu jika mereka sudah tiada? “Kamu tidak berbeza dengan orang lain,” kata ibunya berulang kali. “Kamu hanya menggunakan kakimu sebagai pengganti tangan.” Ibunya juga tidak pernah  berharap Liu menjadi orang sukses, tetapi hanya Ia ingin melihat  putera tersayangnya itu hidup bahagia dan sihat lahir batin. Walau pun “hancur”, fikiran Liu segera terbuka. “Saya sedar, untuk orang seperti saya, cuma ada dua pilihan. Pertama, melupakan semua impian yang akhirnya akan mengakibatkan kematian sia-sia dan cepat. Pilihan lainnya, berjuang tanpa tangan untuk menjalani kehidupan yang lebih baik,” demikian kata Liu.

ketika berumur 19 tahun, Liu memutuskan untuk tetap mengejar impiannya menjadi produser dan pemuzik profesional, serta menjalani kehidupan yang lebih baik. Secara diam-diam dia belajar piano. “tidak ada teori kalau piano itu hanya boleh dimainkan dengan tangan,” katanya. Tapi … “Berat sekali. bosan, kaku, kram, sudah menjadi biasa,” cerita Liu kepada para juri China’s Got Talent. “Tetapi dalam pandanganku, kalau kamu memang mahu atau mempunyai keinginan, ya terima dan lakukan saja (semua perjuangan itu).”

Sayang, guru piano pertamanya menyerah dan berhenti. Alasannya, mustahil bagi seseorang memainkan piano dengan jari-jari kaki. Memang, ada bahagian-bahagian nada yang tak boleh dimainkan kerana Liu tak boleh menekan tuts-tuts tertentu.

Liu pantang menyerah dan akhirnya dia boleh mengembangkan gaya permainan tersendiri dengan jari-jari kakinya. Ketika ini, ia ikut “China’s Got Talent” Saya berpendapat, kita harus bermimpi dan berupaya mengejar sukses yang diharapkan,” demikian alasan Liu. “Secara peribadi, saya ingin membuat orangtua bangga.”

Kini, Liu mengaku hidup bahagia. kita boleh setuju dengan pendapat salah satu juri China’s Got Talent, “Melalui muzik indah yang telah dimainkan oleh Liu Wei, kita disedarkan untuk bersyukur dan tidak mengeluh” sebab, hidup itu indah!

No comments:

Post a Comment