Tuesday, December 21, 2010

Ketetapan Hati


Ketetapan Hati
Bertahun-tahun yang silam, ada seorang pemuda dari bandar,  berbekal pendidikan tahun 6 pun tidak tamat, dia mencuba mengadu nasib di bandar besar, setiba di bandar  dia mendapat pekerjaan sebagai seorang penjual di sebuah syarikat sabun.

Ketika itu, filem-filem action kungfu dari Hongkong dan Taiwan sedang rancak masuk ke negaranya. Dia merasa mempunyai bekal ilmu kungfu, body menawan dan wajah yang menarik. Pemuda itu pun mempunyai impian dan bertekad, ingin menjadi seorang bintang filem laga di bandar besar itu. Pengorbanan yang tidak berfikir panjang dilakukan dengan meletakkan jawatan daripada pekerjaannya. Namun sayang, nasib baik belum memihak kepadanya, kenyataan tidak seindah impian, kegagalan pun harus ikhlas diterimanya.

Waktu terus berjalan,  kegagalan yang lalu tidak melemahkan langkahnya. Impian menjadi bintang filem tambah kuat, bahkan fokus lebih besar dibina, yakni ingin menjadi bintang filem kungfu di Hongkong, persiapan dilakukan dengan lebih baik, Dari latihan fizikal lebih keras dan doa juga mengiringi surat lamaran dengan foto-foto action yang di kirim ke syarikat Eterna Filem di Hongkong.

Tidak beberapa lama kemudian, surat balasan datang, memberitahu bahawa ia diterima menjadi bintang filem di Hongkong. "Ya Tuhaaann... impianku jadi kenyataan!" teriaknya kegembiraan. Berita gembira itu pun tersebar. Segala persiapan dia lakukan. Ketika menikmati kegembiraannya, tiba-tiba sebuah surat datang kembali. Beritanya sungguh menyedihkan. Akibat cuaca buruk yang berpanjangan, terpaksa shuting filem telah ditunda sampai batas waktu tidak ditentukan. Perasaan sedih spontan menyelimutinya, tubuhnya lemas, longlai kerana tidak ada kepastian bila akan berangkat. Kegembiraan juga langsung berubah menjadi kemuraman. "Apakah ini petanda memang aku tidak ditakdirkan jadi bintang filem di Hongkong?" Keluhnya dalam hati.  Batin pemuda itu terus bergolak, antara tetap bertahan dengan impian besarnya untuk jadi bintang filem atau menyerah.

Perasaan pemuda itu tidak menentu. Fikirannya kusut. Tarikan kuat di hatinya untuk terus bertahan bertarung sangat keras dengan godaan untuk menyerah. Tiba-tiba, dia ingat kata-kata motivasi yang sering diajarkan oleh ayahnya, " Selama gunung masih menghijau, jangan takut kehabisan kayu bakar.", kata pepatah motivasi itu langsung kembali membangkitkan semangatnya. "Aku harus bertahan. Aku pasti boleh menjadi bintang filem di hongkong,  Aku tidak boleh menyerah dan tidak akan menyerah! Ketetapan hatiku tidak akan berubah!!!"

Tiga bulan kemudian, dengan ketetapan hati yang dilandasi kebulatan tekad untuk tetap bertahan itu, akhirnya panggilan untuk berangkat main filem datang. Pemuda itu berhasil menggapai impiannya, menjadi bintang filem Hongkong yang mengambil lokasi shuting di Taiwan. Sungguh, kemenangan perang batin yang luar biasa, Keyakinan kuatnya untuk menjadi bintang filem terjawab sudah. Proses perjuangan yang dilandasi ketetapan hati itu akhirnya mengkristal, menjadi sebuah kekayaan mental dan menjadi karakter bagi pemuda tadi, sehingga berguna di kemudian hari dan menjadi bekalnya meraih kejayaan di pelbagai bidang yang dia ceburi.

Sahabatku,
KETETAPAN HATI, mutlak dimiliki bagi setiap orang yang ingin meraih kejayaan. Kualiti dan kapasiti manusia untuk bertahan dalam badai kehidupan sangat ditentukan oleh keuletan dan ketetapan hati yang dimiliki. Ketika kita telah memilih untuk bertahan, hati nurani pun pasti akan ikut berbisik. Jika diperkuat dengan tindakan nyata, maka kekuatan ketetapan hati seperti itu akan  didengar oleh Tuhan.  Tuhan pasti akan membantu mewujudkan impian kita melalui caraNya, yakni dengan cara yang terbaik dan sering kita tidak menduga. Inilah sebuah kebahagiaan sekaligus kebanggaan bagi kita semua.

No comments:

Post a Comment