Tuesday, December 21, 2010

Menghargai Orang Lain

Berjabat Tangan Tanda Menghargai Orang Lain
Dikisahkan, di sebuah majlis perpisahan sederhana seorang pengarah yang tidak lama lagi akan pencen. Diadakan sebuah sesi acara ucapan ringkas. Kesan dan kritikan dari anak buah kepada bekas atasannya yang memasuki masa-masa mahu pencen dari syarikat tersebut. Oleh sebab waktu yang terbatas, kesempatan tersebut dinyatakan hanya dalam bentuk tulisan. Di antara pujian dan kesan yang diberikan, dipilih dan dibingkai untuk diabadikan kemudian dibacakan di dalam majlis tersebut, yakni sebuah catatan dengan gaya tulisan coretan dari seorang office boy yang telah bekerja cukup lama di syarikat itu.

Dia menulis semuanya dengan huruf ringkas sebagai berikut, "Yang terhormat Tuan Pengarah. Terima kasih kerana Tuan telah mengucapkan kata "tolong", setiap kali Tuan memberi tugas yang sebenarnya adalah tanggungjawab saya. Terima kasih Tuan Pengarah kerana telah mengucapkan "maaf", saat Tuan menegur, mengingatkan dan berusaha memberitahu setiap kesalahan yang telah dibuat kerana Tuan ingin saya mengubahnya menjadi kebaikan.

Terima kasih Tuan Pengarah kerana selalu mengucapkan "terima kasih" kepada saya atas hal-hal kecil yang telah saya lakukan untuk Tuan. Terima kasih Tuan Pengarah atas semua penghargaan kepada orang kecil seperti saya sehingga saya boleh bekerja dengan sebaik-baiknya, dengan kepala tegak, tanpa merasa direndahkan dan dikecilkan. Sampai bila pun tuan adalah Pengarah buat saya. Terima kasih sekali lagi. Semoga Tuhan memberkati jalan dimanapun Tuan berada."

Setelah sejenak keheningan menyelimuti ruangan itu, serentak tepuk tangan menggema memenuhi ruangan. Secara diam-diam Tuan Pengarah mengusap genangan air mata di sudut mata tuanya, terharu mendengar ungkapan hati seorang office boy yang selama ini dengan setia melayani keperluan seluruh isi pejabat.

Tuan Pengarah tidak pernah menyangka sama sekali bahawa sikap dan ucapan yang selama ini dilakukan, yang menurutnya begitu sederhana dan biasa-biasa sahaja, ternyata mampu memberi erti bagi orang kecil seperti si office boy tersebut. Terpilihnya tulisan itu untuk diabadikan, kerana seluruh isi pejabat itu setuju dan sepakat bahawa teladanan dan kepemimpinan pengarah akan mereka teruskan sebagai budaya di syarikat itu.

Sahabat
,
Tiga kata "terima kasih, maaf, dan tolong" adalah perkataan pendek yang sangat sederhana tetapi mempunyai kesan yang positif. Namun mengapa kata-kata itu kadang kala sangat sulit kita ucapkan? Sebenarnya secara tidak langsung telah menunjukkan keberadaban dan kebesaran jiwa manusia yang mengucapkannya. Apalagi diucapkan oleh seorang pemimpin kepada bawahannya.

Pemimpin bukan sekadar memerintah dan mengawasi, tetapi lebih pada sikap teladan lewat cara berfikir, ucapan, dan tindakan yang mampu membimbing, membina, dan mengembangkan yang dipimpinnya sehingga tercipta sinergi dalam mencapai tujuan bersama. Tentu bagi siapapun kita perlu membiasakan untuk mengucapkan kata-kata pendek seperti terima kasih, maaf, dan tolong dimana pun, bila pun, dan dengan siapa pun kita berhubungan. Apabila kita mampu menghargai orang lain, sebenarnya kita telah menghargai diri kita sendiri.

No comments:

Post a Comment