Wednesday, December 1, 2010

Kebiasaan Diulang


Kebiasaan Diulang Melahirkan Kemahiran
Di Tiongkok pada zaman dahulu kala, hidup seorang panglima perang yang terkenal karena memiliki keahlian memanah yang tiada tandingannya. Suatu hari, panglima ingin memperlihatkan kepandaiannya memanah kepada rakyat. Lalu diperintahkan kepada askar bawahannya agar menyiapkan papan sasaran serta 100 buah anak panah. Setelah semuanya siap, Panglima memasuki lapangan dengan penuh percaya diri, lengkap dengan alat memanah di tangannya. Panglima mulai menarik busur dan melepas satu persatu anak panah itu ke arah sasaran. Rakyat bersorak sorai menyaksikan kehebatan anak panah yang melesat! Sungguh luar biasa! Seratus kali anak panah dilepas, 100 anak panah tepat mengenai sasaran. Kelihatan wajahnya berseri-seri penuh kebanggaan, panglima berucap, "Rakyatku, lihatlah panglimamu! ketika ini, kemahiran ku memanah tidak ada tandingannya. Bagaimana pendapat kalian?"

Di antara kata-kata pujian yang diucapkan oleh ramai orang, tiba-tiba seorang tua penjual minyak menyampuk, "Panglima memang hebat! Tetapi, itu hanya kemahiran yang diperolehi dari kebiasaan yang terlatih." Tersentak panglima dan seluruh yang hadir memandang dengan tercengang dan bertanya-tanya, apa maksud perkataan orang tua penjual minyak itu. Tukang minyak menjawab, "Tunggu sebentar!" Sambil beranjak dari tempatnya, dia mengambil sebuah wang syiling Tiongkok kuno yang berlubang di tengahnya. Syiling itu diletakkan di atas mulut botol guci minyak yang kosong. Dengan penuh keyakinan, si penjual minyak mengambil gayung penuh berisi minyak, dan kemudian menuangkan dari atas melalui lubang kecil di tengah lubang syiling tadi sampai botol guci terisi penuh. Hebatnya, tidak ada setitis minyak pun yang mengenai permukaan syiling tersebut!  Panglima dan rakyat tercengang. Mereka bersorak sorai menyaksikan demonstrasi kemahiran si penjual minyak. Dengan penuh kerendahan hati, tukang minyak memberi  hormat di hadapan panglima sambil mengucapkan kalimat bijaknya, "Itu hanya kemahiran yang diperolehi dari kebiasaan yang terlatih! Kebiasaan yang diulang terus menerus akan melahirkan keahlian"

Dari cerita tadi, kita boleh mengambil satu hikmat iaitu: betapa luar biasanya kekuatan kebiasaan. Habit is power! Hasil dari kebiasaan yang terlatih dapat membuat sesuatu yang sulit menjadi mudah dan apa yang tidak mungkin menjadi mungkin. Demikian pula, untuk memperoleh kejayaan dalam kehidupan, kita memerlukan karakter berjaya. Karakter berjaya hanya boleh dibentuk melalui kebiasaan-kebiasaan seperti berfikir positif, optimis, disiplin, integriti, tanggungjawab, & sebagainya. Mari kita siap melatih, memelihara, dan mengembangkan kebiasaan berfikir untuk berjaya dan bermental berjaya secara berkesinambungan. Sehingga, karakter berjaya yang telah terbentuk akan membawa kita pada puncak kejayaan di setiap perjuangan kehidupan kita.
Sekali lagi: Kebiasaan yang diulang terus menerus, akan melahirkan kemahiran tinggi dalam suatu bidang yang kita ceburi!

No comments:

Post a Comment