Saturday, December 11, 2010

5 Tokoh Dunia Berakhir Dengan Kehidupan Yang Tragik

Tidak semua tokoh-tokoh besar dunia mati dalam keadaan kaya raya, tapi ada juga yang mati dalam keadaan miskin dan kehilangan harta bendanya. kelihatannya nama mereka lebih besar dan terkenal kerana jasa dan prestasinya daripada kerana hartanya. Berikut ini adalah beberapa tokoh berpengaruh di dunia yang mati dalam keadaan miskin.

Christoher Columbus
Mencapai kegemilangan ketika tiba di benua baru, New World di tahun 1492. Sesudah pelayarannya yang ke-3 ke Amerika, membiayainya, Raja Spanyol, tidak puas dengan kerja Columbus sebagai gabenor di koloni baru tersebut dan membawanya pulang dengan di rantai. Dalam 2 tahun  terakhir hidupnya, penjelajah besar ini sering tidak mempunyai wang untuk membeli makanan. Ia meninggal di tahun 1506.

Thomas Jefferson
2 kali menjadi presiden Amerika, dari 1801 sampai 1809 dan editor naskah Declaration of Independence, bangkrap sesaat sebelum meninggal pada tahun 1826. Ia memiliki tanah seluas 10 ribu hektar, tapi rekeningnya jadi merah kerana mewarisi hutang properti dari ayah mertuanya. Jefferson dipaksa menyerahkan semua kekayaan dan propertinya untuk membayar hutang. Sehingga tongkat untuk jalan dengan pegangan emas dan jam tangan perak pun diambil untuk membayar hutang.

Ulysses S. Grant
Menjadi presiden Amerika dari 1869 sampai 1877, dan sebagai jenderal terbesar Union, membantu memenangkan perang Utara – Selatan. Cara mengurus bisnes yang buruk sesudah ia meninggalkan kerusi kepresidenan membuatnya bangkrap. Ketika meninggal pada tahun 1885, bahkan kehilangan pedangnya kerana dijadikan jaminan hutang.



Wolfgang Amadeus Mozart
Jenius muzik yang lahir pada tahun 1756, menulis minuet pertamanya pada umur 5 tahun, tetapi para pemuzik yang bersaing dengannya membuatnya tidak boleh mendapatkan pekerjaan dan meraih sukses finansial. Ia meninggal di usia 35, dan dikubur di kuburan orang miskin tanpa batu nisan.
Vincent Van Gogh
Lahir di tahun 1853, kini dianggap sebagai pelukis terbesar dunia dan karyanya banyak diburu seniman lukisan. Dia menderita penyakit jiwa dan selalu hidup melarat. Ia pernah menembak dirinya kerana putus asa. Ketika meninggal pada tahun 1890, dia sama sekali tidak dikenal dan seumur hidupnya hanya menjual satu lukisan. erin’s world.

No comments:

Post a Comment