Wednesday, December 8, 2010

Ramalan Nasib


Adakah Anda Percaya Ramalan Nasib?
Hari ini keadaan hujan sangat lebat  di Bandar itu. Hujan sudah turun sejak tadi pagi. Sahabat-sahabat yang terlibat berada di jalan raya dan kebetulan tidak membawa baju hujan atau payung mungkin merasa menyesal kenapa semalam tidak menonton ramalan cuaca di televisyen. Kalau menyaksikan program itu, tentu hari ini tidak kehujanan dan kebanjiran di jalan sehingga boleh sampai ke pejabat atau ke tempat tujuan lain tepat waktu.

Televisyen sudah lama membantu kita memberikan ramalan cuaca yang bermanfaat. Namun sekarang tidak hanya ramalan cuaca yang dipaparkan di layar kaca televisyen, tetapi setiap hari juga muncul iklan-iklan ramalan nasib interatif. Tidak lagi sembunyi-sembunyi, dengan hanya mengirimkan data kita lewat nombor telefon premium kita akan mendapatkan ramalan nasib yang mereka berikan. Bahkan dengan memasukkan tangan dalam kotak ajaib dengan bayaran 4 atau 5 ringgit, kita sudah tahu ramalan nasib kita.
Apakah kita harus percaya pada ramalan-ramalan seperti itu?

Sahabat berbahagia,
Peramal Nasib bukan hendak mengajak sahabat-sahabat untuk mempertaruhkan masa depan kita pada para peramal tetapi justeru saya ingin mengajak sahabat-sahabat untuk berfikir positif.

Kerap kali kita sengaja atau tidak sengaja mendapat ramalan nasib dari seorang peramal baik kerana sahabat kita yang meminta meramalkan nasib kita atau pihak lain. Sering kali ramalan itu menakutkan; misalnya, kita tidak akan pernah kaya, kita tidak akan pernah berjaya, atau kita akan menderita selamanya.

Jika itu menimpa kita, sebaiknya mari berfikir positif. Hidup kita ada di tangan kita sendiri (bukan ramalan orang lain). Selama kita mahu melihat diri sendiri dengan mengatur diri dan berjuang keras, ramalan buruk pun boleh kita ubah menjadi baik!
Untuk berjaya dalam kehidupan ini, kita perlu kemandirian, keyakinan, dan kepercayaan diri. Masa kejayaan dan keberhasilan berpihak pada kita, kita harus selalu waspada dan tetap berusaha keras. Sebaliknya saat mengalami halangan dan kesulitan,kita harus memiliki ketegaran untuk mengatasi semua itu.

Kemajuan memerlukan kesihatan mental dengan keyakinan kita kepada Tuhan, dengan kesihatan mental, keberanian, melalui perjuangan, dan kepercayaan diri, kita buktikan, istilah nasib baik tidak ada dalam kamus kehidupan kita, nasib kita bukan di tangan orang lain, tetapi nasib kita bergantung kepada usaha dan perjuangan kita sendiri dengan kehadiran Tuhan di dalam setiap usaha kita.

No comments:

Post a Comment