Saturday, December 11, 2010

Bisnes Tanpa Modal


Bisnes Tanpa Modal
Pernah dengar Starbucks? Pasti pernah, siapa yang tidak tahu Starbucks. Ada yang tahu siapa pemiliknya?? Berikut saya berikan sebuah cerita yang saya dapat dari buku Financial Revolution.

Cerita perjalanan seorang yang bernama Howard Schultz, pemilik Starbucks jaringan kedai kopi. Tadinya yang berkaitan dengan eksekutif papa atas. Waktu dia mendapat tugas ke Seattle, dan minum kopi di Starbucks, dia jual impiannya untuk membuka cabang di seluruh Amerika, bahkan di seluruh dunia. Setelah proses yang lama, pemiliknya setuju untuk memberi pekerjaan kepada Howard dengan bayaran yang jauh lebih kecil dari gajinya sebagai eksekutif papan atas. Howard setuju dan pindah ke Seattle. Kemudian dia belajar semua jurus yang ada dan menganjurkan pemiliknya untuk membuka cawangan.

Ketika pemiliknya agak segan untuk membuka banyak cawangan, Howard menawarkan akan buka sendiri dan pemilik lama ikut jadi pemegang saham. Pemilik setuju dan jadi pemegang saham. Ketika waktu berlalu dan pemilik Starbucks tidak mahu melanjutkan lagi usahanya, Starbucks ditawarkan kepada Howard dengan harga yang sangat tinggi. Howard setuju dan mencari modal dari sekian banyak kenalannya. Jadilah Starbucks miliknya, berkembang pesat jadi banyak, go public dan menyebar ke seluruh dunia.

Wahhh!! Bisnes tanpa modal sendiri. Modal orang lain, dari kenalan-kenalannya. Yah, pakai istilah OPM = Other’s People Money. Howard bermodalkan impiannya untuk membuka cawangan Starbucks di seluruh dunia, dengan bermodalkan wang orang lain. Jadi, siapa yang berkata bisnes memerlukan modal wang???? Ada banyak kisah sukses bisnes tanpa modal wang atau tanpa modal wang sendiri. Ap yang penting adalah kemahuan dan niat. Saya sendiri mempunyai bisnes tanpa modal wang yang besar, juga punya bisnes tanpa modal wang sama sekali, dan juga saya punya bisnes yang modal wang lumayan besar namun kepintaran/idea orang lain. Peluang ada banyak sekali di dunia ini. Asal kita mahu melihat dan membuka fikiran.

Dunia kekurangan wang, ada juga dunia kelebihan wang. Dunia manakah yang anda lihat sekarang??? Kalau anda cuma melihat dunia kekurangan wang, mahukah melihat dunia kelebihan wang? Ada usaha dengan modal wang. Ada juga usaha tanpa modal wang. Dunia usaha manakah yang anda lihat sekarang??? Kalau anda cuma melihat dunia usaha yang bermodalkan wang yang besar, mahukah melihat dunia usaha tanpa modal sama sekali atau bermodalkan kecil??

Jadi, berbisneslah sebelum berbisnes itu dilarang. Tinggalkan budaya lama bawaan zaman penjajahan belanda dulu yang menyarankan jadilah PNS. Bayangkan, kita dijajah 350 thn oleh Belanda, yang memprogram otak masyarakat kita agar menjadi pegawai sahaja, sedangkan mereka sendiri, orang-orang Belanda membuka usaha di negara ini. Jadi, setting ulang otak anda, salah, maksudnya saya kerana saya yang mau berubah. Kalau anda, ya terserah anda, mahu setting ulang sekarang, atau setting ulang kerana terpaksa keadaan ketika biaya kehidupan bertambah sedangkan gaji tidak bertambah, atau tetap berkata saya tidak berbakat bisnes.
Semoga kisah sukses Starbucks ini bermanfaat dan menjadi contoh bahawa bisnes itu tidak selalu dimulai dengan wang sendiri.

No comments:

Post a Comment