Monday, December 20, 2010

Prasangka


Prasangka
Seperti ketika ini, setelah lama di kampung halaman, biasanya terjadi urbanisasi besar-besaran. Kembali ke bandar dan banyak yang membawa serta sanak saudara dan teman untuk mengais rezeki di bandar. Sesungguhnya, jika kaum muda mahu menggali potensi yang ada di kampung halaman mereka masing-masing, maka banyak masalah yang akan dapat diselesaikan. Banyak prestasi yang boleh diciptakan, kampung menjadi maju dan kota tidak terlalu sunyi kerana bertambahnya penduduk yang tidak sesuai dengan perancangan bandar. Dengan demikian kehidupan akan selaras penuh keharmonisan.

Dikisahkan, seorang janda miskin hidup berdua dengan puteri kecilnya yang masih berusia sembilan tahun. Kemiskinan memaksanya untuk membuat sendiri kuih-kuih dan menjualnya di pasar demi meneruskan hidup mereka. Hidup penuh kekurangan membuat si kecil tidak pernah bermanja kepada ibunya seperti anak-anak kecil lainnya.

Suatu hari musim sejuk, ketika selesai membuat kuih, si ibu tersedar melihat raga tempat kuihnya sudah rosak teruk. Dia pun keluar rumah untuk membeli raga baru dan berpesan kepada puterinya agar menunggu sahaja di rumah. Pulang dari membeli raga, si ibu menemukan pintu rumah tidak terkunci dan puterinya tidak ada di rumah. Spontan amarahnya memuncak. Puteri betul-betul tidak tahu diri! Cuaca sejuk seperti ini, disuruh diam di rumah sebentar sahaja malahan pergi bermain dengan kawan-kawannya!

Setelah selesai menyusun kuih di raga, si ibu segera pergi untuk menjual kuihnya. Sejuknya salju yang memenuhi jalanan tidak melemahkan tekadnya demi kehidupan mereka. Sebagai hukuman untuk si puteri, pintu rumah di kuncinya dari luar. "Kali ini Puteri harus diberi pengajaran kerana telah melanggar pesan," geram si ibu dalam hati.

Sekembali dari menjual kuih, mata si ibu terpaku ketika menemukan gadis kecilnya sedang berbaring di depan pintu. Ibunya berteriak, dipeluknya tubuh puterinya yang telah kaku kerana kesejukan. Susah payah dipindahkannya tubuh puteri ke dalam rumah. "Puteri...Puteri...Puteri..., bangun, Nak! Ini ibu, Nak! Bangun, Nak! Ibu tidak marah. Bangun Puteri anakku!" katanya sambil menangis meraung-raung dan berusaha sekuat tenaga membangunkan dengan menguncang-guncangkan tubuh si puteri agar terbangun, tetapi puteri tidak bereaksi sama sekali.

Tiba-tiba terjatuh dari genggaman tangan si puteri sebuah bungkusan kecil. Ketika dibuka, ternyata di dalamnya berisi sebungkus kecil biskuit dan secebis kertas usang. Ibunya tergesa-gesa dan tangan yang gementar, si ibu segera mengenali tulisan puterinya yang ronyok tetapi masih boleh baca dengan jelas. "Ibuku tersayang, Ibu pasti lupa hari istimewa Ibu. ini Puteri belikan biskut kesukaan ibu. Maaf Bu, wang puteri tidak cukup untuk membeli yang besar. Maaf ibu, Puteri telah melanggar pesan ibu kerana meninggalkan rumah untuk membeli biskut ini. Selamat ulang tahun, Bu. Puteri selalu sayang, Ibu!" Ibunya tidak tahan lalu meraung menangis sekuat-kuatnya tapi semuanya sudah terlambat.   

Sahabat,
Prasangka sering mendatangkan melapetaka adalah perkataan yang sesuai dengan kisah tadi dan penyesalan biasanya datang menyusul di belakang. Begitu banyak masalah di dunia ini muncul kerana prasangka negatif maka perlu kematangan dalam mengendalikan fikiran agar kebiasaan berprasangka tidak kita layani begitu sahaja dan seboleh-bolehnya mungkin kita hilangkan. Kita ganti dengan berfikir positif sekaligus berhati-hati dengan demikian memungkinkan hubungan kita dengan orang lain akan menjadi harmonis dan membahagiakan.

No comments:

Post a Comment