Wednesday, December 8, 2010

Pusingan Waktu


Pusingan Waktu
Alkisah, ada seorang pelajar di sebuah desa kecil, yang memiliki cita-cita sebagai pegawai tinggi. Demi mewujudkan cita-citanya, dia berangkat ke bandar untuk menempuh ujian negara. Di tengah perjalanan yang jauh dan memenatkan, pelajar berhenti sejenak melepas penat. Tidak lama ia pun terbawa dalam lamunan. Muncul perasaan was-was terhadap kemampuan dirinya dan sesaat kemudian dia membayangkan seandainya boleh diterima sebagai pegawai tinggi. Tengah asyiknya mengelamun, tiba-tiba seorang nenek berdiri di hadapannya menyapa: "Hai anak muda, engkau seperti bukan orang dari sini. Hendak ke mana?" "Saya hendak ke bandar nek, mengikuti ujian negara." "Nenek perhatikan dari tadi, apa yang sedang kamu fikirkan?"

Setelah bertukar fikiran, tiba-tiba nenek mengeluarkan suatu benda dari sakunya. Lalu, ia memberikannya kepada pelajar itu sambil berkata, "Mungkin ini yang kamu perlukan, Nak!" "Sebuah gasing? Bagaimana sebuah gasing dapat mewujudkan cita-cita saya, nek?" tanya pemuda kehairanan. Nenek menjawab, "Nak, ini adalah gasing waktu. Jika kamu memutar gasing ini ke kanan, maka kamu akan sampai pada saat dan keadaan yang seperti kamu inginkan." Setelah pelajar menerima gasing, nenek itu pun berlalu pergi.

Merasa aneh, pelajar segera mencuba kebenaran ucapan nenek tadi. Sambil membayangkan keberhasilan dirinya lulus ujian negara, ia memutar gasing ke kanan. Tiba-tiba, pelajar mendapati dirinya berada di depan papan pengumuman ujian negara dan namanya tercantum pada pengumuman kelulusan. Ia sangat gembira. Namun kegembiraannya tidaklah bertahan lama. Muncul perasaan tidak sabar untuk segera dapat bekerja sebagai pegawai tinggi. Maka ia pun kembali memutar gasingnya ke kanan dan dalam sekelip mata pelajar sudah berada pada pekerjaannya di pejabat sebagai pegawai tinggi kerajaan.

Kenikmatan sebagai pegawai tinggi juga tidak bertahan lama. Timbul keinginan yang lebih, iaitu sebagai ketua pegawai tinggi pemerintah. Maka segera dia pun kembali memutar gasingnya. Pada saat itu juga ia berada pada posisi yang diinginkannya. Kini, ia memutar gasing untuk mempercepat waktu dan mengelak kesulitan dalam mencapai cita-cita telah menjadi kebiasaannya.

Secepat gasing berputar, pelajar itu pun berubah menjadi tua dan menjelang ajal, ada penyesalan dalam dirinya, "Betapa singkat dan kosongnya kehidupanku! Alangkah baiknya jika putaran gasing ini dapat mengembalikan aku pada masa lalu." Dalam keadaan putus asa pelajar memutar gasing ke arah yang berlawanan iaitu ke arah kiri. Tiba-tiba dia pun terbangun dari tidurnya! Eh, ternyata peristiwa semua tadi hanya mimpi belaka. Sejenak, pelajar itu merasa senang dan bersyukur bahawa semua itu cuma mimpi. Dia pun berjanji pada dirinya sendiri, akan tetap berusaha dan menikmati setiap proses perjuangan untuk mencapai apa yang menjadi cita-citanya.


Sahabat yang luar biasa,
Dalam meraih cita-cita, seringkali kita tidak sabar menghadapi pelbagai cabaran dan kesulitan. Kita bernafsu meraih kejayaan atau kekayaan dengan cepat dan singkat. Memang seperti falsafah kejayaan saya, "Kejayaan adalah Hak Saya!" Akan tetapi, perlu diingat: untuk meraih setiap kejayaan, kita harus siap membayar harga, siap berusaha dan tidak melanggar hukum moral. Jangan takut pada halangan yang menghadang, siap berjuang dan keluar keringat! Kerana sesungguhnya, kenikmatan kejayaan justeru berada pada nilai proses perjuangan yang kita lakukan.

No comments:

Post a Comment