Tuesday, December 14, 2010

Kisah Wilma Rudolph

Tiada Yang Mustahil Di Dunia Ini
Wilma Rudolph, lahir dari keluarga yg sangat miskin 23 Jun 1940, di-Tennesee, USA. Anak ke-20 dari 22 bersaudara. Ayahnya hanya seorang porter KA / buruh mengangkat barang dan ibunya hanya tukang masak & cuci baju tetangga. Hidup mereka benar-benar miskin.

Ketika umur 4 tahun, ia menderita radang paru-paru dan demam tinggi yg menyebabkan kakinya lumpuh. Orang tuanya tak mampu membeli ubat kerana waktu itu Amerika masih ada sikap perkauman yg membuat orang-orang kulit hitam dilayan perlakuan buruk dlm kesihatan dan pendidikan. Akhirnya, ia harus menggunakan kaki palsu dan doktor menyatakan bahawa kakinya akan lumpuh selamanya. Tetapi ibunya terus berdoa kepada TUHAN dan memberi keyakinan kepada Wilma bahawa ia pasti normal kembali. Situasi semakin buruk, kakinya yg lumpuh semakin mengecil dan hanya terjuntai tanpa ada reaksi. Namun Wilma terus mengucapkan kata-kata iman dan berkata "Aku akan menjadi wanita tercepat di dunia dalam trek." dan ia terus mencuba untuk berdiri, walau pun sudah ribuan kali ia mencuba & jatuh, ia tidak menyerah.

Pada umur 9 tahun, ia nekad melanggar nasihat doktor dan membuang tongkatnya dan melakukan langkah pertama yg menurut para doktor tidak akan dapat dilakukannya. Selama 3 tahun ia terus mencuba melangkah, berjalan & berlari. Pada umur 13 tahun ia mengikuti perlumbaan pertama kalinya dan menjadi peserta satu-satunya yang berkaki tidak sempurna. Ia kalah tetapi Wilma terus berlari. Ia terus bertanding di ratusan perlumbaan dan mengalami ratusan kekalahan. Hingga suatu hari ia berhasil menang perlumbaan lari dalam satu kejuaraan Provinsi yg membuatnya berhasil meraih biasiswa di Tennesee State University & mempertemukannya dengan seorang pelatih atletit bernama Ed Temple.

Wilma berkata pd Ed Temple "Saya ingin menjadi wanita terpantas dalam trek olahraga dunia." Di bawah bimbingan Ed, Wilma terus berlatih siang malam, mengatasi pelbagai rintangan, bertanding dalam ratusan perlumbaan dan terus berlari hingga akhirnya Sejarah mencatat, pada Olimpik tahun 1960, Wilma Glodean Rudolph, Seorang wanita kulit hitam pertama yang pernah menderita polio & lumpuh, akhirnya menjadi juara Olimpik dan berjaya memenangi 3 medal emas di larian trek 100 meter, 200 meter dan 400 meter. Dia juga menjadi wanita terpantas di dunia dalam larian olahraga.

No comments:

Post a Comment