Monday, December 13, 2010

Kisah : Severn Suzuki (pengasas Enviromental Children's Organization)

Severn Suzuki
Cerita ini berbicara mengenai seorang anak yg bernama Severn Suzuki, seorang anak pada usia 9 tahun telah mendirikan Enviromental Children's Organization ( ECO ). ECO sendiri adalah sebuah kelompok kecil anak yg mendedikasikan diri untuk belajar dan mengajarkan pada anak" lain mengenai masalah persekitaran. Mereka telah diundang menghadiri Konferensi Lingkungan hidup PBB, dimana pada ketika itu Severn yg berusia 12 Tahun berpidato dan memberikan pengaruh besar beberapa pemimpin dunia terkemuka.

Apa yg disampaikan oleh seorang anak kecil berumur 12 tahun hingga boleh membuat RUANG SIDANG PBB hening, lalu ketika pidatonya selesai ruang sidang penuh dengan orang terkemuka yg berdiri dan memberikan tepuk tangan yg meriah kepada anak berusia 12 tahun. Inilah Isi pidato tersebut: (Sumber: The Collage Foundation)

Halo, nama Saya Severn Suzuki, berbicara mewakili E.C.O - Enviromental Children Organization. Kami adalah kelompok dari Kanada yg terdiri dari anak-anak berusia 12 dan 13 tahun, yang mencuba membuat perbezaan: Vanessa Suttie, Morga, Geister, Michelle Quiq dan saya sendiri. Kami menggalang dana untuk datang ke sini sejauh 6000 batu untuk memberitahukan pada anda semua orang dewasa bahawa anda harus mengubah cara anda, hari ini di sini juga. Saya tidak memiliki agenda tersembunyi. Saya menginginkan masa depan bagi diri saya sahaja.

Kehilangan masa depan tidak sama seperti kalah dalam pemilihan umum atau rugi dalam pasar saham. Saya berada disini untuk berbicara bagi semua generasi yg akan datang. Saya berada di sini mewakili anak-anak yg kelaparan di seluruh dunia yang tangisannya tidak lagi kedengaran. Saya berada di sini untuk berbicara bagi binatang-binatang yang sekarat yang tidak terkira jumlahnya di seluruh planet ini kerana kehilangan habitatnya. Kami tidak boleh tidak didengar.

Saya merasa takut untuk berada di bawah sinar matahari kerana berlubangnya lapisan OZON. Saya merasa takut untuk bernafas kerana saya tidak tahu ada bahan kimia apa yg dibawa oleh udara. Saya sering memancing di Vancouver bersama ayah saya hingga beberapa tahun yang lalu kami menemukan bahawa ikan-ikannya penuh dengan kanser. Sekarang kami mendengar bahawa binatang-binatang dan tumbuhan satu persatu mengalami kepupusan tiap harinya, hilang selamanya.

Dalam hidup saya, saya memiliki mimpi untuk melihat kumpulan besar binatang-binatang liar, hutan rimba dan hutan tropika yang penuh dengan burung dan kupu-kupu. Sekarang saya tidak tahu apakah hal-hal tersebut masih ada untuk dilihat oleh anak saya nantinya. Apakah anda semua harus khuatir terhadap masalah-masalah kecil ini ketika anda semua masih berusia sama serperti saya sekarang?

Semua ini terjadi di hadapan kita, walaupun begitu kita masih tetap bersikap bagaikan kita masih memiliki banyak waktu dan semua penyelesaiannya. Saya hanya seorang anak kecil dan saya tidak memiliki semua pemecahannya, tetapi saya ingin anda sekalian menyedari bahawa anda sekalian juga sama seperti saya!

Anda tidak tahu bagaimana caranya memperbaiki lubang pada lapisan ozon kita. Anda tidak tahu bagaiman cara mengembalikan ikan-ikan salmon ke sungai asalnya. Anda tidak tahu bagaimana caranya mengembalikan binatang-binatang yang telah pupus dan anda tidak dapat mengembalikan hutan-hutan seperti sediakala di tempatnya, yang sekarang hanya berupa padang pasir. Jika anda tidak tahu bagaima cara memperbaikinya. TOLONG BERHENTI MEROSAKNYA!

Di sini anda adalah delegasi negara-negara anda. Pengusaha, anggota perhimpunan, wartawan atau ahli politik, tetapi sebenarnya anda adalah ayah dan ibu, saudara laki-laki dan saudara perempuan, dan anda semua adalah anak dari seseorang.

Saya hanyalah seorang anak kecil, namun saya tahu bahawa kita semua adalah bagian dari sebuah keluarga besar, yang beranggotakan lebih dari 5 milyar, terdiri dari 30 juta rumpun dan kita semua berkongsi udara, air dan tanah di planet yang sama - perbatasan dan pemerintahan tidak akan mengubah hal tersebut. Saya hanyalah seorang anak kecil namun begitu saya tahu bahawa kita semua menghadapi permasalahan yang sama dan kita seharusnya bersatu untuk tujuan yang sama. Walaupun marah, namun saya tidak buta, dan walaupun takut, saya tidak ragu untuk memberitahukan dunia apa yang saya rasakan.

Di negara saya, kami sangat banyak melakukan perkara yang sia-sia. Kami membeli sesuatu dan kemudian membuangnya, beli dan kemudian buang. Walaupun begitu tetap ada negara-negara di Utara tidak akan berkongsi dengan mereka yang memerlukan. Bahkan ketika kita memiliki lebih dari cukup, kita merasa takut untuk kehilangan sebahagian kekayaan kita, kita takut untuk memberi.

Dua hari yang lalu di Brazil, kami terkejut ketika kami menghabiskan waktu dengan anak-anak yang hidup di jalanan. Salah satu anak tersebut memberitahukan kepada kami: " Aku berharap aku kaya, dan jika aku kaya, aku akan memberikan anak-anak jalanan makanan, pakaian dan ubat-ubatan, tempat tinggal, cinta dan kasih sayang ". Jika seorang anak yang berada di jalanan dan tidak memiliki apapun, bersedia untuk berkongsi, mengapa kita yang memiliki segalanya masih begitu kedekut?

Saya tidak dapat berhenti memikirkan bahawa anak-anak tersebut berusia sama dengan saya, bahawa tempat kelahiran anda dapat membuat perbezaan yang begitu besar, bahawa saya boleh menjadi salah satu dari anak-anak yang hidup di Favellas di Rio; saya boleh menjadi anak yang kelaparan di Somalia ; seorang korban perang timur tengah atau pengemis di India .

Saya hanya seorang anak kecil, namun saya tahu bahawa jika semua wang yang dihabiskan untuk perang dipakai untuk mengatasi tingkat kemiskinan dan menemukan jawaban terhadap permasalahan alam, betapa indah jadinya dunia ini.

Di sekolah, bahkan di taman kanak-kanak, anda mengajarkan kami untuk berbuat baik. Anda mengajarkan pada kami untuk tidak berkelahi dengan orang lain, untuk mencari jalan keluar, mengatasi kekacauan yang kita timbulkan; untuk tidak menyakiti makhluk hidup lain, untuk berkongsi dan tidak tamak. Lalu mengapa anda kemudian melakukan hal yang anda ajarkan pada kami supaya tidak boleh dilakukan tersebut?

Jangan lupakan mengapa anda menghadiri konferensi ini, mengapa anda melakukan hal ini, kami adalah anak-anak anda semua. Anda semualah yang memutuskan, dunia seperti apa yang akan kami sedang tinggal sekarang. Orang tua seharusnya dapat memberikan kenyamanan pada anak-anak mereka dengan mengatakan, " Semuanya akan baik-baik sahaja , 'kami melakukan yang terbaik yang dapat kami lakukan dan ini bukanlah akhir dari segalanya." Saya tidak merasa bahawa anda dapat mengatakan hal tersebut kepada kami lagi. Apakah kami bahkan ada dalam daftar prioriti anda semua? Ayah saya selalu berkata, "Kamu akan selalu dikenang kerana perbuatanmu, bukan oleh kata-katamu".

Jadi, apa yang anda lakukan membuat saya menangis pada malam hari. Semua orang dewasa berkata bahawa semua menyayangi kami. Saya mencabar A N D A , cubalah untuk mewujudkan kata-kata tersebut. Sekian dan terima kasih atas perhatian anda.

Servern Cullis-Suzuki telah mendedahkan satu ruang sidang Konferensi PBB, mendedahkan seluruh orang penting dari seluruh dunia hanya dengan pidatonya. Setelah pidatonya selesai, seluruh orang yang hadir di ruang pidato tersebut berdiri dan memberikan tepuk tangan yang meriah kepada anak berusia 12 tahun itu.

Setelah itu, ketua PBB mengatakan dalam pidatonya: "Hari ini saya merasa sangat malu terhadap diri saya sendiri kerana saya baru sahaja disedarkan betapa pentingnya persekitaran dan isinya di sekitar kita oleh anak yang hanya berusia 12 tahun, yang maju berdiri di mimbar ini tanpa sehelai kertas pun untuk berpidato. Sedangkan saya maju membawa sekeping kertas yang telah dibuat oleh pembantu saya. Saya  dan kita semua telah dikalahkan oleh seorang anak yang berusia 12 tahun "kata PBB itu. Bagaimana dengan anda?

No comments:

Post a Comment