Tuesday, December 7, 2010

Nilai Sebuah Kegagalan

Nilai Sebuah Kegagalan
Bagi ramai orang kegagalan adalah sesuatu yg buruk. Apakah betul begitu? Untuk fikiran yang pendek, hal itu memang betul. Namun apabila kita memikirkannya lebih dalam lagi, kegagalan tidak selamanya merupakan bencana. boleh jadi, dengan kegagalan Tuhan mengingatkan kita bahawa kapasiti kita belum cukup untuk menerima kejayaan. Mungkin Tuhan menunjukkan kepada kita bahawa masih banyak hal yang harus kita pelajari, yang mana kalau kita berjaya walhal kemampuan kita masih kecil, kita akan terjatuh lebih dalam lagi. Seperti yang pernah dikatakan oleh seorang ahli pelabur dari Amerika bahawa ‘orang bodoh dengan wang banyak adalah suatu fenomena yang sangat menarik’.

Apakah yang akan terjadi bila orang bodoh tiba-tiba mendapatkan wang banyak? Jelas, dia akan menghabiskannya tanpa pertimbangan hanya untuk barang-barang konsumtif dan kembali mengalami kesusahan kewangan karena kemungkinan besar barang-barang konsumtif tersebut akan dia beli dengan cara kredit. Apakah dia boleh disebut orang kaya? Jelas tidak, orang yang betul-betul kaya tahu betul apa yang akan dia perbuat dengan wangnya dan akan mengembangkannya lebih banyak lagi.

Poin utamanya adalah kejayaan yang kita terima akan selalu sesuai dengan kapasiti diri kita. Jika kita menerima kejayaan di luar kapasiti diri, malah kita akan jatuh lebih dalam dan gagal lebih parah. Maka dari itu, jangan terlalu takut hadapi kegagalan. Apa yang perlu kita fokuskan adalah bagaimana caranya agar kita boleh berkembang secara peribadi untuk layak menjadi orang yang betul-betul berjaya sehingga kejayaan kita boleh bertahan lama dan semakin berkembang.

No comments:

Post a Comment